Tahun pertama bayi anda mungkin penuh dengan air mata- termasuk air mata anda- tetapi masa akan datang dan pergi sebelum anda tahu. Berikut adalah beberapa perkara yang anda pasti perlu dilakukan dengan bayi anda sebelum mereka masuk satu tahun, disusun daripada Romper, Kehamilan Fit, dan Babble.
1. Gendong
Sekarang adalah masa untuk memanfaatkan sebaiknya daripada sling bayi / penggendong bayi anda. Anda tidak akan dapat menggendong bayi anda seperti ini selama-lamanya. Hargai setiap masa dimana semua yang anda perlu lakukan adalah membedung bayi anda dalam sling untuk mendapatkan bayi anda lena dengan bahagianya di atas dada anda.
2.Pakaikan kostum yang comel
Anda pasti dapat memakaikan anak anda dengan kostum yang comel di masa akan datang, namun ada sesuatu yang lebih comel tentang bayi kecil di dalam kostum. Manfaatkan sepenuhnya zaman tersebut-ia tidak akan lama sebelum bayi anda tidak akan mengikut kehendak hati anda.
3.Tunjukkan bayi anda dunia
Jika anda mampu, pergi melancong bersama bayi anda. Walaupun dia mungkin tidak akan ingat apa-apa perjalanan tersebut, boleh menjadi lebih mudah untuk melancong dengan bayi berbanding dengan anak kecil, jadi sekarang adalah peluang anda untuk melihat pemandangan dengan kurangnya kesukaran. Ia akan memberi anda rangsangan positif yang anda perlu.
4. Rakam video
Suatu kepastian bahawa anda akan mengambil banyak gambar, tetapi rakam video juga, dan rakamkan sebanyaknya. Jangan hanya merakam detik-detik yang besar. Rakamkan jua, perkara-perkara kecil setiap hari. Tawa dan tangisan bayi anda.
Waktu mandi. Masa makan. Muka lucu dan tindak balas. Detik-detik tersebut mungkin sekejap, tetapi sekurang-kurangnya anda akan dapat menghidupkan kembali detik tersebut kemudian hari.
5. Bina ikatan keluarga
Tahun pertama ini akan menjadi tempoh peralihan keluarga anda, sama ada anda sudah mempunyai anak atau tidak. Amat mudah untuk tersimpang daripada dalam senarai yang perlu anda buat dan permintaan yang berbeza yang datang dengan menyambut bayi ke rumah anda, tetapi jangan sesekali tunduk kepada tekanan. Luangkan masa untuk membina ikatan keluarga anda dengan mewujudkan tradisi dan meraikan identiti baru keluarga anda.
6. Jurnal
Semestinya, anda mengambil banyak video dan gambar, tetapi semua itu tidak dapat merakamkan segala-galanya. Walaupun jurnal tidak boleh melakukan perkara tersebut, jurnal boleh membantu anda mengingati apa yang anda rasakan pada masa tersebut.
Menyimpan jurnal juga akan membantu anda mencatat emosi dan kenangan anda dan memahami perkara yang berlaku dengan kehidupan anda. Mungkin satu hari nanti, apabila anak anda sudah besar, anda boleh berkongsi jurnal ini dengan dia.