5 Alat Pemproses Makanan Bayi Terbaik Untuk Ibu Yang Selalu Sibuk

Dengan adanya alat pembuat makanan bayi, ramai ibu-ibu yang sibuk kini boleh menyediakan makanan yang segar lagi berkhasiat untuk anak mereka. Mari kita tengok 5 alat pembuat puree bayi yang popular di pasaran Malaysia hari ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan adanya alat pembuat makanan bayi, ramai ibu-ibu yang sibuk kini boleh menyediakan makanan yang segar lagi berkhasiat untuk anak mereka.

Alat-alat ini menjimatkan masa dan memudahkan penyediaan puree makanan untuk si manja. Ibu-ibu tidak perlu lagi bergantung kepada puree botol yang dijual di kedai.

Sebaliknya, ibu boleh memilih makanan yang lebih berkhasiat untuk diberikan, mengikut citarasa sendiri. Mari kita tengok 5 alat pembuat puree bayi yang popular di pasaran Malaysia hari ini:

1. Set Alat Pemproses Makanan Bayi Little B House

 

alat pembuat makanan Little B House. Sumber: motherhood.com.my

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Jika anda belum pasti sama ada ingin membeli alat pemproses makanan yang mahal untuk bayi, anda boleh cuba dulu alat bajet ini dari Little B House.

Ia alat ringkas dan biasa sahaja, yang mempunyai empat bahagian – anda boleh memarut, melenyet, membuat jus dan juga menapis sup untuk bayi anda. Harga alat ini sangat berpatutan dengan RM25.33 sahaja, dan boleh didapatkan disini.

2. Set Alat Pemproses Makanan Bayi Piyo Piyo

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alat Pemproses makanan Piyo Piyo. Sumber: 11Street

Keluar berjalan-jalan bersama bayi memang tugas yang mencabar, terutamanya apabila terfikir barang bayi yang perlu dibawa. Set Alat pemproses makanan Piyo Piyo adalah pilihan tepat bagi ibu bapa yang sentiasa on-the-go. Bekasnya ergonomik dan padat walaupun mempunyai 7 keping peralatan bebas BPA yang terdiri daripada:

  • lesung dan alu kayu,
  • papan untuk memarut,
  • juicer tangan,
  • tudung memarut,
  • penapis keluli tahan karat,
  • dan sudu makan

Harga alat ini mahal sikit berbanding dengan pilihan no.1 di atas. Ia berharga dalam anggaran RM60 lebih dan boleh didapatkan disini.

3. Mesin Pengisar Magic Baby Bullet

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Pengisar Magic Bullet ialah mesin pengisar berkuasa tinggi yang boleh puree apa-apa jenis makanan dalam beberapa saat sahaja. Setnya datang dengan mangkuk besar, 6 cawan penyimpanan yang mempunyai dail tarikh, serta 2 pisau pengisar berbeza untuk pelbagai tujuan pengadunan dan banyak lagi. 

Ia dalam anggaran harga RM120 lebih dan boleh didapatkan disini.

4. Alat Pemproses Makanan Bayi Aneka Fungsi Little Bean 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

sumber: MY Online Home Appliances

Alat Pemproses Makanan Aneka Fungsi Little Bean ini adalah pengukus dan mesin pengisar bebas BPA. Ibu bapa tidak perlu risau kerana tiada bahan berbahaya yang akan meresap ke dalam makanan si manja.

Selain daripada mengukus dan mengadun makanan, alat pemproses makanan bayi ini juga boleh memanaskan dan menyahbekukan makanan bayi. Ia boleh didapati di sini dengan harga RM170.

5. Alat Pemproses Makanan Bayi 2 dalam 1 Autumnz

sumber: Lazada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Alat pemproses makanan 2 dalam 1 Autumnz ini boleh mengukus dan mengisar makanan semula dalam bekas yang sama! Dail untuk mengawal semua fungsi alat ini hanya satu sahaja juga agar mudah digunakan. 

Bekasnya bebas BPA dan alat pemproses makanan ini sesuai untuk buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam, dan ikan. Dapatkannya sekarang di sini.

Penulis

Rosanna Chio