8 Cara Semulajadi Untuk Sembuhkan Gigitan Nyamuk Pada Bayi

Jangan main-main, gigitan nyamuk boleh buat bayi meragam dan menangis tanpa henti. Jom atasinya dengan 8 cara semulajadi yang mudah ini!

Anak anda selalu kena gigit nyamuk? Hati-hati ya. Gigitan nyamuk tak boleh dipandang mudah.

Kadang-kadang, kanak-kanak boleh terkena jangkitan malaria, demam denggi atau demam chikungunya kerana digigit nyamuk berbahaya.

Gigitan nyamuk pada anak-anak, terutamanya anak kecil boleh mengakibatkan bengkak.

Oleh sebab gigitan nyamuk menyebabkan rasa gatal, anak kecil terutamanya bayi pasti merengek-rengek bila digigit nyamuk.

Sudahnya, kita pula kelam-kabut cuba memujuk anak ini. Ha… tapi jangan risau lagi ibu bapa semua! 

Kami ada 8 cara semulajadi untuk merawat dan menyembuhkan gigitan nyamuk pada bayi. Nanti tak adalah anak anda meragam lagi sebab digigit nyamuk!

8 Cara Semulajadi Untuk Sembuhkan Gigitan Nyamuk Pada Bayi Anda

Anda boleh cuba 8 cara semulajadi ini pada anak-anak anda yang terkena gigitan nyamuk durjana:

 1- Cuka

Sapu sedikit cuka di bahagian gigitan. Jika gigitan terlalu banyak, masukkan beberapa sudu cuku ke dalam mandian anak anda, lalu mandikan mereka dengan campuran tersebut.

2 – Madu 

Madu juga boleh mengubat gigitan nyamuk, tahu? Caranya mudah saja. Sapu sedikit madu pada bahagian terkena gigitan. Madu mempunyai ciri-ciri antimikrob yang akan mencegah sebarang jangkitan lain!

3 – Sabun 

Jika anak anda digigit, cepat sapu sebuku sabun kering pada tempat terkena gigitan. Ia boleh mengurangkan kegatalan akibat gigitan tersebut. 

4 – Ubat gigi

Sapu sedikit ubat gigi yang berperisa pudina atau sebagainya (janji sejuk) pada kawasan yang terkena gigitan. Biar ubat gigi tersebut mengering sebelum bilas ia dengan air.

5 – Garam

Masukkan garam ke dalam air. Pastikan garam lebih banyak daripada air untuk membuat pes. Kemudian, sapu pes garam tersebut pada kesan gigitan. Ia akan menghilangkan rasa gatal.

6 – Aloe vera

Aloe vera amat berkesan untuk meredakan kesan bengkak akibat digigit nyamuk. Sapuan aloe vera boleh melegakan kesakitan dan menghilangkan rasa gatal-gatal.

7 – Bawang

Bawang amat berguna untuk mengeluarkan sengatan daripada gigitan nyamuk. Pertama, anda harus pastikan tangan anda bersih sebelum memegang kawasan gigitan. Gosok bawang pada gigitan dan bilas ia kemudiannya.

8 – Jus lemon

Cuba titiskan beberapa titis jus lemon pada kesan gigitan. Kandungan asid dan vitamin C dalam jus lemon membantu mengurangkan kesakitan dan kegatalan.

Apa yang penting, anda sebagai ibu bapa harus lebih peka tentang gigitan nyamuk ini. Pastikan si manja anda tidak terdedah pada bahaya akibat nyamuk durjana!

Anda boleh juga mengamalkan rawatan mudah seperti di bawah, jika anak anda asyik digigit nyamuk:

  • Sapu ais pada kesan gigitan agar ia tak membengkak dan mengakibatkan kegatalan.

  • Deodoran berasaskan aluminium klorida juga amat berguna untuk mengecilkan kesan gigitan. Anda boleh terus sapu pada luka tersebut.
  • Sapu losyen calamine untuk mengurangkan kesakitan.
  • Potong kuku anak anda dengan kerap. Jangan biar mereka menggaru kawasan gigitan.

Kami harap artikel ini membantu untuk merawat dan menyembuhkan anak anda yang terkena gigitan nyamuk. Selamat berjaya, ibu bapa semua!

Baca jugaAmaran ‘Monkey Malaria’ Oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Sabah

Sumber rujukan & kredit gambar: Mom Junction

Penulis

Ayu Idris