7 destinasi menarik untuk dikunjungi bersama insan tersayang

Mengunjungi atau melawat destinasi-destinasi menarik bersama insan tersayang adalah salah satu cara untuk meluangkan masa bersama yang tersayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda dan pasangan anda tinggal di sekitar KL atau Selangor, sememangnya jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat-tempat menarik di sekitar KL dan sesetengah tempat ini tidak semestinya memerlukan bajet yang tinggi.

1. Subak Restaurant

Terletak di tengah kesibukan bandar Kuala Lumpur, Restaurant Subak yang berkonsepkan Bali ini sememangnya tempat menjamu selera yang bukan sahaja menarik, malah mendamaikan. Pengunjung bukan sahaja disajikan dengan makanan tempatan dan barat, malah persekitaran hutan dara Bukit Lanjan menjadikan pengunjung tenang daripada kesibukan kota.

2. Boat Cruise on Putrajaya

Salah satu tarikan di Malaysia ialah Boat Cruise Putrajaya. Pengunjung boleh memilih samada untuk menaiki Cruise moden yang boleh memuatkan sehingga 76 orang. Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki Perahu yang boleh memuatkan 7 orang. Bayaran dikenakan untuk pengunjung dewasa tempatan (Cruise) ialah RM 30 seorang dan RM 50 untuk pelancong asing.

Potongan harga dikenakan kepada kanak-kanak dan juga famili. Untuk Perahu, bayaran dikenakan adalah RM 40 untuk pelancong asing dan juga RM 20 adalah untuk pelancong tempatan. Penumpang yang menaiki Perahu “dondang sayang” akan dibawa mengelilingi Masjid Putra, melepasi Istana Darul Ehsan sehingga Taman Botani sebelum berpatah balik ke Masjid Putra.

3. Marini’s on 57

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Restauran ini sangat popular di tengah kesibukan Kuala Lumpur. Terletak di segi tiga emas KL, Restauran ini menyajikan pengunjung bukan sahaja hidangan berkonsepkan Itali, malahan panorama yang menarik pada tingkat 57, Menara 3 Petronas, KLCC.

Sesungguhnya restauran mewah ini bukan sahaja dapat membuatkan si dia bahagia, malahan dapat merakam kenangan yang paling indah, berlatarbelakangkan Menara Berkembar KLCC.

4. Atmosphere 360

Restoran mewah ini menyajikan sajian berkonsepkan asia atau oriental. Dibuka pada tahun 1996, juga menyajikan pengunjung dengan keindahan panorama pada ketinggian 282 meter.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di sini juga sesuai untuk melaksanakan majlis rasmi dan koperat, majlis makan malam, temujanji dan juga majlis hari jadi. Yang pasti, pengunjung juga berpeluang merakam photo kenangan ketika matahari terbenam yang sememangnya mempersonakan dan menjadi kenangan terindah bersama pasangan anda.

5. Kebun Orkid, Taman Tasik Perdana

Kebun orkid yang mempunyai lebih 800 spesis orkid ini menyajikan pengunjung bukan sahaja orkid yang indah dan menarik, bahkan keindahan flora yang sememangnya mendamaikan minda. Beratus spesis orkid ini ditempatkan di kawasan seluas 1 hektar, dan berpeluang menyaksikan keindahan lebih 6000 orkid.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda juga berpeluang untuk membeli orkid untuk hadiah kepada insan tersayang. Harga yang ditawarkan sekitar RM 30 hingga RM 40 berbeza mengikut spesis orkid itu sendiri.

6. Air Terjun Bukit Saga, Cheras

Jika anda dan pasangan anda sememangnya sukakan aktiviti lasak sambil menikmati keindahan flora dan fauna, Air Terjun Bukit Saga merupakan tempat yang sesuai buat anda dan si dia meluangkan masa bersama.

Di samping itu, trek pejalan kaki disediakan pihak pengurusan Air Terjun Bukit Saga, untuk pengunjung. Pengunjung juga berpeluang untuk mendaki Bukit Saga, dan menyaksikan panorama yang indah Bandaraya Ampang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Tamarind Spring, Ampang

Restoran berkonsepkan Indo-Cuisine ini berlatar-belakang kan konsep “ restoran dalam hutan” dapat menyajikan pengunjung dengan keindahan alam semulajadi dan angin yang segar. Sememangnya, tempat ini akan menjadi begitu dingin dan nyaman, terutamanya selepas hujan.

Pengunjung juga amat bertuah kerana pemilik restaurant tidak mengenakan sebarang bayaran tempat letak kereta. Pengunjung juga akan berasa terpegun dengan dekorasi restoran yang menerapkan budaya Indo-China ini yang begitu selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh