5 Beranak Hilang Tempat Berteduh, Terpaksa Tinggal Dalam Kereta

Kesan daripada COVID-19 menjadikan keluarga ini sengsara, terpaksa keluar dari rumah sewa, hilang tempat berteduh dan kini tinggal di dalam kereta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Betapa ramai keluarga yang terkesan akibat pandemik lalu, memang tidak boleh dinafikan. Walaupun kini kita sudah di fasa endemik, masih ada keluarga yang masih tidak boleh menjalani hidup seperti biasa, hilang tempat berteduh, hilang punca pendapatan dan sebagainya. 

Selain dari kesan pandemik, ada juga keluarga yang sukar meneruskan kehidupan normal disebabkan faktorfaktor kesihatan. 

Seperti kisah hidup lima beranak yang hilang tempat berteduh ini, mereka sekeluarga terpaksa tinggal di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas dipaksa keluar dari rumah sewa. 

Bahkan mereka tinggal di dalam kereta itu sejak tiga bulan yang lepas. Apa yang lebih menyedihkan pasangan yang benama Muhammad Mujahid berusia 32 tahun serta isterinya Sayidah berusia 28 tahun mempunyai tujuh orang anak kesemuanya. Walau bagaimana pun disebabkan tiada tempat berteduh mereka terpaksa memberikan anak mereka untuk dijaga orang lain. 

Tiga orang anak mereka yang berusia 7, 8 dan 9 tahun terpaksa ditempatkan di sebuah asrama kebajikan. Manakala seorang lagi anaknya yang berusia 5 tahun dijaga oleh ahli keluarga lain, dan selebihnya anak kecil mereka berusia 3 dan 1 tahun termasuk bayi yang baru berusia 3 bulan tinggal bersama mereka. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah keperitan hidup mereka ini telah mendapat perhatian Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Melalui perkongsian di laman Facebook  MAINS memaklumkan pihaknya menziarahi keluarga Muhammad Mujahid Mohd Kamal Jalani di sebuah lokasi di Bukit Chedang di sini petang Sabtu bagi menguruskan bantuan yang diperlukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

MAINS juga menyatakan Muhammad Mujahid mempunyai masalah cakera teranjak atau slipped disc manakala isterinya menghidap penyakit asma yang kronik menyebabkan usaha pasangan itu dalam mencari dan meneruskan pekerjaan terganggu.

Dikatakan melalui zakat MAINS ini, keluarga itu akan dibantu dengan penempatan rumah sewa baharu beserta bayaran deposit, selain itu bantuan kewangan kecemasan dan barangan dapur turut diberikan. 

Sumber: Sinar Harian, Bernama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Tidak Mampu Beli Mainan Untuk Anak, Sanggup Masuk Hutan Cari Barang Terpakai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan