Adakah Setitik Air Mani Boleh Mengandung? Suami Jangan Salahkan Isteri Bila 'Lekat'

Adakah setitik air mani boleh mengandung? Ramai pasangan berkahwin kurang pengetahuan hubungan suami isteri bertanyakan soalan sebegini

Hubungan intim suami isteri menjadi topik yang agak sensitif untuk dibincangkan. Walau bagaimanapun adalah penting untuk anda mengetahui ilmu perancangan keluarga yang betul. Antara salah satu soalan kerap ditanya adakah setitik air mani boleh mengandung?

Hubungan badan atau seks vagina adalah kaedah persenyawaan yang paling biasa. Sperma yang dihasilkan boleh menyebabkan kehamilan jika ia normal dan segar.

Adakah setitik air mani boleh mengandung?

Bagi yang baru atau sudah lama mendirikan perkahwinan, anda perlu tahu adakah setitik air mani boleh mengandung ataupun tidak.

Menurut portal Be Body Wise, setitik air mani sememangnya boleh menyebabkan kehamilan meskipun kebarangkalian agak rendah. Pada dasarnya, untuk menjadikan persenyawaan hanya memerlukan satu sperma sahaja.

Seorang lelaki boleh memiliki lebih daripada sejuta sel sperma dalam setitik air mani yang sihat. Dalam hal ini, kemungkinan untuk mengandung adalah rendah jika setitik air mani dilepaskan ke dalam saluran faraj.

Peluang untuk mengandung meningkat sekiranya air mani dilepaskan berhampiran tiub fallopio atau sel telur. 

Selain daripada kiraan atau kuantiti sperma, kesihatan sperma juga menentukan kemampuannya untuk berenang memasuki sel telur.

Jumlah sperma yang diperlukan untuk menjayakan kehamilan

Dalam 1 ml sperma lelaki, kiraan sperma normal adalah antara 15 juta hingga 200 juta, bergantung kepada individu tersebut (umur, kecergasan, diet, dan faktor lain).

Jika anda bertanya berapa banyak sperma yang diperlukan untuk membuat wanita hamil dan adakah setitik air mani boleh mengandung?

Jawapannya adalah mengikut kajian, peluang untuk hamil menjadi tinggi apabila  air mani yang dikeluarkan mengandungi 15 juta sperma setiap mililiter.

Jumlah ejakulasi dalam sperma yang sihat adalah dari 1.5ml hingga 7.6ml. Ada beberapa faktor yang menentukan keberhasilan persenyawaan dan jumlah sperma dalam air mani salah satu daripadanya.

Dalam hal ini semakin sedikit sperma, semakin kecil kemungkinan ia berenang dan bertemu telur anda. Pendek kata apabila jumlah sperma kurang, ia menjadikan kehamilan agak sukar tetapi masih ada peluang.

Membersihkan kawasan vagina dapat mengelakkan kehamilan

Bagi pasangan yang tidak merancang untuk cahaya mata, kebanyakannya pasti akan segera bangun dan membersihkan bahagian intim sejurus selepas bersama suami.

Untuk pengetahuan anda, kehamilan masih boleh berlaku meskipun kaum isteri membersihkan vagina menggunakan air ataupun sabun. Hal ini kerana sperma yang berada di dalam faraj adalah segar.

Ia boleh hidup di dalam saluran pembiakan selama beberapa hari kerana pH yang sesuai dan persekitaran yang hangat. Persenyawaan juga boleh berlaku jika jumlah air mani yang banyak dilepaskan oleh suami.

Selain itu jika sperma masuk ke dalam faraj atau tepat sebelum ovulasi, besar peluang untuk anda mengandung.

Jangka hayat sperma 

Sperma boleh mati dalam beberapa saat hingga seminit di tangan selepas dibasuh. Jika tidak dibasuh, ia biasanya boleh bertahan pada kulit tidak lebih daripada 15 hingga 30 minit. Dan pada bahan seperti pakaian atau alas meja, ia akan mati sebaik sahaja ia kering.

Selain itu menurut kajian, sperma boleh bertahan lama dalam air suling atau paip. Manakala hanya mampu bertahan beberapa minit dalam air suam biasa.

Bolehkah air mani pada pakaian buat wanita hamil?

Jawapannya adalah tidak. Apabila sel sperma terdedah kepada udara, ia hilang keupayaan untuk berenang dan bertahan selama beberapa jam.

Memakai atau menyentuh pakaian yang mengandungi sperma kering tidak boleh menyebabkan kehamilan.

Sperma boleh hidup di luar badan pada pakaian tidak lebih daripada 15 hingga 20 minit, atau kurang. Sebenarnya, ia akan mati sebaik sahaja kering kerana memerlukan kehangatan dan kelembapan di dalam badan untuk terus hidup.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kekerapan Hubungan Seksual Suami Isteri Yang Ideal, Setiap Hari @ 3 Kali Seminggu?

Baca juga: 8 Perkara Bayi Dalam Kandungan Fikir Masa Mommy Daddy Buat Hubungan Intim, Sungguh Lucu!

Baca juga: 7 Masalah Bakal Terjadi Pada Tubuh Jika Anda Jarang @ Berhenti Hubungan Intim Dengan Pasangan