7 Destinasi Keluarga Murah Untuk Bercuti

Di sini, kami kongsikan beberapa tempat yang boleh anda lawati di Malaysia yang menawarkan harga yang berpatutan buat percutian anda sekeluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tiba sahaja cuti hujung minggu panjang atau cuti sekolah, pasti ramai yang terfikir-fikir destinasi percutian mana yang ingin kita kunjungi.

Bagi keluarga yang memilih percutian bajet dan persendirian (tanpa agensi pelancongan), amat penting untuk kita membuat perancangan yang rapi, termasuklah kos penginapan, perjalanan dan masa bercuti.

Di sini, kami disertakan beberapa tempat yang boleh anda lawati di Malaysia yang menawarkan harga yang berpatutan buat anda sekeluarga.

Seaventures Dive Rig, Sipadan.

Gambar: Seaventures

Jika anda tinggal di Borneo, ini satu pilihan menarik buat anda.

Penginapan Seaventures adalah selesa dan simple, tetapi mempunyai semua yang anda perlukan untuk membuat penginapan anda sesuatu untuk diingati.

Anda suka aktiviti skuba? Ini destinasi yang boleh membantu anda untuk mendapatkan pengalaman yang terbaik daripada sesi menyelam anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang unik tentang hotel ini ialah ia terletak di atas pelantar minyak di tengah-tengah lautan!

Lokasi ini lebih bersesuaian jika anak-anak sudah meningkat remaja. Kalau bawa anak kecil, mungkin rumit sedikit.

The Cabin, Langkawi. 

Gambar: The Cabin

Ini lagi satu hotel yang bertemakan kabin yang cukup unik untuk percutian keluarga anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harganya juga sangat berpatutan. Ada pelbagai jenis dan saiz kabin untuk anda pilih dan inap di sini. Lokasinya juga strategik; hanya 4 minit dari Pantai Chenang!

Japanese Village, Pahang.

Di Bukit Tinggi, Pahang, ada Japanese Village untuk anda lawati bersama anak-anak. Jika anda tidak berpeluang melancong ke negara Matahari terbit tersebut, anda boleh berkunjung ke Bukit Tinggi!

Panorama indah di Japanese Village diilhamkan oleh arkitek Kaio Ariizumi untuk pengunjung yang menginginkan panorama indah seperti di Jepun atau Korea.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sini, ada Kolam Berbatu, Kolam Ikan Koi, Taman Bunga dan Rumah Teh Jepun.

Rumah Teh Jepun di Bukit Tinggi adalah yang pertama dibina di dunia di dalam Hutan Hujan Tropika.

Bayaran dikenakan adalah berbaloi kerana pengunjung disajikan dengan keindahan Kolam Ikan Koi, Spa Jepun (Tatami Spa), Ume Tatami Suite dan Ryo Zan Tei Restaurant.

Cottage Hotel/ Desa Dairy Farm Kundasang, Sabah.

Untuk merasai susu lembu segar serta yoghurt, Desa Cattle Dairy Farm yang terletak di Kundasang menyajikan kepada anda keindahan Gunung Kinabalu serta suasana seakan-akan di New Zealand!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baka lembu yang ada di sana adalah lembu yang diimport dari New Zealand.

Di sini, anda boleh merasa yoghurt dan susu lembu segar daripada produk tempatan. Anda juga pasti berpuas hati dengan layanan penduduk tempatan yang sangat ramah.

Hotel yang berdekatan dengan Desa Cattle Farm ialah Cottage Hotel dan ia terletak hanya 5 minit dengan kereta ke Desa Cattle Farm.

Borneo Highland Resort, Kuching, Sarawak.

Bagi anda yang mahu merasai suasana tanah tinggi Malaysia yang bersempadan dengan Indonesia, Borneo Highland Resort adalah tempat yang menarik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sini, anda akan disajikan dengan keindahan tanah tinggi di Sarawak.

Di samping itu, anda juga berpeluang untuk merasai keindahan tanah tinggi negara jiran yang boleh anda lihat dari sini.

Pantai Cahaya Bulan Resort, Kelantan.

Gambar: PCB Resort

Jika anda seorang yang hanya suka bersinggah tetapi tidak suka bermalam, Pantai Cahaya Bulan, Kelantan merupakan pilihan terbaik buat anda.

Di tepi pantai ini, anda berpeluang untuk merasai keenakan makanan tempatan di gerai-gerai dan merasai keindahan pantai ini.

Pantai ini sangat indah dan meriah pada waktu malam. Tiada cas masuk dikenakan. Tetapi, ingat ya, anda tidak boleh bermandi-manda di laut di sini!

Masbro Village, Paya Rumput, Melaka.

Gambar: Masbro Village

Apa kata, cuti nanti, anda pergi ke Melaka? Khasnya, Paya Rumput di Melaka yang menyajikan panorama seakan-akan di Brighton Beach, Melbourne!

Anda berpeluang untuk tinggal di hotel gaya butik di Melaka yang berkonsepkan panorama seperti di Australia.

Bolehlah anak-anak anda bermandi-manda di pool yang ada di sini.

Disebabkan pemandangannya yang unik, banyak pasangan pengantin baru mengadakan fotoshoot di sini!

Penulis

Michelle Goh