9 fakta unik bayi lahir bulan Mei, tak sangka no #5 itu anak ibu!

Setiap anak itu adalah berbeza. Tapi adakah anda tahu yang bulan kelahiran anak juga mempengaruhi sifat mereka? Baca fakta unik bayi lahir bulan Mei ini!

Setiap anak sudah tentu mempunyai personaliti berbeza. Bulan kelahiran juga mempengaruhi personaliti mereka. Jika anda ada bayi lahir bulan Mei, jom tengok fakta unik ini.

Pasti anda terkejut dan tidak menyangka, rupa-rupanya, ada rahsia dan perangai tertentu juga untuk bayi lahir bulan Mei ini!

9 fakta unik bayi lahir bulan Mei

1. Tidak mudah mengalah

Bayi lahir bulan Mei tidak mudah menyerah kalah apabila menghadapi cabaran. Mereka akan cuba mendapatkan apa yang mereka inginkan sehingga berjaya.

2. Perintis

 

Kebanyakkan anak-anak lain suka mengikut trend, tapi bayi lahir bulan Mei akan menjadi trend setter. Mereka tidak akan ragu-ragu untuk mencuba sesuatu yang baru dan membuatkan orang lain mengikut jejaknya.

3. Pemimpi

Salah satu fakta yang paling unik ialah bayi lahir bulan Mei ini suka mengimpikan perkara besar. Tapi ia bukan hanya impian dan angan-angan kosong semata-mata.

Mereka akan berusaha untuk mencapai impian mereka.

4. Keras kepala

Tidak bersikap fleksibel adalah salah satu sifat mereka. Walaupun mereka menghormati pendapat orang lain, mereka akan berdebat sekiranya penjelasan tersebut tidak masuk akal.

5. Kreatif

Bayi lahir bulan Mei juga mempunyai bakat dalam seni serta berfikiran unik. Mereka sering mengemukakan idea yang kreatif dan di luar kotak.

Jika minat mereka diasah, tidak hairan jika mereka berjaya pada masa hadapan.

6. Tidak boleh duduk diam

Jangan pelik jika anak anda tidak reti duduk diam dan sentiasa aktif. Bayi lahir bulan Mei ini suka keluar rumah dan gembira bila dibawa berjalan-jalan.

7. Rasional

Kemampuannya berfikir logik membuat anak kelahiran Mei tahu batas kemampuannya sendiri. Dia juga tidak kelam-kabut dalam mengambil keputusan.

Oleh itu dia selalu membuat keputusan yang betul.

8. Penyabar

Karakternya yang penyabar dan tekun, membuatkan mereka tidak mudah menyerah dalam menghadapi proses yang panjang.

Tak hairan, orang-orang yang lahir di bulan Mei biasanya berjaya. Ini kerana mereka sabar menjalani proses dan tidak suka jalan pintas.

9. Peramah dan penyayang

Anak yang lahir bulan Mei mempunyai sifat yang penyayang dan romantik. Mereka mudah membuat kawan dan kerana mereka sentiasa positif, orang senang berkawan dengan mereka.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga

9 fakta unik untuk anak yang lahir bulan April, no #5 itu ada betulnya juga!

Penulis

Nadia Ghafar