Makanan yang paling mudah untuk disediakan pastinya makanan yang diproses atau makanan segera. Walaupun sedap untuk dimakan, ia sebenarnya antara makanan punca kanser yang kita tidak ketahui.
Sudah pasti apabila berbicara tentang makanan segera, kita tahu akan kesan buruknya yang mana ia memudaratkan kesihatan selain menyebabkan lemak badan bertambah!
Malah, kami di sini amat faham keadaan anda apabila terlalu teringin untuk makan terutamanya bagi ibu-ibu hamil atau apabila nak datang bulan. Boleh sahaja nak makan tapi kami cadangkan untuk kurangkan pengambilan.
Mungkin sekali setiap dua bulan? Atau sekali setiap tiga bulan? Apa-apa pun, jom semak apa 9 makanan yang ada dalam senarai!
9 Makanan Punca Kanser – Yang Mana Anda Perlu Kurangkan Bermula Hari Ini!
1 # Popcorn dari microwave
Syoknya kunyah-kunyah popcorn, kan? Hmm… tapi ia mengandungi kimia toksin diacetyl.
Kimia ini boleh menyebabkan kanser paru-paru. Microwave pun tak bagus sebenarnya! Ada kajian mengaitkan microwave dengan masalah kesuburan, kanser hati, testikal dan pankreas.
Dr Andrew Weil juga mengatakan kimia dari microwave punca tumor.
2# Organisma yang diubah suai secara genetik (GMO)
Organisma yang diubai suai secara genetik akan terlibat dengan kimia. Kimia ini terbukti boleh buat tumor membesar dengan lebih cepat.
Sekarang, banyak makanan boleh dikategori dalam GMO. Anda pun mungkin tak tahu anda memakannya!
Contoh seperti jagung konvensional, kacang soya, buah-buahan yang diubah secara genetik dan daging.
Cara terbaik? Pilih bahan organik dan tanaman yang ditanam tanpa bioteknologi.
2# Daging proses
Daging proses macam bakon dengan sosej mengandungi bahan pengawet kimia.
Sebab itu anda nampak ia macam sedap dan sentiasa segar, kan? Ha… sebenarnya daging proses ada natrium nitrat dan natrium nitrit.
Kedua-dua agen ini boleh mengakibatkan kanser, usus rosak dan banyak kanser lain.
Cara terbaik: Beli daging dari ladang.
4# Minuman bergas
Minuman ini sememangnya diketahui ramai, SANGAT tidak bagus untuk tubuh!
Kajian terbaru dari Pihak Berkuasa Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) pula membuktikan pemanis tiruan dalam air tin mengandungi aspartame, sucralose dan saccharin yang menyebabkan kanser.
5# Tepung putih halus
Kajian yang diterbitkan Journal Cancer Epidemiology, Mile Markers dan Prevention membuktikan tepung boleh jadi penyebab kanser payudara!
Semua dikaitkan dengan karbohidrat yang ada dalam tepung putih ini. Makanan yang dihasilkan dari tepung juga boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam badan.
6# Gula halus
Makin tinggi insulin, makin cepat sel kanser tumbuh.
Pemanis yang kaya dengan fruktosa macam sirap jagung ada gula yang banyak. Contoh lain seperti cookies, kek, pai, jus dan sirap.
Semua mengandungi serat HFCS dan gula halus.
7# Buah-buahan di kedai
Selalunya, buah-buahan yang dibeli di kedai telah tercemar dengan racun perosak. Racun perosak menyebabkan kanser.
Penyelesaian terbaik? Beli dekat kedai yang disahkan organik.
8# Salmon yang dibela
Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institut Kesihatan dan Alam Sekitar di Universiti Albany – salmon yang dibela tak sama macam salmon yang ditangkap.
Salmon ini kurang vitamin D, telah tercemar dengan kimia seperti PCB, racun perosak, penebat api, dan antibiotik.
9# Air kordial
Air kordial mengandungi gula, bahan kimia makanan dan pewarna yang merosakkan badan.
Malah, ia menggalakkan pembesaran sel kanser yang ada dalam badan kita!
Ha… macam mana? Kalau nak badan dan kesihatan yang bagus, kena elakkan daripada makan semua benda inilah. Kita pun taknak penyakit kanser, kan?
Jom kongsi ia dengan orang lain!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Tak Lalu Makan Nasi? Ini 5 Makanan Pengganti Untuk Ibu Hamil Yang Sama Khasiatnya!