5 cara kreatif untuk jadikan pembelajaran lebih menarik (Yang anda mungkin tidak pernah tahu!)

Sebagai ibu bapa, membuat pembelajaran anak anda menjadi satu pengalaman yang menarik adalah sebuah cabaran yang besar kerana anak-anak tidak akan memberi tumpuan apabila mereka mendapati pelajaran itu membosankan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pembelajaran yang menarik bukan sahaja dapat memberi motivasi kepada anak-anak, malah dapat menjadikan pengalaman belajar lebih bermakna dan diingati. Ayuh kita lihat cara-cara kreatif untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik.

Sumber: Learning Disabilities Association America

Pembelajaran secara “hands-on”

Tujuan pembelajaran “hands-on” adalah untuk membolehkan anak-anak membina kemahiran-kemahiran yang penting dengan menghubungkan konsep-konsep baru dengan idea-idea yang mereka telah fahami.

Apabila belajar secara “hands-on”, anak-anak dapat menggunakan kesemua lima deria mereka. Oleh itu, ilmu pengetahuan dapat disimpan dalam otak untuk jangka masa panjang. Contoh pembelajaran hands-on adalah melakukan eksperimen dan menggunakan mainan seperti fischer TiP.

Terdapat banyak kebaikan belajar melalui “hands-on” yang disenaraikan dalam pautan ini.

Sumber: Brain Bytes

Lawatan sambil belajar

Sekali sekala, berikan anak anda pengalaman belajar yang tidak dapat mereka lupakan. Anak-anak dapat belajar melalui pengalaman apabila mereka melawat tempat-tempat seperti zoo, muzium dan taman tema. Selain itu, teknologi terkini juga menawarkan perjalanan realiti maya untuk anak-anak tanpa perlu keluar daripada rumah.

Teknologi ini membolehkan anak-anak melawat tempat pelancongan di seluruh dunia seperti Tokyo dan Paris dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan alat realiti maya. Siapa sangka, anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk melancong ke luar negara!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Spotlight Zimbabwe

“Storytelling”

Terjemahkan pembelajaran yang membosankan dalam bentuk cerita. Ceritakan kepada anak anda bagaimana kitaran hidup seekor lava menggunakan imej dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga boleh cuba mengajar anak anda bercerita secara spontan dalam berkumpulan. Mulakan dengan satu ayat, suruh anak-anak anda sambungkan menjadi sebuah cerita yang menarik. Klik pautan ini untuk menjadikan sesi “storytelling” lebih menarik.

Gunakan filem kegemaran mereka sebagai bahan

Tonton filem kegemaran anak-anak anda bersama mereka. Kemudian, bincangkan elemen-elemen moral dalam cerita tersebut seperti nilai murni dan pengajaran.

Untuk lebih mendalam, anda boleh bincang tentang karakter dalam filem tersebut. Contohnya, kenapa watak tersebut berbuat demikian, atau apakah yang akan berlaku sekiranya membuat perkara yang bertentangan daripada dalam filem.

Permainan

Philip E. Orbanes, penulis buku “Monopoly, Money and You” berkata, permainan Monopoly bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran belajar seperti subjek Matematik, malah ia dapat menggilap kemahiran untuk kehidupan seharian berunding, sosial and interpersonal.

Selain itu, permainan Charades mampu mengajar anak-anak berfikir dengan pantas, menggilap kemahiran bahasa dan berfikir secara kritis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain daripada melakukan aktiviti-aktiviti ini secara individu, ibu bapa boleh menggabungkan aktiviti di atas untuk pengalaman yang luar biasa.

Klik disini untuk mengetahui cara membuat Geografi lebih menarik menggabungkan aplikasi realiti maya dengan aktiviti “hands on”. Pautan ini pula menyediakan contoh untuk membuat aktiviti seni lebih menarik menggunakan alat permainan yang berbeza.

Ibu bapa adalah pengaruh yang sangat besar untuk anak-anak. Anda mengenali anak-anak anda, jadi ada tahu apa yang mereka perlukan untuk membesar. Cubalah cara di atas untuk menikmati pengalaman belajar yang menyeronokkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan