''Masa Buat Dengan Suami Ok Pulak''-Ramai Ibu Luah Kena Sound Nurse Ketika Layan Contraction

Aduan hospital kerajaan tentang layanan kurang memuaskan kepada pesakit. Wanita ini buka mulut disindir jururawat ketika tahan sakit bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita yang mengandung akan merasai sakit kontraksi apabila tiba masanya bayi ingin keluar melihat dunia. Kebanyakan ibu memilih bersalin hospital kerajaan memandangkan kos rawatan lebih murah. Walau bagaimanapun ramai berdepan pengalaman pahit dan buat aduan hospital kerajaan tentang layanan kurang memuaskan.

Ketika berdepan sakit kontraksi, nyawa ibu diibaratkan seolah-olah berada di hujung rambut. Rasa sakit yang melampau membuatkan ada sesetengahnya mengaduh, menangis dan tidak boleh bertenang.

Aduan hospital kerajaan, ramai kena sound dengan misi ketika dalam wad bersalin

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok telah berkongsi sebuah komen yang ditinggalkan oleh pengikutnya mendedahkan dia pernah diperli dengan kata-kata kurang menyenangkan oleh jururawat sewaktu menahan sakit kontraksi.

Katanya, sindiran tersebut disifatkan agak keterlaluan apabila jururawat yang bertugas menyentukan hubungan dalam kelambu suami isteri.

Pernah kena sound masa sakit contraction. Dia cakap kita ni mengada. Time buat tak sakit pulak. Sambil tahan sakit, sambil menangislah.

Jawab wanita berkenaan sebagai petugas perubatan adalah sewajarnya menenangkan pesakit. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata sindiran yang boleh memalukan sesiapa.

Perlu ke seorang jururawat cakap begini dekat pesakit? Ada ke patut mereka samakan sakit kontraksi dengan ‘bersama’ dengan suami?

Apa bendalah. Anda sebagai doktor atau jururawat sepatutnya bagi kata-kata semangat. Ibu-ibu tengah sakit ketika tahan kontraksi tu, ini tidak sulitkan keadaan dengan menyatakan ketika buat hubungan suami isteri tak sakit pula.

Dahlah orang tu rasa sakit, bila kena sindir macam tu, makin bertambahlah rasa sakit yang dihadapinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aduan hospital kerajaan, ada yang kongsi berdepan pengalaman sama

Perkongsian mengenai aduan hospital kerajaan ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut adanya petugas bermulut jahat sedemikian. Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsikan pengalaman sama ketika proses bersalin.

Ya Allah, kesian ibu-ibu. Saya pun sama. Tapi tak boleh nak cakap apa sebab tengah menahan rasa sakit teramat waktu tu. Kemudian barulah saya buat aduan dekat HQ hospital.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah juga kena masa bersalin anak nombor dua. Seorang jururawat main cakap lepas, dia kata kalau taknak sakit lepas ni tak payah beranak. Saya balas, awak ada masalah ke saya nak beranak ni? Terus dia diam dan tak datang dah dekat saya.

Saya dulu masa tengah sakit kontraksi sebut Allah. Ada nurse tu cakap, tak payah nak sebut Allah-Allah lah.

Ada pengguna TikTok yang lain turut meninggalkan komen mengatakan bahawa memang kebanyakan doktor dan jururawat menggunakan ayat yang sedemikian.

Tidak semua hospital memberikan layanan yang tidak bagus

Tapi kebanyakan doktor dan nurse memang akan guna ayat ‘masa buat anak tak sakit pulak.’ Ya allah, yang cakap macam tu perempuan, takkanlah kau senyum masa tengah sakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tiga kali pergi klinik dan berat badan naik. Lagipun sebab alahan hilang barulah selera ada. Boleh dia cakap selera sangat ke makan. Masa tak makan, disuruhnya makan. Bila dah makan, bising pula.

Meskipun begitu, ada yang mengakui bahawa sesetengah jururawat sahaja berperangai buruk sedemikian. Bukan semua misi lah sebab masih ada yang berikan layanan bagus ketika bekerja.

credit to sources

Pastinya setiap proses kelahiran meninggalkan pengalaman yang berbeza kepada para ibu. Walaupun sakit menahan kontraksi, kekal bertenang dan ikuti semua arahan yang diberikan oleh petugas kesihatan agar memudahkan urusan bersalin anda.

Elakkan terlalu berfikir banyak dan serahkan segalanya urusan kepada Yang Maha Esa. Tidak semua hospital mampu untuk memuaskan hati setiap pesakit, pastinya mereka sudah berusaha sehabis mungkin membantu melancarkan proses kelahiran anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kami di theAsianparent Malaysia mendoakan agar urusan bersalin para ibu dipermudahkan, memperoleh bayi yang comel dan sihat. Walaupun hanya bersalin di hospital kerajaan, percayalah pada mereka yang bertugas menyambut kelahiran anda dengan selamat!

Sumber: Tiktok Mamamokklu

Kredit foto: twitter hadi nor, google images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Diarah Balik Ketika Bukaan 2cm, Ibu & Bayi Bertarung Nyawa Dalam Kereta Kerana SOP Hospital

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan