Touch ‘n Go Group melalui TNG Digital Sdn Bhd (TNG Digital), pemilik dan pengendali Touch ‘n Go eWallet, dan AIA Malaysia (AIA) memulakan jalinan
kerjasama strategik dengan pelancaran produk kolaborasi pertama mereka hari ini iaitu WalletSafe, pada harga pengenalan RM1.
Ia adalah perlindungan baharu yang pertama di pasaran, eksklusif untuk pengguna Touch ‘n Go eWallet.
Touch ‘n Go eWallet & AIA Malaysia perkenal WalletSafe dengan harga RM1!
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go Group, Effendy Shahul Hamid, ketika pandemik ini, peningkatan permintaan untuk transaksi tanpa tunai telah menyebabkan peningkatan penggunaan eWallet.
“Menurut Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia, transaksi e- dompet telah meningkat sebanyak 131% pada 2020 yang melibatkan 0.6 bilion transaksi, berbanding 0.3 bilion transaksi pada 2019.
“Selain itu, lebih banyak pedagang telah mendaftar untuk menerima e- pembayaran dengan pembayaran kod Tindak Balas Pantas (QR). Touch ‘n Go eWallet sudah diterima di lebih daripada sejuta titik penerimaan pedagang DuitNow QR.
“Memandangkan terdapat kenaikan jumlah transaksi, salah satu isu utama yang sering dikhuatiri para pengguna adalah soal keselamatan. Ia satu kebimbangan yang ingin ditangani oleh Touch ‘n Go dan AIA Malaysia melalui pengenalan WalletSafe,” katanya.
Pelan insuran selama 6 bulan
WalletSafe ialah pelan insurans selama 6 bulan yang melindungi pengguna Touch ‘n Go eWallet sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau COVID-19 dan membayar sehingga sepuluh kali ganda baki amaun Touch ‘n Go eWallet (maksimum RM25,000) mereka.
Ia juga menyediakan perlindungan tambahan untuk transaksi tidak sah yang dilakukan melalui akaun eWallet dan GO+ mereka, sehingga RM25,000. Kesemua perlindungan ini ditawarkan sebagai tambahan kepada manfaat Money-back Guarantee yang disediakan oleh Touch ‘n Go eWallet untuk pengguna yang disahkan.
Diinsurankan serta merta, tuntutan mudah secara dalam talian
Melalui pengalaman yang lancar dan mudah, pengguna boleh membeli produk ini secara terus dari Touch ‘n Go eWallet mereka dan akan diinsuranskan dengan serta-merta.
Beliau berkata urusan tuntutan juga lebih mudah dan pantas kerana keseluruhan proses dilakukan secara dalam talian.
“WalletSafe adalah produk pertama di pasaran yang mengikat perlindungan insurans dengan baki eWallet dan kami amat gembira dapat menawarkan penyelesaian baharu yang menarik ini dengan harga RM1 sahaja kepada pengguna eWallet kami.
“Melalui penggunaan teknologi dan inovasi secara efektif, bersama-sama dengan AIA Malaysia, kami dapat memberikan nilai yang lebih tinggi serta
tawaran produk yang direka khusus buat para pengguna,” katanya.
Selain itu, katanya produk ini bukan hanya membolehkan para pengguna menikmati ketenangan fikiran, tetapi juga menggalakkan mereka untuk
menabung melalui GO+ kerana mengetahui bahawa mereka mendapat perlindungan yang lebih tinggi sebanyak RM25,000.
Nilai perlindungan tinggi manfaatkan pengguna
Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Ben Ng, berkata ketika ramai yang sedang mencari perlindungan serba lengkap untuk eWallet mereka, mereka berbesar hati menawarkan produk mampu milik dengan nilai perlindungan yang tinggi kepada lebih 16 juta pengguna rakan kongsi kami yang dapat dinikmati secara eksklusif sebagai pelanggan Touch ‘n Go eWallet.
Produk yang dilancarkan itu adalah permulaan kepada perjalanan jangka panjang dan menarik kami bersama Touch ‘n Go dalam menyediakan penyelesaian baru, inovatif dan diperibadikan untuk membantu pengguna mereka hidup lebih sihat, berpanjangan dan bermakna.
Pada Julai 2021, TNG Digital dan AIA membentuk perkongsian strategik jangka panjang yang membolehkan AIA menawarkan penyelesaian insurans digital kepada pengguna Touch ‘n Go eWallet, syarikat e-dompet terbesar di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.touchngo.com.my. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Masih Belum Daftar Insurans Anak? Semak 5 Pelan Insurans Ini, Ada Juga Pelan Khas Buat Anak Istimewa
Baca juga: 5 Insurans Simpanan Terbaik Di Malaysia Yang Boleh Anda Pilih!
Baca juga: Perlindungan Insurans Untuk Bayi Sejak Hamil? Ini 4 Pelan Insurans Materniti Terbaik Untuk Anda!