Air Ketuban Kering Ketika Mengandung 21 Minggu, Ibu Pasrah Bayi Tak Boleh 'Survive'

undefined

Air ketuban kering ketika hamil mendatangkan kesan bahaya terhadap bayi dalam kandungan. Ibu ini kongsikan kisah pahit yang dilalui olehnya

Masalah kehamilan seperti kencing manis, darah tinggi atau air ketuban kering boleh mendatangkan risiko bahaya terhadap ibu dan janin dalam kandungan. Setiap wanita pastinya mengharapkan bayi membesar sempurna sehingga berjaya dilahirkan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Masalah air ketuban kering, bayi dalam kandungan bertahan hingga 29 minggu
  • Luluh hati selepas doktor katakan mengenai keadaan anak
  • Terpaksa melepaskan anak pergi dengan tenang

Namun tidak semua kehamilan berjalan lancar. Ada sesetengah ibu berdepan pelbagai ujian sehinggalah terpaksa redha tiada rezeki untuk memiliki cahaya mata.

Masalah air ketuban kering, bayi dalam kandungan bertahan hingga 29 minggu

Berdasarkan perkongsian oleh seorang ibu di Facebook, Aina Rusli, dia dan suami terlalu menantikan detik menimang cahaya mata selepas mengalami dua kali keguguran.

masalah kehamilan

1/Mac/2020

Tarikh keramat buat ibu. Sepatutnya Ayyash dilahirkan. Namun Allah sebaik-baik perancang. Pada usia kandungan 29 minggu, Ayyash lahir kerana ibu mengalami komplikasi kehamilan dari usia kandungan 21 minggu lagi. Kuat anak ibu, Ayyash.

Dari usia kandungan 21 minggu, doktor mengesahkan air ketuban kering sehingga tahap bahaya. Disebabkan kandungan terlalu awal, doktor beri kata putus gugur buat ibu.

Dua bulan ibu ditahan dalam wad kerana takut keguguran. Namun Allah Maha Mengetahui. Ayyash tersangatlah kuat sehingga mampu bertahan sehingga 29 minggu.

Ketika 29 minggu, ibu mengalami kontraksi dan tanda-tanda bersalin. Ibu terpaksa dibius tidur dan caesar kerana epidural tidak berkesan pada ibu. Kedudukan Ayyash pula songsang ketika itu.

Selepas bersalin, ibu tidak dapat dengar langsung suara Ayyash sebab ubat bius masih ada dalam badan. Masa ni, doktor dah beritahu Babah keadaan Ayyash yang sangat lemah walaupun sudah diberikan oksigen 100 peratus.

Luluh hati selepas doktor katakan mengenai keadaan anak

Babah azankan Ayyash dalam keadaan yang teramat sedih sebab Babah tahu ibu nak sangat anak selepas dua kali mengalami keguguran.

Masa on call Babah langsung tak ceritakan keadaan Ayyash. Babah cuma cakap yang rupa Ayyash macam ibu.

air ketuban kurang

Esok tu pakar kanak-kanak nak jumpa ibu. Ibu yang tak tahu apa-apa rasa excited nak jumpa anak ibu. Sampai NICU, ibu tidak nampak perbezaan anak ibu dengan orang lain sebab Ayyash terlalu comel.

Ibu datang dekat Ayyash, ibu hulur jari. Ayyash genggam walaupun tak erat sebab sendi Ayyash semua sudah lemah. Bila ibu cakap dekat Ayyash, ‘sayang ibu datang ni’, Ayyash terus senyum dan tahap oksigen Ayyash naik.

Tapi bila doktor datang dan beritahu ibu yang Ayyash tidak boleh survive sebab terlalu lama duduk dalam rahim yang tiada air ketuban sampai bahagian paru-paru kiri tidak dapat berkembang, ibu rasa macam nak jatuh terduduk.

Masa ini doktor minta ibu bagi kata putus untuk keep on cpr bila oksigen drop atau bagi Ayyash pergi dengan tenang. Ibu minta doktor tunggu Babah datang untuk buat keputusan.

Masa ni oksigen Ayyash tiba-tiba drop, semua doktor datang buat cpr. Ibu tengok keadaan Ayyash yang kecil tapi ditekan-tekan sebab nak bagi cpr. Terus luluh hati ibu.

Terpaksa melepaskan anak pergi dengan tenang

Bila Babah sampai, ibu terus cakap biarlah anak kita pergi dengan tenang. Doktor hentikan mesin oksigen dan benarkan ibu dan Babah tengok Ayyash pergi.

anak meninggal selepas bersalin

Allahuakbar, tenang sangat keadaan awak masa tu sayang. Tiada sikit pun kesakitan yang awak tunjuk. Tepat pukul 11.15 pagi, Allah ambil nyawa Ayyash. Anak syurga ibu dan Babah.

Semoga awak tenang di syurga bersama abang-abang awak ya sayang. Tunggu ibu dan Babah di pintu syurga.

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga atas pemergian anak tercinta. Semoga ibu tabah dan diberikan semangat baru untuk meneruskan kehidupan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Mandi Malam Ketika Mengandung, Ia Punca Air Ketuban Banyak? Ini Jawapan Pakar

Baca juga: Selain Makan Buah Tembikai, Ini 7 Cara BERKESAN Menambah Air Ketuban Ketika Hamil

Baca juga: Harungi Detik Cemas Bawa Wanita Bersalin, Lelaki Nekad Turun Kereta Minta Bagi Laluan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!