Adik Thaqif Yang Dilaporkan Didera Telah Meninggal Dunia

Mohamad Thaqif, 11 tahun, yang dilaporkan dipukul di telapak kaki dengan batang paip oleh warden di pusat tahfiznya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan selamat dikebumikan semalam. Jom ikuti sedikit kupasan tentang berita ini dan ketahui lanjut tentang penyakit jangkitan kuman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, negara telah digemparkan dengan berita kes dera yang dilaporkan telah berlaku di sebuah pusat tahfiz di Johor. Berusia 11 tahun, adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi sebelum ini telah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman.

Kesan daripada jangkitan tersebut, kedua-dua belah kakinya telah bertukar kehitaman. Pada 22 April yang lalu, kaki adik Thaqif telah dipotong bagi mengelakkan kuman tersebut daripada merebak ke anggota badan lain.

Source: Straitstimes.com

Namun, tangan sebelah kanannya juga turut mengalami perkara yang sama dan sepatutnya dibedah semalam pada hari Rabu. Tetapi, pembedahan untuk memotong tangan kanan adik Thaqif terpaksa ditunda akibat daripada keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Di hari yang sama (Rabu, 26 April) pada pukul 2.05pm, Mohamad Thaqif akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses Bedah Siasat Dijalankan

Proses bedah siasat telah dijalankan selama hampir 4 jam bermula dari pukul 6.30pm sehingga 10 malam. Ia bagi mengenalpasti punca kematian arwah dan mengetahui lebih lanjut jika ada sebarang penyakit yang dihadapinya sebelum ini.

Beliau kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur berdekatan dengan rumah datuknya di Kota Tinggi pada kira-kira jam 12.20 malam tadi.

Pada masa yang sama, pelajar lain dari pusat tahfiz berkenaan juga telah membuat saringan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga dan semuanya dilaporkan sihat dan dalam keadaan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes Masih Dibawah Siasatan Polis

Warden dari pusat tahfiz berkenaan telah ditahan dan kini sedang disiasat oleh pihak polis. Manakala, hasil keputusan bedah siasat adik Thaqif pula dijangka akan selesai dalam masa dua minggu dari sekarang.

Jangkitan Bakteria – Necrotizing Fasciitis

Selalu kita dengar berita tentang kematian pada sel di anggota badan terutamanya di bahagian kaki dan tangan. Namun, tak ramai antara kita yang tahu dengan mendalam tentangnya.

Ia berlaku akibat daripada kuman yang merebak dalam darah. Jangkitan kuman boleh terjadi akibat jangkitan bakteria yang dikenali sebagai Group A Streptococcus (GAS). Ada juga beberapa jenis bakteria lain yang boleh menyebabkan hal ini berlaku seperti staphylococcus.

Jangkitan bakteria boleh bermula akibat jangkitan pada bahagian yang terluka, gigitan serangga, dan kulit melepuh.

Simptom Jangkitan Bakteria dalam Badan

Antara simptom yang akan terjadi selepas jangkitan bakteria adalah seperti sakit yang semakin teruk di bahagian luka pada anggota badan, luka bertukar kemerahan, mula rasa pening, cirit-birit, demam, dan lemah badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Simptom teruk juga boleh berlaku jika tidak dirawat awal iaitu seperti bengkak pada anggota badan, bernanah, kulit menggelupas dan bertukar kehitaman, dan daging mula mati (gangrene).

Rawatan Untuk Jangkitan Kuman

Antara rawatan yang ada bagi mengatasi masalah jangkitan kuman yang teruk sebegini adalah seperti rawatan antibiotik, pembedahan pemotongan anggota yang terkesan, terapi oksigen, dan ubatan bagi meningkatkan tekanan darah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor