Jika anda menyangka adat perkahwinan yang paling pelik dan tidak best adalah perkahwinan yang dirancang keluarga, anda sebenarnya salah. Di sesetengah negara, masih ada pelbagai adat perkahwinan pelik yang anda takkan percaya!
Berikut antara 9 adat perkahwinan pelik yang akan buat anda tertanya-tanya dan bingung memikirkannya. Mari kita semak.
9 adat perkahwinan pelik yang anda takkan percaya
1. Pengantin akan dibaling dengan makanan busuk di Scotland
Ya, anda membacanya dengan betul. Untuk adat perkahwinan di Scotland ini, pengantin harus menghadapi penyeksaan dibaling telur busuk dan ikan ketika tradisi pra-perkahwinan!
Jika pengantin tersebut berjaya melalui cabaran “pelik” ini, ia bermaksud mereka dapat menghadapi apa saja cabaran dalam rumah tangga. Wow!
2. Hanya wanita gemuk dibenarkan kahwin
Di Mauritania, hanya wanita yang berbadan besar dan gemuk saja yang dibenarkan berkahwin. Ini kerana wanita gemuk melambangkan kebahagiaan dan akan bernasib baik dalam rumah tangga.
Jadi untuk mencapai adat perkahwinan yang pelik ini, para wanita (pengantin) akan dipaksa makan hingga menjadi gemuk sebelum perkahwinan mereka.
3. Eja ‘I love you’ dari gigi ikan paus
Di Fiji, adat perkahwinan di sana tidak menyanjung jambangan bunga atau barang kemas. Sebaliknya, pengantin lelaki di sana percaya gigi ikan paus adalah hadiah yang paling bernilai.
Gigi ikan paus ini dikatakan satu lambang yang mereka amat komited dalam hubungan. Ha, suami anda mampu tak nak cari gigi ikan paus?
4. Hati anak ayam akan tentukan perkahwinan anda
Ini antara adat perkahwinan paling pelik yang anda akan pernah baca. Di Mongolia, pasangan yang sudah bertunang harus ‘menguji’ hubungan mereka dengan hati anak ayam!
Mereka perlu membedah anak ayam dan melihat hatinya. Jika hatinya sihat, mereka boleh meneruskan perkahwinan. Jika tidak, maka bye bye perkahwinan!
5. Pengantin tak boleh pergi ke tandas
Penduduk Borneo percaya jika anda mampu mengawal keinginan untuk ke tandas sama ada bagi kencing atau berak, sebelum majlis perkahwinan, ia melambangkan perkahwinan anda akan kekal selamanya.
6. Pengantin perempuan akan diculik!
Penduduk Romania percaya dengan satu adat perkahwinan ini – mereka akan membuatkan pengantin perempuan diculik dan pengantin lelaki wajib menyelamatkannya.
Awww, sweet tak?
7. Pengantin dan keluarga WAJIB menangis!
Ini satu lagi adat perkahwinan yang pelik. Di China, pengantin perempuan wajib menangis selama satu jam setiap hari, sebulan sebelum majlis!
Malah, keluarga pengantin perempuan itu juga perlu menangis. Menangis dikatakan ‘menggalak’ hubungan yang baik.
8. Pengantin pilih pasangan dari mimpi basah
Wah, ini juga sungguh unik! Di Armenia, pengantin perempuan harus makan sebuku roti masin untuk mendapatkan mimpi basah. Siapa yang dimimpikan wanita itu yang akan dikahwininya!
9. Pukul kemaluan pengantin lelaki
Ini satu lagi adat perkahwinan yang masih ada hingga kini. Di China, pengantin lelaki akan dipukul di kemaluannya dengan penyapu dan batang sebelum berkahwin.
Ia dikatakan mampu ‘menguatkan’ tenaga lelaki tersebut sebelum berkahwin. Aduh, mesti sakit kan??!!
Apa pendapat anda tentang 9 adat-adat yang sangat pelik ini?
Extra info:
Biasanya pada hujung tahun memang menjadi pilihan orang ramai untuk melakukan majlis perkahwinan. Tapi, sebenarnya masih wujud perkahwinan aneh di dunia ini yang membabitkan bukan sahaja manusia tapi benda dan juga haiwan.
Seperti kejadian seorang wanita yang berumur 26 tahun melangsungkan perkahwinan bersama karpet kesayanganya yang diberi nama Mat. Ini kerana karpet itu sering menjadi pendengar setianya setiap hari.
Sementara itu, wanita bujang di Mexico ini dilaporkan berkahwin dengan pokok kerana ingin selamatkan sumber alam semulajadi.
Majlis perkahwinan tersebut berlangsung di San Jacinta, Mexico yang dilakukan bagi membanteras kegiatan pembalakan haram yang meningkat di wilayah berkenaan.
Tak kurang anehnya berlaku kepada wanita berumur 49 tahun yang dikatakan berkahwin dengan cinta hatinya iaitu selimut kerana mendakwa benda itu adalah hubungan paling intim yang boleh dipercayai dan mampu memiliki pelukan terhebat yang pernah dirasainya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber rujukan: Being Indian
Baca juga:
https://my.theasianparent.comfakta-tentang-seks-pelik/