Pupuk Anak Cerdas Dan Bijak! Ini 6 Cara Tingkatkan Kecerdasan Si Manja Anda

Mari tingkatkan kecerdasan si manja anda dan bantu mereka belajar seawal mungkin!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hai, ibu bapa semua! Adakah anda ingin bantu si manja mencapai kecerdasan seawal usia satu tahun? Anak yang cerdas dan bijak tentunya akan mempengaruhi si manja apabila bersekolah kelak!

Semak 6 langkah di bawah, tentang bagaimana anda boleh tingkatkan kecerdasan si manja anda!

6 Tips Anak Cerdas

Tips mudah ini boleh membantu si manja meningkatkan kecerdasan dan pembelajarannya, malah merapatkan hubungannya dengan anda!

Bertentangan Mata

Bertentangan mata dengan si manja adalah cara yang sangat bagus untuk meningkatkan kecerdasan mereka. Menurut Psychology Today, aktiviti bertentangan mata penting untuk mengoptimumkan pergerakan sukarela, dan meningkatkan daya ingatan secara keseluruhan.

Ajar si manja untuk bertentangan mata dengan anda bagi meningkatkan daya ingatannya dengan lebih mudah!

Lakukan Tugas Menukar Lampin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tugas menukar lampin bukanlah tugas yang digemari oleh mana-mana ibu bapa… dan kami faham itu! Tapi, jika anda harus betul-betul buat tugas ini, lebih baik anda buat dengan bersungguh-sungguh, kan?

Apa kata ketika menukar lampin, anda cuba terangkan setiap langkah anda pada si manja? Ia bukan saja membantu membina perbendaharaan kata baginya, malah ia juga mengajar mereka untuk membiasakan diri dengan konsep rutin.

Teroka Dunia Di Sekeliling

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bawalah si manja ke taman atau ke kawasan alam semula jadi, dan cuba terangkan setiap perkara yang anda lihat, atau perkara yang berlaku di sekeliling.

Ya, ia mampu membina perbendaharaan kata buat si manja, malah mengajar mereka tentang dunia sekeliling!

Membaling Permainan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ingat apabila si manja mula membaling permainan, puting atau botol susunya? Anda pula penat mengutip setiap benda tersebut. Rupa-rupanya ada sebab di sebalik perbuatan mereka itu. Mereka bukan sengaja mahu buat anda gila!

Menurut pakar, si manja sedang melakukan sebuah pemerhatian yang bijak tentang ilmu graviti, apabila mereka membaling permainan! Si manja sedang mempelajari fizik asas, bagaimana dunia berfungsi, malah meningkatkan kemahiran motor mereka.

Peekaboo

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peekaboo sebuah permainan sorok-sorok yang comel saja, bukan? Tetapi, ia sebenarnya amat berfaedah untuk si manja anda!

Tanpa disedari, anda mengajar si manja akan konsep asas kekekalan objek apabila anda bermain peekaboo dengan mereka. Kekekalan objek adalah sebuah idea yang objek akan sentiasa wujud, walaupun ia tidak diperhatikan oleh seseorang.

Kira Semua Benda!

Aktiviti mengira sama seperti konsep menyebut perkataan baru untuk meningkatkan perbendaharaan kata. Jika anda kerap mengira permainan, blok, jari, jari kaki atau pelbagai benda lagi bersama si manja, mereka pasti akan memahami asas mengira dan turut serta mengira tak lama lagi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris