5 Perkara Anda Tidak Patut Kongsi Dalam Online Group Para Ibu

Ini adalah lima perkara yang anda tidak patut siarkan, tanya atau lakukan dalam kumpulan ibu dalam talian. Etika online group para ibu patut diketahui oleh setiap ahli supaya ia kekal menjadi platform yang membantu dan berkualiti!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Emak-emak sekalian, ketika anda sedang membaca artikel ini, adakah anda salah seorang daripada ahli online group para ibu?

Saya juga, sama seperti anda. Saya sertai bukan sahaja satu, malah beberapa kumpulan ibu!

Saya suka online group saya kerana ia selalunya menjadi tempat saya untuk berkongsi kebimbangan, mendapatkan nasihat dan bertanya soalan.

Selalunya, saya dapat jawapan untuk persoalan yang saya ajukan dan sokongan yang hebat daripada ibu-ibu lain.

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sejak menjadi ahli kumpulan dalam talian, saya perhatikan yang kadang-kala, beberapa ahli kumpulan telah berkongsi pelbagai informasi yang tidak patut dikongsi dalam talian.

Ambil perhatian ya, ibu-ibu. Berikut adalah lima perkara yang anda mungkin tidak patut siarkan, tanya atau lakukan dalam online group para ibu anda itu.

1. Siar foto/video bogel anak anda

Kumpulan ibu sepatutnya menjadi ruang yang benar-benar selamat untuk para ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, kita memang suka berkongsi saat peribadi anak-anak kita dengan orang luar. Dan, online group kita telah menjadi satu platform yang baik untuk berkongsi hal-hal sebegini.

Tetapi para ibu sekalian, fikirlah dua kali sebelum menyiarkan gambar anak anda sedang mandi berbogel dalam tab mandi, atau video dia menyanyikan lagu yang comel sambil berpakaian seksi.

Online group, tidak kiralah di FB atau Whatsapp, selalunya mempunyai ramai ahli.

Ya, para admin kumpulan pasti telah mencuba untuk memastikan group itu selamat untuk semua ahli kumpulan tersebut. Tetapi, mereka bukannya polis.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Admin tidak dapat mengawal semua profil yang memohon untuk menjadi ahli.

Ia adalah sangat mudah untuk membuat profil palsu dan berpura-pura untuk menjadi ibu untuk memasuki komuniti tersebut. Yang selalu melakukannya, adalah pedofilia.

Adakah anda selesa untuk memberi akses peribadi seperti gambar atau video anak anda yang berharga kepada orang yang tidak dikenali?

2. Nasihat perubatan

“Anak saya telah demam tinggi sejak dua hari lalu. Apa yang perlu saya lakukan?” “Lihat ruam ini pada vagina anak saya. Apa yang ibu semua fikir?” “Bayi saya terus-menerus muntah susu. Kenapa ya?”

Ini adalah contoh soalan yang biasa saya lihat di beberapa group ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anak anda mempunyai masalah perubatan yang sangat serius, sebaiknya dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

Walaupun ia adalah baik untuk meminta nasihat doktor dan pakar kanak-kanak yang ada dalam kumpulan tersebut, sebaiknya anda tidak membuang masa yang berharga dengan bertanya soalan perubatan yang serius atau berkongsi foto ruam atau luka.

Gunakan masa itu untuk mendapatkan bantuan daripada doktor anda!

3. Gambar Najis

Ada banyak sebab kenapa anda tidak patut berkongsi gambar sebenar najis anak anda di online group para ibu. 

Ya, anda mungkin berniat baik dan hanya mahu mendapatkan pendapat daripada ibu-ibu lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, percayalah, saya selalu terlihat gambar najis daripada ibu lain ketika saya sedang makan. Boleh anda bayangkan perasaan mual yang saya rasakan ketika itu?

Doktor adalah orang yang terbaik untuk mendiagnosis keadaan kesihatan anak anda melalui najisnya – bukan para ibu lain.

Atau anda boleh membaca artikel ini.

4. Mengkritik ibu-ibu yang lain

Kita semua pernah dihakimi oleh ibu lain. Malah, kita sendiri juga pernah menyuarakan kritikan kita kepada ibu lain.

Tetapi, apabila kita mengkritik ibu-ibu lain dalam kumpulan sokongan dalam talian, ia sebenarnya memudaratkan dan tidak membantu langsung.

Terutamanya apabila kita menyerang mereka secara terbuka dengan nama ditagged, disaksi atau dibaca oleh ibu lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi memburukkan keadaan, ada ibu lain yang turut menyertai aktiviti kritikan tersebut. Alahai~

Akhirnya nanti, semua ahli akan berasa malu dan takut untuk berkongsi atau bertanya pendapat di group. Ini adalah kumpulan sokongan ibu, bukannya kumpulan kritikan!

5. Maklumat bocor

Dalam era digital ini, online group adalah satu cara yang mudah untuk ibu-ibu yang tidak selalu keluar rumah atau seorang suri rumah untuk merasa sebahagian daripada komuniti yang besar ini.

Perasaan ini menyebabkan ada para ibu yang lebih selesa untuk berkongsi insiden dan pengalaman sendiri dengan group ibu berbanding berkongsi di halaman Facebook sendiri.

Kadangkala, pengalaman yang dikongsikan mungkin sedikit peribadi dan tidak sesuai diketahui oleh orang luar dari group tersebut.

Malangnya, ada ahli yang telah screenshot mesej ini dan menyebarkan maklumat luar dari kumpulann tersebut tanpa keizinan tuannya.

Rasanya, kita semua patut tahu peraturan dan etika menyertai online group ibu.

Jangan sesekali berkongsi status atau gambar orang lain dengan sesiapa sahaja di luar kumpulan tersebut tanpa mendapatkan keizinan pihak yang berkongsi maklumat.

Apa yang dibincangkan dalam kumpulan harus kekal di dalam kumpulan tersebut.

Gunakan keahlian anda secara bijak dan anda akan sedar yang berada dalam online group para ibu boleh memberi sokongan dan persahabatan yang mengagumkan!

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Singapore

Penulis

Michelle Goh