Doa Belajar Arab & Rumi Ringkas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doa ketika belajar memberi kesan baik pada pencapaian akademik. Kajian menunjukkan doa sebelum memulakan tugasan boleh meningkatkan prestasi pelajar. Doa juga membentuk sikap positif terhadap ilmu pengetahuan dan disiplin mental serta emosi pelajar.

Bacaan Doa Sebelum Belajar

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Rumi: Allahummaftah a’laina hikmataka wansyur a’laina min khoza ini rahmatika yaa arhamar rohimin.

Maksudnya : “ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

Bacaan Doa Selepas Belajar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَللّهُمَّ إِنِّي اسْتَوْدَعْتُكَ مَا قَرَأْتُهُ وَ مَا حَفِظْتُهُ وَ مَا فَهِمْتُهُ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتيِ إِلَيْه.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rumi: Bismillaahir rohmaanir rohiim, allahumma innis tauda'tuka maa qoro'tuhu wa maa hafidzhtuhu wa maa fahimtuhu fardudhu ilayya 'inda haajatii ilaih.

Maksudnya: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya aku titipkan kepadaMu apa yang aku telah membacanya, apa yang aku telah menghafalnya dan apa yang aku telah memahaminya. Maka kembalikanlah kepadaku bila sewaktu-waktu aku membutuhkannya."

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ringkasan

Dengan amalkan bacaan doa sebelum dan selepas belajar, saya yakin ia dapat memberi faedah besar dalam pembelajaran. Doa ingatkan kita bahawa ilmu adalah untuk kebaikan diri dan orang lain. Amalkan rutin ini setiap hari untuk kuatkan hubungan spiritual dalam pembelajaran. Dengan izin Allah, usaha kita akan diberkati. Selamat belajar!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan