Adi Putra menyembunyikan perkahwinan kedua dari isteri pertama

Adi Putra menyembunyikan perkahwinan kedua daripada pengetahuan isteri pertama, pendapat dan respons.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adi Putra menyembunyikan perkahwinan kedua daripada pengetahuan isteri pertama, pendapat dan respons.

Gambar dari: AsiaOne

Gambar dari: Astro Gempak

Adi Putra dikatakakan melangsungkan perkahwinan dengan janda berusia 33 tahun. Janda itu dikatakan melangsungkan perkahwinan ketiga bersama Adi Putra dan perkahwinan ini dihadiri oleh sahabat handai dan saudara terdekat mereka sahaja. Adi dan wanita ini sudah menjadi rakan kongsi perniagaan sejak 3 tahun lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri pertama Adi Putra, Aida Yusof 41, enggan mengulas sebarang kenyataan lantas memberitahu media bahawa dia memerlukan sedikit ruang dan waktu untuk bertenang sekarang.

Bermacam-macam respons diberikan oleh peminat. Ada peminat yang menyatakan respons positif, manakala ada peminat yang menyatakan komen negatif. Ada respons negatif menyatakan bahawa Adi Putra adalah seorang suami yang tidak setia, manakala ada yang mendoakan kebahagiaan Adi Putra serta isteri keduanya.

Berita ini tersebar berikutan tindakan Adi Putra menyebarkan gambar akad nikah bersama seorang wanita dipercayai isteri keduanya dengan mencium dahinya.

Ada peminat menyatakan bahawa adalah lebih baik Adi Putra berkahwin lagi daripada mengadakan hubungan terlarang. Adi Putra juga membatalkan sambutan rumah terbuka hari raya bersama peminatnya, 1hotlovers, tanpa menyatakan sebab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berpoligami adalah perkara yang amat sensitif bagi kaum wanita. Dengan erti kata lain, suami mengahwini perempuan lain, isteri pertama sudah merasa rendah diri dan bermacam-macam perkara negatif difikirkan.

Isteri pertama mesti berfikir bahawa dia sebagai seorang isteri adakah tidak cukup untuk membahagiakan suaminya, dan juga adakah dia tidak pandai menjaga suaminya berbanding wanita kedua pilihan suaminya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berpoligami tidak semudah itu. Bermacam-macam perkara harus difikirkan selain untuk memenuhi tuntutan nafsu. Berpoligami memanglah bagus di sisi agama, tetapi jika niat berpoligami tidak selari dengan syariat agama, semua itu payah untuk dilaksanakan apatah lagi di zaman serba mencabar ini.

Si suami haruslah berlaku adil kepada isterinya. Dia harus memikirkan keperluan untuk isteri-isterinya,tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang. Dia harus berlaku adil kepada isterinya. Manakala, isteri kedua harus cuba mengalah dengan isteri pertama, jika si suami nampak melebihkan keperluan isteri pertamanya, kerana si suami sudah lama melangsungkan perkahwinan bersama isteri pertamanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri kedua juga harus menghormati isteri pertama seperti seorang kakak sendiri. Manakala isteri pertama juga harus memahami isteri kedua. Cubalah bantu isteri kedua sebaik mungkin dan jangan bersikap sombong dengan isteri kedua. Hormat menghormati antara satu sama lain.

Diharap Adi Putra dan isteri keduanya bahagia sehingga ke akhir hayat. Dan kita juga mendoakan kesejahteraan seluruh keluarga Adi Putra, termasuk isteri pertamanya. Tentu ada sebab Adiputra menyembunyikan perkahwinan keduanya daripada pengetahuan orang ramai termasuk isteri pertamanya.

Masyarakat janganlah terus memandang serong terhadap tindakan mereka dan doakanlah yang terbaik untuk kedua-dua pasangan suami isteri ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh