Durasi selama 9 bulan adalah masa yang lama untuk hamil. Tak kira sama ada ibu itu sudah rasa bosan mengharungi pelbagai cabaran ketika hamil, ataupun teruja kerana dapat bertemu dengan anak. Semuanya sama sahaja.
Apabila hampir ke penghujung kehamilan, ramai yang mungkin sudah tidak sabar dan berharap si kecil kita itu akan keluar tidak lama lagi.
Tetapi pengalaman kehamilan untuk setiap ibu adalah berbeza. Ada bayi yang terpaksa dilahirkan awal dan ada ibu yang terpaksa menunggu sehingga perut membesar dan menganggu aktiviti harian.
Bayi anda mungkin sudah turun ke pintu rahim, tetapi masih belum ada tanda-tanda untuk lahir. Mungkin inilah masanya untuk anda cuba mencari jalan selamat dan semula jadi untuk mempercepatkan kelahiran.
Minyak ini, boleh dimakan atau dimasukkan terus ke dalam faraj untuk membantu melembutkan dan mengembangkan serviks, dan menyediakan badan anda untuk kelahiran.
Penggunaan minyak EPO adalah amalan biasa yang dipraktikan oleh bidan di seluruh dunia untuk membantu mencetuskan kelahiran.
Walaupun ia dianggap sebagai cara yang selamat, pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan apa-apa bahan tambahan untuk mempercepatkan proses bersalin.
Sumber: Millennial Mommy Blog
Ini satu lagi cara yang baik untuk mencepatkan proses bersalin! Ia bukan sekadar boleh mencetuskan rasa untuk bersalin, bahkan prostaglandin dalam sperma boleh membantu melembut dan membuka ruang serviks.
Kalau ibu hamil tak ada mood untuk melakukan seks, sesi berpeluk-peluk dengan suami memadai juga.
Apabila anda berasa selesa dan berhampiran dengan suami, ini boleh merangsangkan pengeluaran hormon Oksitoksin yang boleh mencepatkan proses bersalin.
Dengan merangsang puting payu dara, ia memberi kesan yang sama ketika berada berdekatan dengan suami. Ia juga menyebabkan penghasilan Oksitoksin.
Tetapi kajian menunjukkan bahawa rangsangan puting hanya berkesan jika ia dilakukan untuk beberapa jam sehari.
Sumber: Healthline
Walaupun tiada bukti yang menyokong teori yang makanan pedas boleh menyebabkan kelahiran, sesetengah percaya bahawa perasaan seperti ingin membuang air besar ini boleh mencetuskan kekejangan persalinan.
Akupunktur adalah alternatif yang sangat berkesan di kalangan wanita yang sudah melepasi tarikh persalinan yang ditetapkan.
Ibu hamil boleh melakukan sesi akupunktur setiap hari dan meluangkan masa yang mencukupi sebelum induksi perubatan dijadualkan.
Ada wanita yang akan mula rasa sakit bersalin selepas rawatan pertama, tetapi biasanya ini akan berlaku selepas 2-3 rawatan. Ibu-ibu jarang memerlukan rawatan ke-4.
Sumber: Pregnancy
Ibu hamil selalu dinasihatkan untuk mengelak dari pergi berurut sebelum minggu ke-37 untuk memastikan bayi dalam kandungan sudah cukup besar.
Malah, ibu hamil yang ingin mencuba urutan induksi perlu mendapatkan kelulusan dari doktor atau bidan.
Menurut Midwifery Today, wanita yang menerima urutan pranatal melaporkan rasa sakit yang kurang ketika bersalin dan masanya juga lebih pendek.
Faedah lain termasuklah perasaan lebih tenang, tahap tekanan yang lebih rendah serta tahap hormon endorfin yang lebih tinggi.
Sumber: Livestrong
Menurut kajian ini, wanita yang makan 6 biji kurma sehari selama 4 minggu sehingga tarikh akhir didapati mempunyai pangkal rahim yang lebih mudah terbuka dan lebih cenderung untuk:
- mempunyai membran dalam keadaan baik semasa pendaftaran ke hospital
- bersalin secara spontan
- mengelakkan dari menggunakan pitocin
- fasa sakit bersalin pertama yang lebih pendek
Pengarang kajian kedua Mac 2017 telah membuat kesimpulan bahawa:
“Tarikh pengambilan kurma ketika akhir kehamilan telah memberi kesan positif ke atas proses bersalin tanpa kesan yang buruk kepada ibu dan anak. “
Sumber: Mama Natural