Jangan Panik Bila Air Ketuban Pecah! Ini Yang Anda Patut Lakukan

Penting untuk anda tahu apa fungsinya dan apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda rasakan air ketuban pecah? Jangan panik!

Salah satu perkara yang anda perlu tahu saat anda hamil adalah mengenai air ketuban atau istilah lain ‘amniotic fluid’. Penting untuk anda tahu apa fungsinya dan apa perlu anda lakukan sekiranya anda rasakan air ketuban pecah? 

Berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika pertama kali mengandung, saya sendiri tidak tahu bila patut risau apabila air ketuban pecah. Malah pernah juga berasa keliru dengan air ketuban yang keluar atau keluar keputihan atau air kencing. Maklumlah dan trimester ketiga, nak buang air kecil pun kadang-kadang tak boleh tahan, keluar begitu saja. 

Dan apabila berjumpa doktor, mereka akan pastikan betul-betul sekiranya betul atau tidak air ketuban yang keluar. Kerana sebaik air ketuban keluar ini bermakna ketuban anda sudah bocor, dan apabila bocor dan biarkan lama, akan menyebabkan jangkitan kepada bayi dan ibu sendiri. 

Jadi sangatlah penting untuk anda pastikan juga penting untuk anda tahu apa perlu anda lakukan apabila air ketuban pecah. 

Apa rasanya? Macam mana rupanya? Sakit ke? Apa nak buat?

Anda perlu tahu yang kebanyakan masanya, air ketuban anda tak akan pecah hingga bukaan servik anda penuh dan anda dah bersedia untuk meneran.

Apa itu air ketuban?

Bayangkan anda duduk dalam bilik yang gelap dan selesa sambil dikelilingi kusyen berisi cecair. Ini adalah bayi anda dan kusyen tersebut adalah air ketuban.

Air ketuban kadang-kadang dikenali sebagai membran kerana ini diperbuat dari dua membran: amnion dan chorion.

“Air” sebenarnya adalah cecair amniotik – cecair jernih yang jadi tempat tinggal bayi anda. Ia melindungi bayi anda dari kecederaan dan mengekalkan suhu dalam rahim.

Cecair amniotik juga membantu paru-paru, sistem penghadaman dan musculoskeletal bayi untuk berkembang.

Apa yang berlaku jika air ketuban pecah?


Sebelum anda bersalin, air ketuban akan pecah dan ini bermakna bayi akan lahir tak lama lagi. Kadang-kadang ia akan pecah awal.

Tapi, ada juga kes air ketuban keluar namun lambat bersalin. Lebih lama masa diambil untuk bersalin selepas air ketuban pecah, lebih tinggi peluang untuk bayi atau anda mendapat jangkitan. Jika ini berlaku, doktor mungkin akan memilih untuk induce.

Agak sukar nak tahu kalau ia adalah cecair amniotik atau anda sebenarnya terkencing kerana masalah pundi kencing yang biasanya berlaku pada akhir kehamilan? Jadi, macam mana nak tahu jika air ketuban pecah?

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah beritahu doktor anda jika anda rasa telah pecah air ketuban. Maklumat di bawah ini boleh membantu anda untuk ketahui jika air ketuban anda benar-benar pecah.

#1. Ingat COAT
Ada beberapa perkara yang perlu anda lihat, untuk memudahkan anda, ingat: COAT

Colour (warna) cecair: ia sepatutnya berwarna jernih. Air yang berwarna coklat kehijauan menandakan yang bayi telah buang air besar dalam rahim anda.
Odour (bau): tak terlalu berbau atau tak ada bau adalah normal. Tapi jika baunya kuat, ini mungkin tanda ada jangkitan.
Amount (jumlah): perhatikan sama ada air tersebut mengalir atau menitik.
Time (masa): selepas air ketuban keluar, risiko untuk mendapat jangkitan akan meningkat jika anda tak mula bersalin untuk jangka masa tertentu.
Cuba untuk ingat empat perkara ini dan beritahu doktor anda. Ini akan membantu doktor untuk menentukan apa yang mereka perlu lakukan.

#2. Tukar seluar dalam
Semasa dalam trimester ketiga, sebelum keluar rumah, anda perlu membawa seluar dalam lebih dan pad di dalam beg setiap masa. Ini penting sekiranya air ketuban keluar semasa anda di luar rumah.

Jika ini berlaku, anda perlu tukar seluar dalam secepat mungkin dan pulang ke rumah atau terus pergi ke hospital dengan segera.

#3. Kering atau basah
Cara yang paling baik untuk ketahui jika air ketuban benar telah keluar atau hanya sekadar air kencing atau cecair dari faraj adalah dengan memakai pad kering dan baring selama 15 minit.

Jika air ketuban benar-benar keluar, cecair amniotik akan berkumpul di dalam faraj dan akan mengalir semula apabila anda berdiri.

Bila anda perlu ke hospital?
Ada beberapa perkara yang membuatkan anda perlu ke hospital segera:

Jika anda disahkan positif Strep Kumpulan B sebelum ini. Anda perlu ke hospital dengan segera selepas air ketuban pecah supaya doktor boleh memberikan antibiotik pada anda.
Air ketuban anda pecah sebelum 37 minggu. Ini dikenali sebagai preterm rupture of membranes (PROM). Komplikasi yang boleh berlaku termasuk jangkitan, gangguan uri (uri tertanggal sebelum bersalin), komplikasi pada bayi atau masalah tali pusat.

Sumber: Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comberurut-ketika-hamil