Dalam perhubungan, kadangkala kita rasa diri tidak dihargai walaupun anda telah banyak berkorban dalam rumahtangga. Apa yang menyebabkan anda berasa sedemikian?
“Kenapa termenung Ina” tanya Syafiah sambil duduk di sisi Farina.
“Aku sedih sebab Razif tak hargai akulah Sya.”
“Eh! Aku tengok engkaulah orang paling banyak aksesori badan dalam pejabat ni. Apa lagi yang tak cukup?”
“Dia tak pernah bagi aku bunga. Kan bunga tu lambang ingatan dan cinta?”
“Kau beritahu dia tak?” Syafiah mula rasa jengkel.
“Alah … diakan lelaki. Dia patut tahu.”
“Huh! Buang masa je aku layan engkau ni Ina!”
Pernahkah anda mendengar, untuk dihargai kita harus menghargai? Itulah hukum alam. Kali ini kami kongsikan beberapa perkara untuk para isteri lakukan agar sentiasa dihargai suami.
Apa yang anda patut lakukan jika diri rasa tidak dihargai
#1 Hormati dan hargai dia
Paling penting bagi seorang lelaki adalah rasa dihormati atau ‘respect’. Suami perlu tahu yang isteri menghormatinya, sebagaimana kita sebagai isteri perlu tahu yang suami menyayangi kita. Lelaki sejak kecil telah diajar yang dia akan menjadi ketua rumahtangga. Berikan peranan itu kepadanya.
Jadikan dia orang pertama tahu tentang hal-hal kita dan anak-anak. Berbincang dengan suami dan elakkan mencari orang luar. Ucapkan terima kasih atas kerja keras di pejabat atau bantuan kecil yang dilakukannya ketika di rumah. Lebih baik lagi tunjukkan rasa penghargaan kita dengan sentuhan seperti pelukan dan ciuman. Bantu dia untuk menjadi seorang suami dan ayah yang berbangga dengan keluarga dibawah jagaannya.
BERKAIT: Say more with gestures than with words.
Terasa Diri Tidak Dihargai #2 Jaga matanya.
Lelaki adalah insan yang ‘visual’. Mereka memang dicipta dengan sifat yang suka kepada apa yang dilihat. Sebagai perempuan pula, kita memang secara semulajadi suka kelihatan cantik, bersih dan menggoda. Jadi ambil peluang ini sebaiknya dalam alam rumahtangga.
Pastikan berpakaian kemas dan bersih. Rambut yang tersikat rapi, didandan atau diikat kemas. Jika tidak punya masa untuk bersolek kerana mengurus anak-anak, cukuplah dengan memastikan wajah tidak kelihatan kusam. Pastikan sentiasa berbau harum atau sekurang-kurangnya tidak berbau yang tidak menyenangkan. Dan yang paling utama, serikan hidupnya dengan senyuman manis dan wajah yang ceria seikhlasnya.
Terasa Diri Tidak Dihargai #3 Jaga perutnya
Pernah dengar kata orang tua-tua, ambil hati suami dengan menjaga perutnya? Dengan kata lain, pastikan kita tahu memasak. Lebih-lebih lagi masakan kegemarannya. Jika tidak pandai, tidak salah kan untuk belajar daripada ibu atau ibu mertua?
Suami akan lebih mengharigai jika kita bersusah payah belajar memasak untuk menjaga makan minumnya. Ini bukan sahaja membantu suami menjaga kewangan, ia juga akan membuatkan suami berfikir dua kali sebelum singgah ke kedai makan. Mengapa perlu sedangkan dia punyai chef terbaik di rumah!
BERKAIT: Temujanji bersama pasangan tanpa anak-anak.
Terasa Diri Tidak Dihargai #4 Jaga nafsunya
Ketahuilah wahai para isteri, hakikatnya lelaki sangat menginginkan hubungan kelamin. Jika kita sebagai isteri terlalu kerap memberikan alasan untuk tidak melayaninya, satu ketika dia akan merasa benci dan marah. Dan jika perasaan marah dan benci ini disimpan dan terkumpul, secara tidak sengaja dia akan berlaku keras terhadap kita atau hilang rasa sayang.
Sekali sekala, tidak salah jika isteri mengajak suami untuk bersama. Godalah suami kita dengan pakaian yang menjolok mata dan kata-kata yang manis. Bagi lelaki, mereka memerlukannya. Hubungan intim tiga kali seminggu sebenarnya dapat mengurangkan separuh masalah jantung. Manakala hubungan intim kurang daripada sekali seminggu, boleh menyebabkan mati pucuk.
BERKAIT: How to romance your man.
Terasa Diri Tidak Dihargai #5 Maniskan lidah
Komunikasi yang baik sangat penting dalam rumahtangga. Jika tersalah atau terkurang komunikasi, boleh mengakibatkan pasangan tersalah faham atau terasa hati.
Tanyakan khabarnya apabila pulang, puji dirinya apabila mengenakan pakaian untuk ke pejabat. Ajak dia berbual-bual sambil memandang wajahnya. Berbicara biar jelas dan terang dan usah terburu-buru. Bersungguh-sungguhlah dalam berbicara dan elakkan dari ‘acuh-tak-acuh’, ayat yang tidak habis dan pilihan perkataan yang samar-samar. Bila berbicara biar suami sampai rindu untuk mendengarnya.
Terasa Diri Tidak Dihargai #6 Setialah padanya
Tiada yang lebih merosakkan rumahtangga selain merasakan bahawa pasangan tidak akan setia. Lelaki perlu tahu yang wanita yang dikahwininya, akan berada disisi apabila dia memerlukan. Tunjukkan kesetiaan dan sokongan terhadap suami sama ada dengan kata-kata atau perbuatan.
Suami perlu tahu yang kita akan setia disisinya terutama dalam waktu susah seperti apabila dia kehilangan kerja, atau apabila dia ingin mulakan sesuatu tetapi gagal. Terutama sebagai seorang Muslim, kita harus taat dan setia kepada suami sebelum perkara-perkara lain, selepas Allah dan Rasulullah. Jika kita setia kepada suami, bersaksilah yang dia akan setia kepada kita
BERKAIT: Menyemarakkan api cinta di antara suami isteri.
Sumber: 7 Secrets of Husbands
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami Isteri Wajib Lakukan Ini Selepas Berhubungan Intim, Barulah Bahagia