5 Tanda-Tanda Ibu yang Syok Sendiri – Adakah Itu Anda?

Para psikologi ada mengkaji tentang sifat ibu yang syok sendiri, juga dikenali sebagai ibu narsissistik. Kajian mengesahkan ia mampu mengganggu pengalaman kanak-kanak si manja dan menjadikannya seseorang yang tandus kasih sayang. Adakah anda ada tanda-tanda ibu yang syok sendiri? Jom baca untuk mengetahui lebih banyak lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang syok sendiri – pernah tak anda dengar istilah ini? Ia sebenarnya merupakan satu terma psikologi buat ibu atau bapa yang kemaruk dengan imej diri dan kehendak sendiri.

Telah banyak kajian psikologi yang dilakukan oleh para pengkaji tentang sifat ibu bapa sebegini. Ia turut dikenali sebagai ‘narcissistic parent’. Macam mana kita hendak tahu sama ada kita termasuk dalam golongan ibu bapa yang syok sendiri atau narsissistik? Jom tengok tanda-tanda ibu yang syok sendiri!

1.    Suka Bercakap tentang Diri Sendiri Sahaja

Sikap syok sendiri, atau turut dikenali sebagai narsissistik, adalah satu tingkah laku di mana kita terlalu obses dengan diri sendiri.

Segala bentuk perbualan antara kita dengan anak-anak hanya melibatkan urusan dan masalah kita sebagai individu, dan bukannya berfokus kepada urusan anak-anak.

Source: Maternalscars.tumblr.com

Ini adalah salah satu daripada tanda-tanda ibu yang syok sendiri! Contohnya, apabila anak anda pulang ke rumah dan berkata:

“Ibu, hari ini Aina dapat keputusan B+ untuk Bahasa Inggeris. Ok tak ibu?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu yang narsissistik lebih cenderung untuk membalas:

“Aina dapat B je? Ibu dulu selalu dapat A untuk English. Ibu pelajar terbaik…ibu tidak pernah dapat B…ibu…ibu…ibu...ibu...”

Seperti yang anda perasan, segalanya adalah tentang dirinya sebagai emak dan bukannya kata-kata yang mengiktiraf pencapaian mahupun perasaan anak!

2.    Menghidupkan Semula Zaman Kanak-Kanak Sendiri Melalui Hidup Anaknya

Lagi satu petanda yang menunjukkan bahawa kita adalah seorang ibu atau bapa yang syok sendiri adalah kita sering memaksa anak-anak untuk memenuhi impian dan cita-cita kita sewaktu kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin dahulu kita berimpian untuk masuk ke sekolah asrama tetapi tiada peluang. Maka, hari ini, kita memaksa perkara tersebut terhadap anak kita.

Kita mendaftarnya tanpa bertanya pendapat anak atau mengambil tahu tentang perasaan mereka terhadap keputusan yang kita buat.

Akibatnya, anak kita membesar dewasa tanpa mempunyai kualiti personaliti yang tersendiri. Semuanya dibentuk oleh kita tanpa memberikan sebarang kebebasan buat si kecil!

3.    Tidak Mampu Berpisah Walaupun dengan Anak yang Sudah Dewasa

Adakah anda selalu merasakan yang anda tidak dapat berpisah dengan anak anda? Adakah anda merasakan yang orang lain akan merampasnya dari hidup anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda ada merasakannya sekali sekala, mungkin ia masih boleh dianggap lumrah. Namun, jika ianya sangat kritikal sehingga mengganggu kesejahteraan hubungan ibu dan anak, maka ia boleh dianggap sebagai satu sifat syok sendiri.

Ibu sebegini selalunya tidak dapat menerima kenyataan yang anaknya telah matang dan mampu membuat keputusan sendiri.

Malah, ada yang berasa terancam dengan potensi diri dan kejayaan anaknya!

Jadi, apa yang berlaku adalah mereka akan cuba mengawal kehidupan anak. Kata-kata seperti di bawah akan selalu kedengaran:

“Kamu tidak akan berjaya di luar sana tanpa bantuan ibu.”

“Kamu hanya membazirkan masa dan wang ibu dengan belajar diploma di kolej itu!”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4.    Anak-Anak Dijadikan Piala Kebanggaan

Ibu yang syok sendiri juga gemarkan menjadikan orang di sekeliling, sama ada suami atau anak-anak, sebagai trofi kebanggan peribadi.

Sebelum membawa keluarga ke majlis keraian syarikat, dia akan berkata:

“Pakai baju kemas-kemas. Jangan buat perangai yang memalukan ibu. Behave! Kamu itu bukan boleh dipercayai.”

Source: Freepik.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan, di hadapan rakan sekerja atau bos, mereka akan berubah dengan menggunakan nada yang lain pula:

“Anak saya Danial memang bijak di sekolah! Selalu dapat nombor satu dan cikgu pun semuanya kenal dia dekat sekolah tu!”

Walaupun pada dasarnya ibu sebegini seolah-olah menunjukkan kasih sayang dan sokongan pada anak-anak di khalayak ramai, namun, di sebalik tabir, anak-anak cukup terasa kurang belaian dan kasih sayang ibunya.

5.    Mereka Mudah Berasa Marah Jika Tidak Dapat Apa yang Diingini

Seorang ibu yang benar-benar sayang dan menghargai anaknya akan lebih berlapang dada terhadap segala kelemahan suami atau anak-anaknya.

Namun, menurut psikologi, ibu syok sendiri pula lebih cenderung mempunyai sikap mudah marah dan suka menempelak orang lain yang gagal memenuhi keinginannya.

Sebagai contoh, walaupun anak membuat kesalahan biasa dan kecil seperti terpecahkan pinggan, mulalah dia akan naik angin.

“Anak apa kamu ini? Pegang pinggan pun tak reti. Tak boleh diharap. Cubalah jadi macam ibu, sangat teliti!”

Mereka lebih gemar memperkecilkan orang lain dek kesilapan yang remeh temeh, dan bukannya memberikan kata nasihat supaya anak-anak dapat memperbaiki diri.

Source: Huffingtonpost.com

Sifat Ibu Syok Sendiri atau Ibu Narsissistik Akan Menghasilkan Anak-Anak yang Mengalami Gangguan Emosi

Antara kesan yang boleh berlaku pada si kecil yang hidup bersama atau dibesarkan oleh ibu yang narsissistik adalah seperti berikut:

  • Anak itu akan merasakan yang dia tidak cukup sempurna atau seorang manusia yang gagal
  • Keyakinan dirinya akan musnah
  • Si kecil akan membesar dahaga dan ketandusan kasih sayang ibu atau bapa
  • Dia perlu hidup dengan memuaskan hati dan kehendak ibunya sendiri berbanding memikirkan keinginan dan impiannya
  • Si kecil akan berasa serba tidak kena atau kurang gembira ketika berada di rumah
  • Si anak akan membenci ibunya sendiri dan tidak mahu menjadi sepertinya apabila dewasa

Selepas mengetahui tanda-tanda ibu yang syok sendiri seperti di atas, bolehlah kita semua menyemak semula diri kita.

Adakah kita ini seorang ibu yang selalu cuba untuk memahami perasaan dan diri anak kita?

Ataupun kita terlalu taksub dengan cara hidup serta sering syok sendiri dengan impian atau perangai kita yang bermasalah itu?

Jika kita merasakan yang sifat-sifat di atas ini ada pada diri sendiri, mungkin telah tiba masanya untuk kita berubah, demi pasangan dan anak-anak kita!

Penulis

Noor