Anda pasti tak menyangka proses membesarkan anak terlalu… mencabar? Bukan apa, menguruskan diri sendiri dan pasangan sudah satu hal. Masuk bab ingin mengurus si comel pula… Kan bagus kalau ada sebarang parenting hacks yang boleh memudahkan kerja.
Tak payah cakaplah cabaran menguruskan si comel itu bagaimana. Sejak hamil hingga dia sudah besar kini.
Hanya individu bergelar ibu bapa saja tahu betapa kita sebenarnya hanya inginkan satu hari yang penuh ketenangan saja. Ya Allah! Tuhan saja beri kesabaran ini.
Semalam saya terjumpa video parenting hacks yang paling bernas dan amat berguna untuk semua ibu bapa! Semoga selepas ini kita tak lagi “serabut kepala” melayan teletah si comel yang disayangi.
Tonton video parenting hacks ini atau baca artikel lanjut di bawah –
www.facebook.com/FamilyBreakFinder/videos/1520628291284645/
Parenting hacks paling berguna untuk semua ibu bapa!
#1 Guna kadbod untuk hentikan pergaduhan dalam kereta
Anak-anak sering bergaduh dalam kereta? Betapa besar pun kereta anda, mereka pasti akan mencari cara untuk membuat kacau dalam kereta…
Serabutnya, Tuhan saja yang tahu! Tapi Jake White bijak mengendali situasi ini. Ha… tak akan bergaduh lagi, kan?
#2 Beri mereka cat pagar dengar air
Memang tak dinafikan anak-anak akan suka bermain benda yang kita larang. Bila tiba waktu “kreatif”nya, semua tempat nak diconteng! Baik dinding, lantai atau di pintu. Ha… sekarang tak payah risau lagi.
Anda boleh biar mereka leka dengan mengecat pagar (senang luar rumah) menggunakan air! Tapi pastikan aktiviti kalian ini dijalankan di luar rumah la. Kalau tak… masalah lain pula!
#3 Sorokkan gula-gula dalam pek kekacang
Kalau anda simpan gula-gula secara terbuka dalam peti ais, maka habislah… Mereka (siapa lagi?) memang suka akan gula-gula dan kita tahu kesannya!
Tapi, takkan itu bermaksud kita tak boleh simpan gula-gula langsung dalam peti ais? Ha… sorokkan saja dalam beg kekacang! Mereka takkan tahu.
#4 Guna cadar untuk elak pasir masuk
Kalau anda ke pantai, tak payah lagi bawa tikar. Bawa saja cadar ketat. Ia lebih memudahkan!
#5 Guna katil bayi untuk buat meja buat anak-anak
Alah, apa nak buat lagi dengan katil bayi lama mereka, kan? Kalau nak buang sayang. Apa kata… anda bodek pasangan untuk “bertukang” sikit? Bolehlah ubah suai katil bayi lama ini jadi seperti sebuah meja.
#6 Letak sticker pada kasut mereka
Ini hack untuk mengajar anak-anak menyarung kasut pada kaki yang betul (kanan atau kiri). Kadang-kadang, walaupun telah diajar beberapa kali, mereka lupa.
Sekarang mari kita bantu mereka belajar dan faham konsep ini pula, okay?
#7 Warnakan rutin mereka pada jam
Penat cetak jadual untuk ajar mereka tentang pengurusan waktu? Sekarang tak payah susah-susah lagi! Apa kata anda warna rutin harian mereka pada jam terus!
Sekarang mereka tiada alasan untuk tak ikut jadual dan jadi berdisiplin, kan?
#8 Sediakan kotak kosong
Anda pasti tak mahu mereka menconteng dinding dan pintu, kan? Memanglah kalian boleh beli cat yang senang untuk dicuci. Tapi rajin pula kalian ingin cuci segala contengan mereka?
Ha… sebab itu anda perlu sediakan satu kotak kosong! Kotak ini akan digunakan oleh mereka untuk “mengekspresi” segala idea kreatif mereka.
#9 Beri botol ini untuk beri keberanian pada mereka
Anak-anak sukar tidur malam kerana “takut” akan raksasa dan segala imaginasi yang menakutkan?
Cuba anda buat botol ini buat mereka! Nescaya si manja anda tak akan takut lagi. Yang seronoknya, botol ini mampu membangunkan keberanian dan keyakinan anak-anak. Jom cuba!
Bagaimana? Parenting hacks ini sedikit sebanyak membuka mata anda untuk lebih kreatif bagi menangani anak-anak, kan? Jangan lupa untuk cuba okay? Ia terbukti berkesan untuk ibu bapa lain. Mengapa tidak anda? Hehe.
Masih ada beberapa parenting hacks yang tidak dinyatakan dalam artikel ini. Tapi anda boleh menontonnya dalam video di atas. Selamat berhibur!
Sumber rujukan: Facebook Family Break Finder dan Lushzone