Anak-Anak Asyik Bergaduh Di Rumah Buat Anda Pening & Marah? Cuba Tips Ini!

Jika adik beradik bergaduh dengan kerap dan asyik negatif, ia beri kesan buruk pada mereka. Ibu bapa boleh cuba tip ini untuk kurangkan pergaduhan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai ibu kepada 2  orang anak, saya selalu bingung apabila kena kendali perangai bergaduh kedua-dua anak saya. Kejadian adik beradik bergaduh asyik berlaku hampir setiap hari.

Kalau mood mereka  bagus hari ini, mereka akan bermain dengan baik tanpa sebarang drama. tapi apabila mereka naik angin dan mula berkelahi atas alasan apa saja, rasanya rambut saya boleh botak pada bila-bila masa!

Teruk sangat ke kalau adik beradik bergaduh?

Kredit: Raising Children Network

Ya dan tidak! Adik-beradik memainkan peranan penting dalam mengembangkan kemahiran hubungan antara seseorang individu, cara mengawal emosi, tingkah laku, serta kesihatan mental dan fizikal.

Tapi apabila adik beradik bergaduh dan terjadi terlalu banyak konflik negatif, ini juga boleh memberi kesan yang tidak baik pada mereka.

Namun, sedikit konflik yang membina boleh membantu anak-anak mengembangkan kemahiran sosial, cara menguruskan konflik dengan berkesan dan mengajar cara bertolak ansur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perlu ke ibu bapa masuk campur ketika adik beradik bergaduh?

Kredit: Parents

Sudah tentu! Ibu bapa perlu mengawal keadaan supaya ia tidak memberi kesan negatif jangka panjang kepada hubungan antara mereka berdua. 

Mereka akan lebih menghargai diri sendiri, dan ada perkembangan sosial dan emosi yang lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa juga perlu mengawal keadaan kerana kanak-kanak kecil tidak mengembangkan kemahiran emosi dan sosial apabila adik beradik bergaduh terlalu kerap.

Strategi harian untuk kurangkan kekerapan adik beradik bergaduh

Kredit: Today Show

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Beri layanan yang sama kepada setiap anak : Kalau ibu bapa tidak beri layanan yang adil, ini akan menimbulkan konflik dan menyebabkan adik beradik bergaduh.
  2. Jangan bergaduh depan anak : Kajian menunjukkan kanak-kanak akan ikut cara ibu bapa mereka bergaduh!
  3. Perkenalkan sistem yang boleh menghalang pergaduhan: Satu cara ialah dengan melakukan sesuatu secara bergilir supaya ia adil dan kedua-dua anak diberi peluang yang sama rata. Sistem ini boleh diguna dalam kegiatan harian seperti menentukan siapa duduk di kerusi depan, siapa tekan butang lif, siapa pilih muzik dan sebagainya.
  4. Luangkan lebih banyak masa untuk berseronok dengan anak: cara untuk cuba mengeratkan hubungan antara adik beradik bukan hanya tentang penghapusan konflik. Sebaliknya, tumpukan usaha anda untuk membina ikatan yang lebih positif melalui kenangan bahagia apabila mereka sedang berseronok bersama.

Cuba strategi ini apabila ibu bapa menyibuk 

Kredit: Pexels

  1. Terima dan tunjukkan rasa empati untuk perasaan setiap kanak-kanak
  2. Galakkan setiap kanak-kanak untuk melihat dari perspektif lain
  3. Ajar anak cara betul untuk bertindak balas ketika bergaduh 
  4. Ajar anak supaya jangan menggunakan kekerasan
  5. Galakkan mencari jalan penyelesaian adil bersama

Jika adik beradik bergaduh kerana ada sesuatu yang diingini, jangan selalu gunakan perkataan kongsi. Kanak-kanak kecil tidak akan faham apa maksud itu share.

Jadi adalah lebih baik untuk mengajar kanak-kanak mengambil giliran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Sumber: Sassymamasg

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Bagaimana Ingin Besarkan Anak Tunggal Yang Gembira dan Bahagia?

Penulis

Rosanna Chio