Menurut WHO (World Health Organization) ia disarankan bahawa bayi hanya diberikan susu ibu untuk 6 bulan pertama hidupnya kerana susu ibu penuh dengan khasiat supaya bayi boleh membesar dengan sihat. Tetapi, tempoh menyusu ini bukannya mudah kerana si ibu terpaksa mengubah gaya hidup mereka hanya untuk membekalkan susu kepada anak tersayang.
Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan susu badan si ibu.
Makanan Sihat
Susu ibu penuh dengan nutren dan untuk memastikan nutren diberikan kepada bayi, ibu haruslah lebihkan buahan, sayuran protin, dan karbohidrat yang sihat dalam diet si ibu.
Dengan memakan diet yang sihat, susu ibu akan penuh berkhasiat dan ia juga boleh meningkatkan susu badan ibu tersebut. Proses menyusu akan membakar 200-500 kalori setiap hari, jadi, pastikan bahawa ibu mendapat nutren yang banyak dalam tempoh penyusuan ini.
Minum Air
Untuk menghasilkan susu yang melimpah – limpah, pastikan bahawa anda meminum air sebanyak 3 liter sehari. Biasanya, seorang individu disarankan untuk meminum 8 gelas air sehari, tetapi untuk ibu menyusu, air diperlukan untuk menghasilkan susu. 3 liter bersamaan dengan 13 gelas air sehari.
Tetapi, ibu menyusu tidak harus meminum kopi kerana kafein akan dehidrasikan sel dan akan menjejaskan proses penyusuan.
Tidur Dengan Lena
Untuk memastikan anda mempunyai susu yang cukup, anda haruslah tidur dengan lena. Ia juga difahamkan bahawa ia sangat susah untuk menjaga bayi dan tidur dengan lena, tetapi, cubalah untuk tidur bila bayi anda tidur.
Bila badan mendapat tidur yang cukup, dan bila minda dalam keadaan rehat, badan akan menghasilkan hormon “Prolactin” yang bertanggungjawab untuk menghasilkan susu.
Nafas
Cubalah untuk mengamalkan teknik pernafasan untuk mengurangkan tekanan seperti yoga dan meditasi. Ia akan merehatkan badan, mengurangkan tekanan dan mengosongkan fikiran anda.
Dalam keadaan tenang, hormone “prolactin” boleh dihasilkan supaya si ibu boleh meningkatkan susu badannya.
Mintalah bantuan
Seorang ibu menyusu tidak akan berupaya untuk menjaga bayi, menyusu bai, membuat kerja rumah, memasak, membersihkan rumah, mencuci baju dan sebagainya. Mintalah bantuan daripada suami, ahli keluarga atau kawan untuk membantu anda.
Menyusu dengan Kerap
Pastikan anda menyusui bayi anda bila “diminta” oleh bayi anda. Keperluan bayi pada masa ini terhad kepada kasih sayang, nutrisi dan penjagaan dari ibu bapanya. Bila bayi menangis, ia adalah kue untuk menyusu atau menukar lampin.
Apabila bayi anda menyusu dengan kerap, ia akan menghasilkan susu yang banyak. Bila bayi menyusu, ia akan “mengosongkan” susu dari badan ibunya, dan badan si ibu akan bertindak untuk memastikan bekalan dipenuhi untuk memuaskan keperluan bayi anda.
Dalam jangka masa panjang, ibu akan menghasilkan susu yang banyak dengan penyusuan yang kerap.
Pam Dengan Kerap
Susu ibu dihasilkan apabila bayi menyusu dengan kerap, jadi, jika ibu harus bekerja, ibu haruslah pam sekerap bayi menyusu. Jika bayi berusia kurang dari 6 bulan, si ibu disyorkan untuk pam setiap jam selama 30 minit.
Ibu juga disyorkan untuk membeli pam “double” yang berkualiti tinggi atau gred hospital untuk sesi pam yang banyak.
Memakai Coli Yang Betul
Memakai coli yang memampatkan payudara anda atau yang terlalu ketat boleh menyebabkan masalah dengan aliran susu. Coli yang bersaiz salah kadang-kadang boleh menyebabkan “blocked ducts” atau “mastitis” yang sangat menyakitkan.
Ibu menyusu juga disarankan supaya tidak memakai coli yang mengandungi wayar.
Rencana diterjemah daripada Fit Pregnancy dan Mom 365