5 Perkara Setiap Ibu Perlu Tahu Mengenai MFGM

Baca tentang penemuan terbaru untuk nutrisi kanak-kanak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam tempoh dua tahun pertama, saiz otak kanak-kanak akan membesar sebanyak tiga kali ganda, dan sehingga 90% daripada saiz otak dewasa dalam tempoh 5 tahun pertama kehidupannyai. Ketahui kandungan susu yang baik untuk anak anda!

Sebagai ibu bapa, kita seronok melihat anak sendiri membesar di depan mata. Dari bayi kecil yang tidak berdaya, hingga menjadi kanak-kanak aktif yang memenuhi setiap tahap perkembangan.

Setiap ibu akan sentiasa memikirkan pelbagai cara agar anak mereka akan menjadi lebih bijak, lebih sihat, lebih gembira, lebih kuat, berkelakuan lebih baik dan sebagainya.

Ibu bapa juga mempunyai tugas yang besar untuk mendidik dan menyediakan anak mereka untuk menghadapi cabaran hidup. Walaupun terdapat banyak cara untuk memastikan perkembangan kanak-kanak yang baik, fokus kita adalah nutrisi.

Pengambilan nutrisi dari awal boleh mempengaruhi kesihatan kanak-kanak untuk jangka masa yang pendek dan jangka masa panjang. Nutrien seperti DHA, besi dan kolina sudah lama menjadi sebahagian daripada gabungan nutrien penting untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.

Baru-baru ini, terdapat penemuan baru dalam nutrisi kanak-kanak. Satu komponen utama telah dikenal pasti, yang memainkan peranan penting dalam menyokong imuniti dan perkembangan EQ kanak-kanakii. Ia dipanggil Milk Fat Globule Membrane (MFGM), ataupun membran globul lemak susu yang ada secara semula jadi dalam susu.

Mungkin anda akan berpendapat bunyi nama ini agak kompleks, tetapi jangan biarkan ini menghalang anda daripada mengetahui kebaikan komponen revolusioner ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kandungan Susu: MFGM

Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu tentang MFGM:

1. Apakah itu MFGM

Milk Fat Globule Membrane ataupun membran globul lemak susu, merupakan komponen penting yang kaya dengan nutrien. Ia mempunyai membran tiga lapisan, yang terdiri daripada lipid kompleks dan protein bioaktif yang mengelilingi globul lemak dalam susu.

2. MFGM, nutrien penting untuk otak kanak-kanak

Semasa tiga tahun pertama kehidupan seorang kanak-kanak, kira-kira 1,000 trilion sambungan sel otak dibentuk melalui pengalaman yang dihadapi kanak-kanak itu. Semua yang telah dipelajari akan disimpan dalam rangkaian sel otak iniiii.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama seperti DHA, MFGM adalah komponen lipid yang banyak dijumpai di dalam otak. Lipid kompleks seperti gangliosida, fosfolipid dan sfingomielin, adalah penting untuk fungsi dan struktur otakiv,v,vi.

3. MFGM menjaga kesihatan dan imuniti

MFGM mengandungi lebih dari 150 protein dan lipid yang berbezavii. Banyak komponen protein (seperti mucin-1) dalam MFGM mempunyai mekanisme anti-virus dan anti-mikrob yang menghindari jangkitan dan bakteria dalam ususviii. Secara ringkas, mereka meningkatkan imuniti dan membina pertahanan tubuh terhadap jangkitan.

4. MFGM menyumbang kepada perkembangan IQ dan EQ

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa zaman sekarang, perlu menyediakan anak mereka untuk menyahut cabaran masa depan, dan bersedia untuk menghadap kehidupan yang tidak tentu dan sentiasa berubah.

Selain daripada daya saing teknikal yang cekap, kanak-kanak harus bersedia dari segi emosi untuk menerima perubahan dan mencari jalan penyelesaian sendiri.

Nutrisi terbaik boleh membantu perkembangan kanak-kanak yang seimbang secara keseluruhan, dan ini akan menyokong ibu bapa dalam matlamat mereka dalam menyediakan anak untuk mencapai kejayaan masa depan. Gabungan DHA dan MFGM dalam kandungan susu telah menunjukkan perkembangan IQ & EQ dalam kanak-kanakix.

5. Kemasukkan MFGM ke dalam susu formula kanak-kanak!

Ini adalah berita baik untuk ibu bapa. Sebelum ini, sebahagian besar komponen yang kaya dengan nutrien ini, telah hilang dalam proses pengeluaran formula susu. Tetapi dengan kemajuan dan teknologi tenusu terkini, susu formula kanak-kanak boleh diperkayakan dengan kepekatan MFGM yang lebih tinggi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian menunjukkan penambahan MFGM ke dalam pemakanan kanak-kanak boleh meningkatkan perkembangan otakx, kecerdasan emosi, dan pertahanan terhadap jangkitan.

Lihatlah pelancaran ramuan terbaru ini dalam susu Enfagrow A+ tidak lama lagi!


iDobbing J, Sands J. Quantitative growth and development of human brain. Arch Dis Child. 1973;48:757-767.
iiVeereman-Wauters G, Staelens S, Rombaut R, et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752.
iiiSchiller P. Early brain development research review and update. Exchange 2010:26-30
ivDewettinck K, Rombaut R, Thienpont N, Le T, Messens K, Van Vamp J. Nutritional and technological aspects of milk fat globule membrane material. Int Dairy J. 2008;18:436-457.
vMcJarrow P, Schnell N, Jumpsen J, Clandinin T. Influence of dietary gangliosides on neonatal brain development. Nutr Rev. 2009;67:451-463.
viQuarles RH, Macklin WB, Morell P. Myelin formation, structure and biochemistry. In: Siegel GJ, ed. Basic Neurochemistry: Molecular, Cellular, and Medical Aspects. Burlington, MA: Elsevier Academic; 2006:51-71.
viiDewettinck K, Rombaut R, Thienpont N, Le TT, Messens K, Van Camp J. Nutritional and technological aspects of milk fat globule membrane material. International dairy journal. 2008;18(5):436-57.
viiiSheng YH, Triyana S, Wang R, et al. MUC1 and MUC13 differentially regulate epithelial inflammation in response to inflammatory and infectious stimuli. Mucosal Immunol. 2013;6:557-568.
ixVeereman-Wauters G, Staelens S, Rombaut R, et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752.
xMcJarrow P, Schnell N, Jumpsen J, Clandinin T. Influence of dietary gangliosides on neonatal brain development. Nutr Rev. 2009;67:451-463.
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio