5 benda yang ibu-ibu 'curi' dari bayi mereka untuk digunakan buat diri sendiri!

Secara jujurnya, semua ibu, pada satu ketika atau yang lain, telah cuba menggunakan produk bayi untuk diri mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara jujurnya, semua ibu, pada satu ketika atau yang lain, telah cuba menggunakan produk bayi untuk diri mereka sendiri. Oleh itu, kita telah menanyakan beberapa orang ibu tentang apa yang mereka ‘curi’ dari bayi mereka untuk digunakan untuk diri mereka sendiri.

Ini adalah jawapannya:

Makanan bayi

Kami bertanya Nisa Abdul, ibu kepada seorang bayi, apa yang dia ‘curi’ daripada bayinya, dan dia memberitahu kami: “Saya makan puri bayi yang boleh didapati di dalam balang, anda perlu mencubanya. Ia sangat melegakan jiwa. ”

Siapa yang boleh menyalahkan dia? Makanan bayi nampak seperti ia cukup lazat!

Sabun bayi/Pencuci badan bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu kepada dua anak, Nalika, memberitahu kita bahawa dia suka menggunakan sabun badan anaknya. Beliau berkata “baunya sangat wangi.” Nisa juga bersetuju dan memberitahu kami bahawa anaknya kini 7, dan dia masih menggunakan sabun anaknya!

Mungkin menggunakan sabun bayi dapat mengekalkan kulit mereka agar sentiasa nampak muda, sama seperti bayi? Hanya ada satu cara untuk mengetahui sama ada ia betul atau tidak!

Pelembap/ Losyen bayi

Yang ini juga dari Nalika. Beliau menambah bahawa beliau juga menggunakan pelembap anaknya. Itu cukup menarik, mungkin ada benar ada beberapa bahan khas dalam produk bayi yang membuatkan ia berfungsi untuk orang dewasa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atau mungkin ia hanya lebih mudah untuk membeli satu produk untuk bayi anda, dan menggunakannya pada diri sendiri dan bukannya membeli dua produk yang berasingan. Siapa tahu?

Kain lap bayi (baby wipes)

Yang ini tidak harus datang sebagai satu kejutan, dan ia juga dikongsi kepada kami oleh ramai ibu-ibu! Kain lap bayi (baby wipes) mempunyai banyak kegunaannya, bukan sahaja ia baik untuk mencuci tangan anda, permukaan, dan objek lain, tetapi ia juga sesuai untuk menanggalkan mekap, mengekalkan kesegaran muka, dan pelbagai perkara lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oh, Tahukah anda, ia juga boleh digunakan pada kulit bayi yang lembut untuk menggantikan sesi mandian?

Zaman kanak-kanak

Yang ini dikongsi kepada kami oleh Ruby. Dia memberitahu kami bahawa dia suka mempunyai pemikiran anaknya yang suci dan bersih, walaupun hanya untuk sehari. Dia mengatakan bahawa dia mahu mengalaminya supaya “dia tidak perlu tahu mengapa sesuatu perkara itu berlaku (terutama yang buruk) dan dia hanya boleh hidup dengan apa yang difikirkan mudah dan senang untuk difahami.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, ia kedengaran seperti agak menarik. Hanya untuk berasa seperti anda seorang kanak-kanak lagi, walaupun hanya untuk sehari, bukankah ia sangat menakjubkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh