5 Benda Bukan Penyebab Kanser dan 2 Yang Berpotensi Menyebabkan Kanser!

Apabila membaca artikel di media sosial, semua benda dikatakan sebagai penyebab kanser. Tapi, adakah ia benar? Mari bezakan antara fakta dan mitos.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap kali saya buka Facebook, saya mesti akan terbaca sekurang-kurangnya satu artikel yang menyentuh tentang benda kegemaran saya yang boleh menyebabkan kanser.

Selepas membacanya, saya akan menyemak fakta tersebut dengan Snopes.com dan berkongsi hasil kajian saya di ruangan komen.

Jadi saya terfikir, baik saya kumpulkan sahaja hasil bacaan saya dan kongsi dengan anda fakta sebenar dan membezakannya dengan mitos berkaitan kanser.

Sumber: myVMC

Badan manusia dan karsinogen

Sebelum saya mulakan perkongsian, mari kita fahami dulu tentang kanser. Walaupun terma kanser digunakan secara meluas, namun setiap kanser itu sendiri adalah berbeza.

Ada yang disebabkan oleh kesan radiasi, ada yang kerana toksin, dan ada juga beberapa kes disebabkan oleh virus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, badan manusia akan melawan sebelum menyerah kalah kepada kanser. Beberapa perkara, seperti merokok, sememangnya sudah dikaitkan dengan kanser paru-paru.

Tetapi apabila kita bercakap tentang perkara yang menyebabkan kanser, ia bukanlah disebabkan penggunaan satu benda, objek, alat atau makanan sahaja.

Tiada had bagi perkara yang boleh menyebabkan kanser, oleh sebab itu kita perlu sentiasa berhati-hati. 

Jadi, dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda antara perkara yang akan, mungkin, dan tidak menyebabkan kanser.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaimanapun, jika kajian terbaru ada membuktikan sebaliknya, perkara di bawah ini mungkin akan berubah dan tidak lagi benar. Jadi, jangan terkejut ya!

1. Pewarna rambut

Ada satu artikel terbaru yang dinyatakan oleh seorang doktor yang pewarna rambut boleh menyebabkan kanser payudara.

Fakta:

Pewarna yang dihasilkan sebelum 1980 telah dikaitkan dengan kanser. Pewarna rambut yang terbaru secara amnya masih lagi selamat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, pekerja salon yang banyak berurusan dengan pewarna rambut berisiko tinggi kerana terdedah kepadanya setiap hari.

Berdasarkan analisa kepada bukti tersebut, IARC Working Group merumuskan penggunaan pewarna rambut tidak diklasifikasikan sebagai agen karsinogen kepada manusia.

Sumber: NIH National Cancer Institute, USA

Keputusan:

Pewarna rambut adalah selamat untuk digunakan!

2. Sosej dan daging proses

Kredit: The Asian Parent Singapore

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan proses tidak dijual secara segar. Sebaliknya, ia diawet dengan cara penyalaian atau pengasinan. Ada juga yang melalui proses pembekuan.

Fakta:

Daging yang diproses dan daging merah, boleh meningkatkan risiko kanser usus. Jika anda mengambil 1 sosej sehari, ia akan meningkatkan risiko kanser usus dan pankreas sebanyak 18%!

Daging putih seperti ayam, ikan dan makanan laut tidak menyebabkan kanser.

Sumber: Cancer Research, UKWorld Health Organization

Keputusan:

Pilih makanan segar berbanding yang diproses, dan kurangkan pengambilan daging yang disebutkan di atas. 

3. Makanan barbeku, daging ditumis dalam kuali pan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daging merah yang ditumis atau dibakar dalam kuali pan, daging proses dan daging salai dikatakan boleh menyebabkan kanser.

Fakta:

Suhu tinggi yang dihasilkan dari aktiviti memasak dalam kuali pan, menggoreng dalam minyak yang banyak, serta barbeku daging boleh menghasilkan karsinogen dalam makanan.

Pengambilan kerap daging yang dimasak sebegini telah dikatakan akan menyebabkan kanser kolorektal, pankreas dan prostat.

Daging merah juga meningkatkan risiko kanser sistem penghadaman.

Sumber: World Cancer Research Fund

Keputusan:

Elakkan daripada memakan daging ini secara kerap!

