Pada 6 Februari 2017, Astro Awani telah melaporkan satu kejadian kebakaran yang telah mengorbankan empat nyawa di Subang Jaya.
SUBANG: “Mangsa menjerit meminta tolong dari dalam rumah mereka tetapi asap yang tebal dan api yang marak membuatkan ianya sukar untuk kami bantu.”
“Saya kemudian mengejut suami saya yang masih tidur tetapi kami gagal membantu mereka kerana pagar automatik dan asap tebal yang menjadi penghalang, ” beliau memberitahu wartawan di sana.
Beliau juga bersedih kerana tidak dapat membantu mangsa. “Saya sangat sedih dengan apa yang terjadi kerana mereka merupakan jiran yang baik dan kami selalu bertegur sapa. Sebenarnya, saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana terasa seperti ada sesuatu buruk bakal berlaku,” kata Elena.
Sementar itu, penolong pengarah Pasukan Penyelamat dan Kebakaran, Mohd Sani Harul berkata bahawa mayat Ah Kok dan dua anak lelakinya ditemui terbaring di dalam bilik di tingkat atas sementara mayat Goh ditemui di dalam keadaan duduk di dalam salah satu bilik air.
Beliau berkata bahawa kebakaran tersebut dipercayai bermula dari ruang tamu sebelum merebak ke tingkat atas. “Punca kebakaran masih sedang disiasat dan anggaran kerugian ialah RM300,000, ” katanya.
Bagaimana anda menyiapkan diri anda untuk kecemasan melibatkan kebakaran?
- Menyimpan nombor talian kecemasan di tempat mudah lihat atau simpan sebagai talian cepat (speed dial) di dalam telefon bimbit.
- Memasang alat pengesan asap (sekiranya mampu).
- Membuat plan kecemasan yang lengkap dengan laluan kecemasan sekiranya terjadi kebakaran.
- Sekiranya ada alat pengesan asap, mengambil serius setiap bunyi penggera kebakaran.
- Periksa alat pengesan asap dengan kerap (sebulan sekali contohnya).
Sekiranya anda terperangkap di dalam kebakaran, keselamatan DIRI sendiri adalah keutamaan yang terpenting. Anda patut:
- Tidak panik!
- Sekiranya baju anda terkena api, berhenti bergerak, baring dan berguling! (stop, drop anda roll!)
- Sekiranya laluan keluar tidak terhalang, keluar dari kawasan kebakaran sebelum menelefon bantuan.
- Rasa pintu sama ada panas atau tidak sebelum bergerak keluar dan tutup pintu selepas keluar untuk mengelakkan api daripada merebak dengan cepat.
- Sekiranya laluan keluar penuh dengan asap, cuba laluan lain yang kosong sekiranya ada
- Pastikan kedudukan anda rendah dan dekat dengan lantai (MERANGKAK) kerana udara sejuk akan berada di bawah udara panas.
- Tutup mulut dan hidung dengan kain kerana asap tebal semasa kebakaran mengandungi toksik merbahaya
- Asap tebal akan mengakibatakan kesukaran melihat jadi cuba ‘hafal’ laluan keluar.
- Setelah selamat keluar, telefon bantuan dengan segera dan beritahu maklumat dengan jelas.
- JANGAN memasuki kawasan atau rumah terbakar setelah keluar.
- Sekiranya tidak berjaya keluar, cuba duduk di tempat jauh dengan api, tutup rongga tingkap atau pintu untuk mengelakkan asap dari kawasan terbakar memasuki tempat anda duduk, pastikan diri anda rendah dekat dengan lantai, telefon bantuan dengan segera dan jerit untuk bantuan orang sekeliling.