5 Cara Bersetubuh Agar Cepat Hamil, Ayuh Cuba!

Walaupun tiada bukti saintifik dan klinikal, 5 cara bersetubuh agar cepat hamil ini dipercayai mempengaruhi peluang kehamilan. Jom cuba tengok!

Sesetengah wanita mudah untuk hamil, namun sebahagiannya pula perlu berusaha keras untuk hamil. Salah satu cara yang boleh membantu mempercepatkan kehamilan adalah mencuba pelbagai posisi seks. Tapi, cara bersetubuh agar cepat hamil cara apa?

Sebenarnya kehamilan boleh terjadi dengan apapun posisi hubungan intim, asalkan sperma bergerak menuju ke arah sel telur dengan arah yang betul dan berlakunya persenyawaan.

Oleh itu, beberapa cara bersetubuh agar cepat hamil ini mungkin dapat memudahkan sperma bergerak menghampiri sel telur lantas membesarkan peluang berlakunya persenyawaan.

Berikut adalah 5 cara bersetubuh agar cepat hamil:

Cara bersetubuh agar cepat hamil #1 Posisi misionari & gerakan ‘kucing’

Posisi seks agar cepat hamil : Misionari

Posisi ini sering disebut sebagai Man on Top, iaitu wanita baring terlentang, dan lelaki berada di atasnya. Dengan posisi ini, sperma yang dikeluarkan tidak mudah untuk terkeluar dari vagina wanita.

Dikombinasikan dengan gerakan CAT (kucing). Sebenarnya CAT ialah singkatan untuk (Coital Alignment Technique) dan berdasarkan penelitian dari Edward Eichel, gerakan ini dapat membantu meningkatkan peluang kehamilan.

Gerakan CAT:

Lelaki berada di atas wanita dan bergerak kedepan dan kebelakang sambil mencondongkan badan ke arah bahu wanita.

Semasa bersama, wanita mengangkat pinggul agar selari dengan pinggul lelaki. Wanita boleh juga menggelek (seperti memutar) untuk mensimulasi orgasme.

Cara bersetubuh agar cepat hamil #2 Posisi Gunting, penetrasi dari sisi

Posisi seks dari sisi

Ketika berada di dalam cara bersetubuh agar cepat hamil ini, pasangan akan berasa lebih relaks dan ia sesuai untuk suami yang lebih berisi.

Ketika penetrasi dari sisi, zakar dapat masuk lebih dalam ke vagina, sehingga ketika ejakulasi, sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel telur. Posisi ini dapat dilakukan melalui 2 cara; iaitu lelaki di belakang wanita atau saling menghadap.

Apabila saling menghadap, wanita boleh mengangkat salah satu kaki lurus ke atas serenjang dengan katil. Lalu lelaki merapati bahagian hadapan badan wanita, dengan salah satu kaki di antara kaki wanita.

Rapatkan pinggul lelaki dan wanita, tetapi jauhkan dada masing-masing. Posisi seks ini dikenali sebagai posisi gunting (scissors).

Cara bersetubuh agar cepat hamil #3 Penetrasi dari belakang, doggy style

Posisi seks dari belakang

Posisi ini boleh dilakukan dengan perut wanita di katil, atau menghadap katil seperti sedang merangkak. Sama seperti posisi seks dari sisi, penetrasi dari belakang juga membantu zakar masuk lebih dalam, sehingga sperma yang dikeluarkan lebih dekat dengan sel telur.

Semasa dalam posisi merangkak, wanita melengkungkan badan sehingga kedudukan perut rendah tetapi bahagian pinggul tinggi. Tampung berat badan menggunakan tangan dan lutut. Posisi ini dikenali sebagai posisi anjing atau doggy style.

Cara bersetubuh agar cepat hamil #4 Wanita di atas, posisi Cowgirl

Posisi seks cowgirl

Apabila wanita berada di atas lelaki, posisi seks ini memberikan kuasa penuh pada wanita. Jadi wanita dapat mengatur irama dan perjalanan hubungan seks ini. Wanita akan lebih relaks dan menikmati permainan, serta dapat memandu agar penetrasi zakar di kedalaman yang sesuai dengan kehendaknya.

Cara yang lain, wanita boleh memusing posisi badan ke mana pun yang diingini sehingga 360 darjah. Lengkungkan badan hingga pinggul condong ke belakang dan dada condong ke hadapan.

Cara bersetubuh agar cepat hamil #5 Posisi berdiri

Posisi berdiri

Pada posisi berdiri, lelaki dan wanita dapat mengendali untuk mencapai posisi paling selesa.

Ketika lelaki mencapai ejakulasi, kekal berada di posisi ini untuk beberapa saat agar sperma tidak terkeluar dari liang vagina. Berdiri di bawah pancuran air hangat boleh menambah rasa sensasi bersama.

https://www.youtube.com/watch?v=xPYwWxyI908&has_verified=1

Penulis

Aqma