Bayi Baru Lahir Tak Beri Sebarang Respon
Para doktor dan pasukan mereka mungkin adalah salah satu profesion yang tak boleh mudah berputus asa. Lebih-lebih lagi jika mereka sedang memperjuangkan nyawa pesakit.
Video berdurasi selama lebih kurang 5 minit ini amat mendebarkan. Seorang doktor telah membuktikan bagaimana mereka memiliki dedikasi yang tinggi, tak mudah menyerah kalah dan berpengetahuan tinggi mampu menyelamatkan bayi yang tak bernafas ini.
Video tersebut memaparkan adegan seorang doktor perempuan sedang mendukung seorang bayi yang kaku, tak bergerak. Tali pusat bayi tersebut masih belum dipotong, menandakan dia baru lahir.
Akan tetapi, bayi itu seperti patung boneka. Keras tak menunjukkan sebarang reaksi mahupun menangis. Hati saya berdegup laju. Kenapa dengan bayi ini? Adakah dia sudah meninggal? Dia masih kaku walaupun mereka cuba memberikannya pernafasan kecemasan!
Jantung berdebar-debar kencang menyaksikan video tersebut. Badan bayi itu ditepuk-tepuk, diterbalikkan dan diberi pernafasan kecemasan. Tapi dia masih tak bergerak atau menangis atau memberi sebarang respon langsung!
Pelbagai usaha perlu dibuat bagi memberi peluang kepada bayi itu untuk menunjukkan reaksi yang dia boleh diselamatkan.
Anda mahu tonton video yang mendebarkan ini? Cuba lihat ia di bawah –
www.facebook.com/OfficialPWIN/videos/397193267291679/
Nasib baiklah bayi itu berjaya diselamatkan! Amin…
Video tersebut telah dikongsi oleh hampir lebih 11,000 akaun di Facebook dan ditonton oleh sejumlah 1 juta penonton! Rata-rata komen yang ditinggalkan pada video itu memuji ketangkasan dan kemampuan doktor terbabit yang berjaya menyelamatkan bayi comel yang baru lahir itu.
Semoga video yang luar biasa ini memberi inspirasi kepada para doktor, bidan dan tenaga perubatan lain di Malaysia untuk tidak mudah berputus asa atau menyerah saat cuba menyelamatkan nyawa pesakit.
Tabik hormat pada doktor yang tidak diketahui namanya ini dan pada seluruh tenaga perubatan yang cuba menangani masalah ibu baru lahir. Anda hebat, doktor sekalian! Teruskan usaha dan dedikasi bermakna anda.
Baca juga: LynLee Hope – Bayi Istimewa Yang Dilahirkan ke Dunia Sebanyak Dua Kali!
Artikel diterjemah daripada theAsianparent Indonesia.