5 cara mudah untuk anak anda sukakan matematik

Matematik bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti, tetapi ramai orang kurang selesa dengan nombor. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menggunakan pendekatan awal bagi memastikan anak-anak mereka seronok dengan matematik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa begitu ramai yang takut dengan matematik? Ada sesetengah orang yang merasa begitu tegang dan takut sehingga disifatkan sebagai fobia-numerofobia atau arithmofobia. Ketakutan ini pasti bermula daripada sesuatu-anda tidak dilahirkan dengan rasa benci terhadap nombor.

Mengajar anak-anak anda untuk tidak takut kepada nombor bukan sahaja penting untuk prestasi sekolah sahaja, malah dapat membantu membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak anda. (Berapa ramai yang anda tahu, memberi alasan “Saya sepatutnya meneruskan sebagai ____ jika saya tidak terlampau teruk dalam matematik”?)

Di sini akan dikongsikan tips bagaimana membuatkan anak anda suka matematik.

1. Menjadi contoh yang baik

Anak anda sebenarnya lebih perseptif dari yang anda tahu. Mereka boleh tahu sama ada anda teruja atau sedang bergelut. Azaleh Jamalian dari sebuah syarikat pembelajaran perisian komputer, Tiggly memberitahu Fatherly bahawa ibu bapa boleh memindahkan keresahan terhadap nomber kepada anak mereka, jadi mereka haruslah lebih relax.

“Ibu bapa yang fikir mereka tidak bagus dalam matematik, akan memindahkan keresahan tersebut semasa mereka cuba membantu anak mereka dengan kerja rumah”, kata beliau. Tunjukan pada anak anda yang nombor bukanlah sesuatu yang wajar ditakuti serta yakin semasa berhadapan dengan tugasan matematik.

2. Membacakan matematik kepada mereka

Flintobox mencadangkan “membacakan” matematik kepada anak-anak walaupun mereka masih kanak-kanak. Anda boleh menggunakan kad imbas, buku, lagu atau cerita mengenai nombor. Cara ini boleh membantu anak anda selesa dengan nombor.

3. Pastikan ia seronok

Bertentang dengan apa tanggapan orang, matematik tidaklah membosankan. Malah, terdapat pelbagai cara untuk berseronok dengan matematik. BusinessInsider mencadangkan supaya menggunakan Lego untuk mengajar pecahan atau origami bagi memupuk minat mereka dalam geometri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.Cari apa yang anak anda belajar di sekolah

Berdasarkan GreatSchools, mengetahui tahap skill matematik yang perlu anak anda kuasai di sekolah, dan anda boleh mencari aktiviti yang sesuai untuk melengkapi apa yang mereka pelajari di sekolah. Sentiasa memantau kerja rumah anak anda dan cara mereka menyelesaikan masalah matematik untuk melihat perkembangan mereka.

5. Kaitkan matematik dengan realiti 

Kadang-kala kanak-kanak diberikan gambaran bahawa matematik adalah tidak berguna, dan mereka bukannya sangat memerlukannya dalam kehidupan sebenar, walhal hakikatnya bercanggah dengan itu.

Tunjukan tujuan praktikal matematik serta libatkan anak-anak anda seberapa banyak yang boleh, dari membandingkan harga di kedai runcit kepada menghitung bil anda. Sentiasa mencari peluang untuk mengajar anak anda-anda tidak perlu melihat terlalu jauh. Kerana, matematik di mana-mana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma