Mengandung pada usia tua, pasti ada yang akan memberitahu anda tentang risiko yang mungkin anda lalui bukan?
Wanita mengandung berusia lebih dari 35 tahun boleh menghadapi komplikasi yang berbahaya, seperti kencing manis semasa hamil, preeclampsia dan tekanan darah tinggi.
Terdapat juga banyak risiko komplikasi yang boleh menjejaskan ibu yang lebih tua, seperti kelahiran pramatang dan peningkatan risiko Sindrom Down.
Sebuah kajian telah dilakukan di Denmark yang mengikuti kehidupan sekumpulan kanak-kanak selama tempoh 18 tahun.
Mereka mendapati kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang lebih tua mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gangguan mental, penyakit jantung, dan kecacatan kongenital.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kualiti atau daya gerak sperma akan semakin merosot untuk lelaki dari usia 35-55 tahun.
Kualiti sperma yang kurang baik juga boleh menyumbang kepada masalah kesihatan tertentu untuk anak mereka.
Jadi apakah manfaat ibu bapa usia tua?
1. Anak yang lebih pandai
Satu kajian baru oleh Translational Psychiatry menunjukkan bukti bahawa lelaki tua lebih cenderung untuk membapakan kanak-kanak yang bijak.
Para penyelidik dari UK dan AS telah memeriksa data sebanyak 15,000 set anak kembar yang dikumpulkan dari kajian untuk mengukur keputusan ujian I.Q., gred ujian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Science, Technology, Engineering and Math0-STEM), minat dan kemahiran social mereka pada usia 12.
Penyelidik telah menyusun maklumat itu, serta pendapat ibu bapa mereka, untuk menghasilkan “skor indeks kepandaian” bersama dengan usia ibu bapa mereka.
Mereka mendapati bahawa anak yang dilahirkan kepada ayah yang lebih tua lebih cenderung mempunyai IQ tinggi, dan keupayaan yang lebih kuat untuk menumpukan perhatian mereka.
Mereka juga tidak mudah terpengaruh oleh keinginan untuk menyesuaikan diri secara sosial.
Ini menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mencapai kejayaan yang membawa kepada status sosioekonomi yang lebih kukuh.
2. Anak-anak anda mungkin hidup lebih lama
Bagi kedua-dua jantina, ibu bapa yang lebih tua mungkin membawa risiko ketaknormalan kromosom dalam utero.
Kajian Harvard University 2012 menunjukkan hubungan antara umur bapa dan kromosom yang membawa jangka hidup yang panjang.
Sperma yang lebih tua mungkin akan menghasilkan anak dengan telomer yang lebih panjang, atau hujung kromosom yang melindungi DNA semasa ia disalin.
Ini dikaitkan dengan jangka hidup yang lebih panjang, dan ia bukan hanya untuk satu, tetapi dua generasi keturunan.
3. Ibu bapa yang lebih bersedia dari segi emosi
Menurut penyelidik di Live Science, University of California, San Francisco yang telah menjalankan kajian kecil untuk menetapkan usia “optimum” untuk menjadi ibu bapa.
Kebanyakan responden percaya bahawa ibu bapa tua mempunyai banyak kelebihan dari menjadi ibu bapa yang muda.
Mereka lebih bersedia secara emosi, mempunyai kerjaya dan kewangan yang lebih stabil, serta hubungan yang lebih kukuh dengan rakan-rakan mereka.
Ibu bapa dalam kajian itu berpendapat bahawa usia dalam lingkungan 30-an adalah usia yang paling sesuai untuk ada anak.
4. Kanak-kanak yang lebih sihat
Kajian besar yang dilakukan di 2012 dan diterbitkan dalam British Medical Journal (BMJ) mendapati bahawa kanak-kanak dengan ibu yang lebih tua adalah lebih sihat daripada kanak-kanak dengan ibu muda.
Secara keseluruhan kanak-kanak ini dengan ibu yang lebih tua mempunyai
- kecederaan tidak sengaja yang lebih kurang,
- masalah sosial dan emosi yang kurang dan
- perkembangan bahasa yang lebih baik
5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda
5. Anda akan dapat mengakses kenangan keibubapaan anda
Anda mungkin rasa kurang percaya, tetapi hormon boleh mempengaruhi fungsi otak anda.
Menurut kajian ini, ibu dengan usia tua boleh bekerja dengan baik dan mempunyai keadaan mental yang stabil dalam hidup.
Kajian melibatkan lebih dari 800 wanita di antara usia 41 dan 92.
Wanita yang mempunyai bayi terakhir mereka selepas 35 mempunyai kognisi dan ingatan lisan yang lebih baik apabila semakin tua berbanding ibu bapa muda.
Mereka juga mendapati bahawa wanita yang menggunakan kontraseptif lebih dari 10 tahun, atau yang telah mengalami kitar haid sebelum umur 13 tahun, lebih cekap dalam menyelesaikan masalah dan fungsi eksekutif setelah tua.
Oleh itu, jangan ambil hati apabila orang tanya mengapa anda telah mengambil masa yang lama untuk mempunyai anak. Lambat pun ada manfaatnya ya!