Selepas acara Baby Bash berjaya dijalankan di Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia, sekarang Baby Bash theAsianparent ingin memeriahkan suasana di Malaysia, pula!
Untuk sesiapa yang masih belum mengetahui tentang acara Baby Bash Malaysia, ia pernah dilangsungkan pada bulan September lepas, di Dreamworld Playland, Damansara Uptown.
Ia disertai hampir 138 ibu dan kanak-kanak.
Acara Baby Bash ini meriah dengan penganjuran bermacam jenis demo untuk ibu bapa, aktiviti permainan untuk kanak-kanak dan pemberian cabutan bertuah.
Baby Bash adalah sebuah acara yang merapatkan hubungan kekeluargaan. Acara ini penuh dengan aktiviti yang menghiburkan untuk semua ibu bapa malah juga anak-anak.
Dalam acara Baby Bash pertama tempoh hari, theAsianparent membuka tirai dengan membentangkan demostrasi dari Bosch tentang mesin pencuci pinggan baru keluaran syarikat tersebut.
Ramai ibu bapa yang kagum dengan mesin pencuci pinggan kerana ia mampu memudahkan kerja rumah.
Kemudian, ibu bapa dan bayi dibawa berinteraksi bersama-sama pakar dan anak-anak mereka dalam aktiviti sensori awal anjuran Sparkles Montessori pula.
Aktiviti ini amat penting dan menarik kerana bayi dapat menyentuh pelbagai jenis barangan untuk membantu perkembangan deria sentuh mereka.
Drypers, salah satu jenama besar dalam Baby Bash Malaysia juga tak melepaskan peluang untuk menawarkan pelbagai permainan menarik buat ibu bapa dan kanak-kanak.
Yuyu Zulaikha, blogger dan ibu influencer yang terkenal di Malaysia pun tak melepaskan peluang ini untuk bermain dengan anaknya dalam aktiviti anjuran Drypers!
Makanan dan bufet tengahari yang dihidangkan buat para tetamu pun sungguh enak dan menyelerakan.
Dan yang paling menyeronokkan pada acara Baby Bash ini, anda berpeluang untuk dapat goodie beg yang penuh dengan pelbagai produk bagus secara percuma!
Produk ini bukan saja bagus untuk anak-anak anda, malah ia juga amat berguna untuk kesihatan dan kebersihan mereka.
Terima kasih pada Dreamworld Playland, Bosch, Drypers, Sparkles Montessori, produk Biolane, Kidxy, Cetaphil Baby, Lego, Mozzy Malaysia dan Bailey Babies Photography kerana menjadikan acara Baby Bash Malaysia sebagai acara yang tak akan dapat dilupakan.
Kalau anda terlepas acara yang pertama, rugi sangat jika anda tak menyertai acara Baby Bash ke-2 ini pula!
Mari lihat antara kemeriahan dan keceriaan yang berlangsung ketika acara Baby Bash di Dreamworld Playland tempoh hari:
Dan kini, theAsianparent Malaysia ingin menjemput anda, ibu bapa dengan anak berusia dalam lingkungan 1-3 tahun, untuk menyertai acara The Baby Bash 2 pada 25 November di Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya.
Baby Bash ini sekali lagi membawa jenama besar seperti Bosch dan Offspring yang akan menganjurkan permainan dan demonstrasi berguna untuk anda sekeluarga.
Antara program menarik yang boleh anda dapat dari acara Baby Bash Malaysia kedua ini adalah:
- Demonstrasi hebat tentang produk rumah oleh Bosch
- Aktiviti menarik, interaktif dan menyeronokkan buat anda sekeluarga
- Masuk secara percuma ke Dreamworld Playland
- Permainan yang menggembirakan dari theAsianparent Malaysia
- Goodie bag yang bernilai melebihi RM200
- Cabutan bertuah dengan hadiah bernilai melebihi RM2000
- Bufet makan tengahari yang menyelerakan!
- Pelbagai peluang untuk bergambar
Jom sertai acara Baby Bash ini!
Tempah tiket Baby Bash theAsianparent Malaysia yang buat julung kalinya dijalankan pada 25 November di Dreamworld Playland, IOI City Mall, Putrajaya ini sekarang!
Untuk menempah tiket anda, sila klik di sini.