8 Perkara Tentang Ibu Yang Tidak Mampu Menyusukan Anak Yang Kita Patut Tahu

Tidak semua para ibu diberikan nikmat untuk mampu menyusukan anak mereka secara semulajadi - susu badan dari payudara mereka sendiri. Jom kita menjadi lebih berempati dengan mereka dengan mengetahui 8 perkara tentang ibu yang tidak mampu menyusukan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kita melihat bayi lain minum susu badan ibunya, keseluruhan proses tersebut nampak mudah. Suakan sahaja bayi ke dada dan terus bayi tersebut minum darinya.

Namun, bukan semua orang dapat merasai pengalaman menyusukan anak secara natural. Ini adalah antara 8 perkara tentang ibu yang tidak mampu menyusukan anak yang kita semua patut tahu.

1.    Mereka Telah Mencuba Tetapi Bayi Tetap Tidak Mahu Menyusu

Apabila melihat sahaja si ibu membancuh susu formula di dapur untuk anaknya yang masih bayi, mudah sahaja kita membuat kesimpulan yang ibu tersebut mengambil jalan mudah.

Namun, mungkin itu bukan keadaan yang sebenar. Mungkin dia telah mencuba sedaya upaya – siang dan malam – untuk melatih anaknya supaya minum susu badan.

Atas sebab-sebab tertentu, bayi tersebut tetap enggan menyusu ataupun mengamuk apabila disuakan dada ke mulutnya.

Bukanlah mereka tidak mahu memberi bayi mereka susu badan. Mereka mahu dengan sepenuh hati. Tetapi, daripada membiarkan bayi mereka terus menangis dan kelaparan, mereka terpaksa menggunakan alternatif lain iaitu memberi susu dari botol.

2.    Kadangkala, Mereka Rasa Bersalah Dan Gagal Sebagai Ibu

Semua orang tahu yang susu badan sangat sihat dan bagus untuk imun badan si anak. Ramai pakar kanak-kanak, bidan, dan World Health Organization juga turut menyarankan para ibu menyusu badan anak mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi, kenyataannya adalah, bukan semua orang mampu melakukannya. Saranan yang berlebih-lebihan dan kurang menghiraukan perasaan mereka yang tidak mampu menyusukan secara semulajadi telah memberi banyak kesan emosi kepada mereka.

Sebuah badan telah menjalankan survey kepada para ibu di UK, Sweden, dan Belanda tentang ketidakupayaan mereka untuk memberi susu badan kepada bayi.

Rata-rata antara mereka mempunyai kesan emosi seperti sedih, tertekan, terasa bersalah, terasa seperti gagal menjadi seorang ibu yang sempurna, dan rasa terperangkap dengan keadaan.

Sokong dan sarankanlah susu badan tetapi mungkin kita juga perlu mengambil kira perasaan para ibu yang tidak mampu untuk menyusukan anak mereka!

3.    Mereka Telah Mencuba Pelbagai Ikhtiar

“Urut sedikit payudara itu”, “semuanya dalam minda kita. Fikir positif, susu akan keluar” atau “jangan mulakan beri botol, nanti bayi tidak mahu menyusu badan”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah antara kata-kata yang sering diberikan kepada para ibu yang memberi botol atau susu formula pada anak mereka.

Source: Kowb1290.com

Kita berniat baik namun kadangkala, kita juga perlu sedar dan lebih peka tentang perasaan yang menimpa para ibu yang tidak mampu menyusukan anak mereka secara natural.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mana tahu, di belakang kita, mereka telah berusaha sedaya upaya. Namun, nasib masih tidak menyebelahi mereka. Walaupun berniat baik, kata-kata kita pasti sedikit sebanyak meninggalkan kesan sedih pada hati mereka, hingga membuatkan mereka rasa gagal sebagai seorang ibu. Adakah itu yang kita mahukan?

4.    Mereka Perlukan Sedikit Rasa Empati daripada Orang di Sekeliling

Apa yang mereka perlukan adalah sedikit rasa empati daripada orang di sekeliling. Rasa empati adalah satu rasa di mana kita bersimpati dan cuba untuk meletakkan diri kita dalam posisi atau keadaan mereka.

Jika ia berlaku kepada kita, adakah kita mahu semua orang di sekeliling mengungkit-ungkit tentang ketidakmampuan kita untuk memberi susu badan secara semulajadi pada anak kita, kadangkala di hapadan orang ramai? Tidak, bukan?

5.    Mereka Masih Mampu untuk Berhubung dengan Anak

“Memberi susu badan dapat mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi.” Ya, memberi susu badan sememangnya satu proses yang indah. Anak dan ibu akan terasa dekat dan mesra antara satu sama lain.

Namun, ia bukanlah satu sahaja cara untuk berhubungan dengan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu menghabiskan masa berkualiti dengan si kecil, bercakap dengannya, bermain dengannya, mengajarnya bertatih, bercakap, dan belajar, dan selalu membelai bayi juga adalah salah satu cara untuk memupuk hubungan antara si ibu dan si anak.

6.    Mereka Tetap Berusaha Menyediakan Susu yang Terbaik untuk Anak Mereka

Walaupun tidak mampu menyusukan anak mereka, percayalah mereka masih mahu memberikan susu yang terbaik buat anak mereka.

Setiap orang berbeza keadaannya. Ada yang diberi nikmat untuk menyusukan anak mereka secara penuh, ada yang separuh-separuh (akibat tidak cukup susu badan atau sebab lain) dan ada juga hanya mampu memberikan susu formula sahaja.

Walau apa pun ikhtiar mereka, pasti ibu-ibu ini telah memberikan yang terbaik mengikut keadaan dan kemampuan mereka.

7.    Anak Mereka Masih Tumbuh Dewasa dengan Sihat Seperti Bayi Lain

Source: Kidsonline.edu.vn

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, susu badan memang akan meningkatkan keupayaan anak untuk melawan penyakit. Mereka juga tumbuh dewasa dengan sihat. Namun, begitu juga dengan anak-anak yang diberi susu formula.

Selagi bayi tersebut diberikan nutrien dan vitamin yang mencukupi, si anak masih menjadi dewasa dengan sihat dan sempurna.

8.    Mereka Masih Lagi Seorang Ibu yang Sempurna

Tidak kiralah apa cara sekalipun yang digunakan oleh para ibu dalam penyusuan anak mereka, selagi ia dilakukan dengan penuh kasih sayang dan mengikut keupayaan terbaik mereka, ia sudah mencukupi buat si bayi.

Pemberian susu formula atau melalui botol tidak sekali-kali mengurangkan nilai keibuan seseorang itu. Jom berfikiran baik, berempati dan saling menyokong antara satu sama lain!

Penulis

Noor