Berita ini sangat mengejutkan! Kami di theAsianParent Malaysia benar-benar berharap keadilan dapat ditegakkan, dan gadis kecil ini tidak akan mengalami hal serupa di masa depan.
Abang cabul adik angkat sendiri
Baru-baru ini, seorang saksi telah merakam gelagat seorang remaja, dikenali sebagai Duan, yang asyik mencabuli adik angkatnya sendiri di tempat umum, tanpa rasa bersalah.
Foto tersebut dengan cepat tersebar melalui sosial media Weibo, dan telah menggemparkan warga China.
Seperti dilaporkan oleh AsiaOne, foto tersebut telah tersebar sejak 12 Ogos 2017, dan insiden berikut terjadi di stesen kereta api Nanjing Selatan di China.
Menurut saksi yang mengambil foto tersebut, keluarga itu terdiri daripada ibu ayah dan seorang lelaki remaja yang sedang duduk di ruang menunggu.
Sementara itu, terdapat juga seorang gadis kecil, usia kira-kira 12 atau 13 tahun, berdiri di samping mereka.
Tak berapa lama, si remaja yang berusia 18 tahun tersebut meminta si gadis kecil yang merupakan adik angkatnya, duduk di pangkuannya.
Tak disangka, ia kemudian memasukkan tangannya ke dalam baju si adik dan mulai meraba-raba payudaranya di depan umum!
Yang lebih mengejutkan lagi, gadis tersebut kelihatan biasa dan tidak melawan. Bahkan, kedua ibu ayahnya juga tidak menegur atau kelihatan marah.
Saksi bernama Chen, mengatakan kepada AsiaOne,
“Pada awalnya, saya melihat gadis tersebut duduk di pangkuan remaja lelaki itu, dan saya ingat dia sedang menggeleteknya. Saya tercengang apabila menyedari yang tangannya tidak berada di pinggang anak perempuan itu, tapi di dadanya!”
Selama dicabuli, gadis itu hanya bermain dengan penselnya dan sama sekali tidak melawan.
Ayah remaja itu kemudian menyedari yang orang-orang di sekeliling mula mengawasi mereka, dan meminta anaknya itu untuk berdiri dan meninggalkan tempat itu.
Saksi ingin tindakan tegas diambil
Chen sangat risau dengan keselamatan gadis kecil itu. Dia segera memberitahu Chen Lan, seorang penulis dan pekerja LSM yang bekerja untuk kanak-kanak yang menjadi mangsa kekerasan atau cabul.
Chen Lan kemudian telah menyiarkan foto tersebut dan melaporkannya ke pihak polis.
Kini remaja laki-laki tersebut telah ditangkap, dan jika terbukti bersalah, ia akan dijatuhi hukuman 5 tahun penjara.
Namun, Chen Lan masih khuatir yang budak itu akan dilepaskan tanpa sebarang tindakan.
“Pihak berkuasa mungkin akan memberikan banyak alasan dan menyangkal bahawa itu adalah gangguan seksual. Mereka mungkin berkeras bahawa itu merupakan sentuhan normal dalam keluarga mereka.”
Dia juga sangat menginginkan anak gadis perempuan yang telah diambil sebagai anak angkat sejak tahun 2009 tersebut dikembalikan ke keluarga mereka sementara siasatan dijalankan.
Gangguan seksual di dalam keluarga
Insiden ini sungguh menyedihkan, tapi sememangnya, kebanyakan kes gangguan seksual kanak-kanak banyak terjadi di kalangan keluarga mangsa sendiri.
Pesalahnya pula kerap terdiri daripada anggota keluarga atau kenalan si mangsa.
Sebab itulah, apabila kekerasan atau gangguan seksual terjadi, si mangsa menjadi sukar untuk memberikan keterangan kerana beberapa sebab berikut:
- Tidak sedar yang apa dialaminya satu bentuk gangguan seksual; gangguan seksual tidak selalunya menimbulkan rasa sakit, jadi mangsa tidak merasa dipaksa ketika dicabul.
Dan dalam insiden yang terjadi pada gadis kecil di atas, gangguan seksual itu mungkin telah terjadi untuk jangka masa yang lama, sejak mangsa masih sangat kecil lagi.
Sehingga si mangsa cenderung untuk percaya yang pencabulan tersebut adalah sebahagian daripada interaksi normal antara saudara kandung!
- Si mangsa mungkin menikmatinya; sekali lagi, gangguan seksual tanpa rasa sakit boleh menimbulkan kefahaman yang menyesatkan.
- Rasa takut terhadap pelaku; si mangsa juga mungkin cenderung untuk berasa takut (atau kadangkala kasihan) terhadap si pelaku, dan merasakan yang jika mengadu, dia akan mendapat masalah.
- Risau terhadap reaksi orang tua; ramai mangsa berasa risau yang jika dia menceritakan apa yang terjadi, dia akan menyakiti perasaan ibu ayah mereka. Juga anggapan bahawa hal-hal yang terjadi dalam keluarga harus dijaga sendiri. Istilah ‘aib keluarga‘ seringkali menghalang si mangsa untuk menegakkan kebenaran.
Bagaimana pendapat anda, ibu ayah? Pernahkah anda melihat atau mengalami sendiri kes seperti ini? Mari berkongsi pengalaman dan pendapat di ruangan komen ya.
Sumber: The Asian Parent Indonesia
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Remaja Kini Makin Berani & Terbuka Bercakap Mengenai Seks Di Online, Ibu Ayah Sila Alert!