4. Microwave

Kredit: Shape.com.sg

Ada beberapa website terkenal yang menyebarkan berita tentang bahaya microwave. Jadi, ramai orang telah mengambil langkah untuk menjauhi peralatan ini kerana mereka takut akan kesannya kepada kesihatan mereka.

Fakta:

Microwave akan menyebabkan perubahan pada makanan, sama seperti cara masakan biasa yang lain.

Jadi, selagi anda mengikuti cara penggunaan microwave yang betul, ia tidak akan menyebabkan masalah kesihatan atau merosakkan nutrisi makanan. Ia adalah sama seperti cara pemanasan makanan yang lain. 

Sumber: Cancer Council, Australia

Keputusan:

Microwave adalah selamat untuk digunakan.

5. Plastik

Kredit: Flickr

Plastik sering mendapat reputasi yang buruk kerana ia tidak mesra alam. Sehinggakan, ada antara kita yang mengelak dari menggunakan plastik sepenuhnya.

Malah, ada ibu ayah yang terlalu takut untuk menggunakan plastik sebagai bekas makanan, dan emel serta artikel yang dihantar oleh makcik pakcik di media sosial juga tidak membantu!

Fakta:

BPA tidak menyebabkan kanser. Plastik selamat untuk digunakan. Anda boleh memanaskan makanan di dalam bekas plastik selagi ia selamat dan boleh digunakan dalam microwave.

Pembalut makanan plastik juga selamat untuk digunakan tetapi jangan dipanaskan dalam oven.

Susu juga boleh disuamkan dalam botol atau bekas minuman plastik. Pastikan anda menguji suhu susu sebelum memberikannya kepada bayi anda.

Jangan sesekali memanaskan susu badan ibu dalam microwave.

Sumber: Cancer Research UKThe European Food Safety Authority

Keputusan:

Gunakannya dengan cara yang selamat.

6. Monosodium Glutamate (MSG)

Kredit: Zwiwen.com

MSG adalah antara ramuan “mengerikan” yang boleh dijumpai dalam mi segera kegemaran anda.

Ia memberikan rasa dan cukup berperisa. MSG juga telah dikaitkan dengan Sindrom Restoran Cina, di mana mereka yang memakan hidangan dengan MSG akan berasa mengantuk, lemah badan, kebas, mual dan sakit kepala.

Fakta:

MSG selamat untuk diambil secara sederhana. Walaubagaimanapun, kandungan garamnya cukup tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Tetapi, MSG bukan karsinogen. 

Sumber: Cancer Council, Western Australia

Keputusan:

MSG bukan karsinogen. Tetapi, jauhi mi segera dari anak anda untuk mengelak risiko obesiti. 

7. Telefon and router wifi

Mungkin ada antara kita yang telah membaca emel atau hantaran mesej dari WhatsApp yang mengatakan radiasi dari telefon bimbit dan menara telefon adalah berbahaya.

Fakta:

Setakat ini, kajian yang sedia ada tidak berapa konsisten tentang isu penggunaan telefon bimbit.

Tetapi, penjelasan mungkin akan menjadi semakin bertambah jelas pada masa hadapan dengan peningkatan kajian.

Walaubagaimanapun, penggunaan telefon itu sendiri tidak bagus untuk anak kecil kerana pendedahan yang terlalu lama kepada cahaya biru dari skrin.

Router Wifi dan menara telefon tidak menghasilkan radiasi. Gelombang radio yang dikeluarkan oleh router Wifi juga adalah sangat rendah, jadi ia tidak menyebabkan kanser.

Sumber: NIH, National Cancer Institute, USA; Cancer Research UK

Keputusan:

Hadkan penggunaan telefon bimbit, terutamanya di kalangan anak-anak. Router Wifi adalah selamat untuk digunakan.

Ibu dan ayah sekalian, kanser adalah penyakit yang berbahaya. Tetapi, dengan mengubah gaya hidup, ia dapat dielakkan.

Mari berusaha untuk menjaga kesihatan dan memastikan kesejahteraan anak dan ahli keluarga kita yang lain!

Terjemahan dari The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Adakah Anda Akan Terus Minum Air Ini Jika Ia Boleh Sebabkan Kanser?

Penulis

Noor