Adik Ditimpa Almari Semasa Bermain, Abang Kembar Cuba Selamatkan Nyawanya (Video)

Apabila sebuah almari jatuh menimpa seorang kanak, dia hampir maut. Tetapi sesuatu yang mengejutkan berlaku. Lihatlah sendiri untuk mempercayainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak ditimpa almari yang cukup mencemaskan! Video ini harus digunakan bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di rumah dan perabot-perabot yang berbahaya.

Dalam video yang dirakam oleh sistem pengawasan rumah keluarga Shoff, Brock Shoff boleh kelihatan sedang bermain di dalam bilik tidur dengan adik kembarnya, Bowdy, apabila almari pakaian yang dipanjat oleh mereka jatuh menimpa adiknya, Brock.

Bowdy telah cuba untuk membebaskan adiknya selama dua minit dari bawah perabot dan akhirnya berjaya berbuat demikian.

Ibu bapa kepada kedua kanak-kanak lelaki, Ricky dan Kayli, menyiarkan video tersebut kepada media sosial untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan untuk membuat rumah anda selamat untuk kanak-kanak anda.

Tontonlah video yang mengejutkan di sini:

Keselamatan di rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

“Ramai ibu bapa mungkin membuat kesilapan yang sama seperti kita. Mereka tidak begitu menitikberatkan keselamatan di rumah dan memastikan perabot mereka selamat atau diketatkan pada dinding. Rumah kami sangat selamat untuk kanak-kanak. Kami benar-benar berhati-hati sebelum semua ini, jadi ia tidak pernah melintasi fikiran kami, bahawa sesuatu seperti ini boleh berlaku,” bapa mereka dilaporkan memberitahu saluran berita, CNN.

Menurut laporan lain, Kayli berkata bahawa dia dan suaminya bersyukur kerana anaknya yang berusia dua tahun dan adiknya, Bowdy, selamat. “Kami bersyukur kerana Bowdy mempunyai gerak hati untuk cuba menyelamatkan adiknya,” kata Kayli.

Dengan kanak-kanak kecil bermain di sekeliling rumah, anda haruslah sentiasa berhati-hati. Walaupun anda sudah meliputi jalur kuasa yang terdedah dan kabel pemasangan TV, kita cenderung untuk kurang memberi perhatian kepada bilik kanak-kanak.

Sudahkah anda memastikan bilik anak anda selamat?

Senarai semak keselamatan anak & elak anak ditimpa almari di masa hadapan

1# Berhati-hati dengan katil tidur bayi anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan selat tempat tidur bayi anda cukup dekat supaya kepala anak anda tidak boleh terperangkap di antara selat-selat. Elakkan katil bayi dengan tombol hiasan atau reka bentuk yang boleh menyebabkan mereka tercekik atau kecederaan lain.

2# Elakkan tirai tingkap bertali

Pasangkan tirai tingkap tanpa tali di rumah dengan anak-anak kecil. Ataupun, ketatkan simpulan untuk memastikan tali tersebut jauh dari capaian anak anda. Juga, pastikan bahawa tempat bermain dan katil bayi anda disusun dalam cara yang selamat agar mereka tidak mempunyai akses mudah ke tingkap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3# Gunakan pelindung plug

Lihat sekeliling rumah anda untuk plug elektrik yang tidak digunakan dan terdedah. Kanak-kanak kecil boleh memasukkan jari mereka ke dalam lubang-lubang plug dan terkena kejutan elektrik.

4# Jaminkan perabot anda selamat

Pastikan perabot anda diketatkan pada dinding walaupun ia kelihatan stabil. Sekiranya anak kecil anda memanjat perabot anda, ia tidak akan jatuh dan menimpa anak anda seperti ditunjukkan dalam video tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5# Pastikan kelengkapan peribadi jauh dari anak anda

Sentiasa ingat untuk menyimpan semua kelengkapan peribadi jauh dari anak anda kerana produk kosmetik dan barangan penjagaan diri sangat berbahaya.

Rencana diterjemah daripada The Asian Parent India

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kanak-kanak ini terhempap almari ketika sibuk bermain! Sebab itu pentingnya childproof

Baca juga: Anda Ada Almari IKEA Ini? Hati-Hati Sudah Ada 8 Kanak-Kanak Maut Kerananya

Baca juga: ‘’Tubuh Saya Terketar-Ketar, Almari Setinggi 2 Meter Jatuh & Hempap Tubuh Anak Di Depan Mata’’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh