Cara Hilangkan Batuk Bayi & Selsema Di Rumah Tanpa Ubat

Cara hilangkan batuk bayi 1. Gunakan Pelembap Udara 2. Madu 3. Ambil Lebih Banyak Cecair 5. Tinggikan Kepala Bayi Ketika Tidur
Cara hilangkan batuk bayi dengan cepat tanpa ubat? Pertama, pastikan bayi cukup minum air, supaya tekaknya tidak kering. Selain itu boleh gunakan humidifier di bilik bayi untuk pastikan udara lembap dan membantu melegakan batuk.
▼Isi Kandungan
Punca Bayi Mengalami Batuk
Menurut Kementerian Kesihatan, penyebab utama gejala selesema dan batuk ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring.
Lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan.
Anak anda mungkin juga diserang batuk berpanjangan disebabkan oleh reaksi alahan yang berpunca daripada habuk, asap, debunga, wangian dan bulu haiwan.
Selain itu, faktor cuaca seperti cuaca yang terlalu panas atau sejuk serta sistem ketahanan tubuh yang rendah akan melemahkan pertahanan badan menyebabkan badan lebih mudah dijangkiti oleh bakteria atau virus.
Waspada Dengan Ubat Selsema & Batuk Untuk Kanak-kanak Bawah 2 Tahun
Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia boleh memudaratkan. Kanak-kanak ini berisiko mendapat kesan advers yang serius serta berpotensi menyebabkan kematian terutamanya akibat penekanan saluran pernafasan.
Antara cara hilangkan batuk bayi bawah satu tahun adalah dengan beri mereka minum banyak air masak untuk pastikan badan kekal hidrat. Ia akan memastikan masalah batuk berkurangan dan mudah untuk menghembus nafas.
Selaun itu pastikan bayi mempunyai rehat yang cukup sehingga keadaan tubuhnya kuat untuk melawan jangkitan yang menyebabkan batuk dan boleh cuba layurkan daun sirih di atas api dapur atau lilin, kemudian sapu Vicks dan letak pada kedua-dua belah dada si manja.
Cara Hilangkan Batuk Bayi
Berikut adalah cara hilangkan batuk bayi yang menganggunya untuk tidur dan menyebabkan bayi anda merengek.
1. Gunakan Pelembap Udara
Jika udara dalam rumah anda kering, kami menyarankan untuk sediakan sebuah pelembap udara (humidifier). Ia menjadi pilihan sesetengah ibu sebagai cara nak hilangkan batuk dan kahak.
Kelembapan dalam udara mampu melegakan masalah baby batuk dan mengeluarkan kahak. Bukan itu sahaja, ia dapat mengatasi masalah kekeringan pada tekak.
2. Madu
Cara hilang batuk yang seterusnya adalah dengan madu. Ia dikatakan lebih efektif dalam memerangi batuk pada anak berbanding ubat batuk di farmasi. Madu mengandunig zat antimikrobial dan antioksidan alami yang dapat memperkuatkan tubuh untuk memerangi sebarang serangan penyakit.
Ia juga merangsang penghasilan air luar dan meredakan kekeringan dalam tekak. Peraturan pemberian madu pada anak adalah seperti berikut:
- Setengah sudu teh madu untuk anak berusia 2 hingga 5 tahun
- 1 sudu teh madu untuk anak berusia 6 hingga 11 tahun
- 2 sudu teh madu untuk anak berusia 12 tahun ke atas
3. Ambil Lebih Banyak Cecair
Pastikan bayi cukup minum air, supaya tekaknya tidak kering. Tekak yang kering akan merangsang bayi untuk batuk kerana mereka kurang terhidrat.
Sup ayam atau sup sayuran amat baik untuk meredakan batuk anak. Menurut para ahli kesihatan, sup ayam mengandungi zat yang melambatkan pergerakan sel penyebab gangguan kesihatan pada tubuh. Berikan sup ayam hangat untuk mengatasi batuk pada anak, tapi jangan memaksa jika mereka menolak sup ayam anda.
4. Air Garam Saline
Air titisan garam ini berfungsi membersihkan hidung, mencairkan kahak dalam tekak serta membantu memudahkan anak untuk batuk terutamanya sebelum tidur.
Titisan air garam ini juga bermanfaat apabila anak selsema kerana ia membantu melembutkan lendir dan seterusnya memudahkan ia untuk keluar daripada saluran pernafasan.
Untuk menggunakan air titisan garam, condongkan kepala anak ke belakang kemudian picitkan titisan air garam ke dalam setiap lubang hidung. Kemudian, ulanginya sekiranya perlu.
5. Tinggikan Kepala Bayi Ketika Tidur
Posisi tidur bayi yang mengiring boleh menyebabkan lendir menjadi terkumpul di kerongkong. Kesannya, ia boleh membuatkan anak batuk tanpa henti dan berpanjangan.
Bagi mengelakkan baby batuk, ibu boleh cuba meletakkan selimut di bawah kepala bayi agar ia lebih tinggi sedikit dan membantu si manja tidur dengan lebih nyenyak.
6. Penyedutan Wap
Cara melegakan batuk bayi yang boleh anda lakukan di rumah adalah dengan menyedut wap dari air panas. Isikan mangkuk besar dengan air panas (dengan stim). Pegang bayi dan hadapkan mukanya pada wap. Jika anak suka pandai mencapai, ibu boleh pakaikan bedung
Galakkan anak untuk menyedut seberapa banyak wap yang boleh. Wap yang disedut dapat membantu melegakan anak batuk dan hidung tersumbat. Ia juga menjadi salah satu cara buang kahak bayi yang begitu mudah.
7.Air Mandian Lemon
Petua hilangkan batuk budak yang seterusnya adalah mandikan anak dengan air lemon. Ia juga berkesan sebagai ikhtiar untuk keringkan hingus bayi. Caranya adalah dengan meletakkan beberapa hirisan lemon ke dalam air mandian anak.
Walau bagaimanapun, lakukannya dengan berhati-hati kerana hirisan lemon ini boleh menyebabkan pedih jika termasuk dalam mata bayi.
8. Daun Kaduk
Cara nak hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak yang boleh ibu cuba adalah menggunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air. Sapu pada dada dan belakang bayi.
Kesimpulannya ada pelbagai cara hilangkan batuk bayi dan kanak-kanak yang boleh anda cuba. Namun jika keadaan si manja tidak berubah atau masih berlarutan, ibu ayah hendaklah segera membawanya berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang tepat.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: ”Doktor Kata Aisyah Dah 50/50”, Ibu Terkilan Bayi Sawan Lepas Tertelan Kekabu Bantal
Baca juga: Anak Tiba-Tiba Sesak Nafas Lepas Makan Konjac Jelly, Ibu Haramkan Makanan Ini Pada Anak!
Baca juga: Resepi Makanan Bayi 1 Tahun Biar Gemuk & Berat Naik, Ibu Kena Cuba 9 Menu Mudah Ini!