Air mani terbukti boleh merawat kemurungan isteri dan kukuhkan perkahwinan!

Haa... jangan tak tahu. Minum air mani suami boleh membuatkan isteri bahagia! Jom semak apakah kebaikan telan air mani ini, menurut kajian.

Apa yang boleh membuatkan seorang isteri bahagia? Minum air mani suami!

Biasanya, seorang isteri akan bahagia jika mereka diberi layanan dan perhatian yang sepenuhnya, dibelanja suami keluar tengok wayang, atau beli sebarang buku menarik, atau dapat makan makanan yang enak. Tapi, ada satu lagi yang boleh buat isteri bahagia – minum air mani suaminya!

Ha… kenapa air mani pula? Apa specialnya air mani suami ini?

Perbezaan antara air mani dan sperma

Sebenarnya, air mani dan sperma bukan benda yang sama. Air mani adalah cecair berwarna putih yang keluar daripada zakar apabila seorang lelaki mencapai orgasma.

Manakala, sperma adalah “cecair individu” yang terkandung dalam air mani yang boleh membuatkan seorang wanita hamil.

Apabila seorang lelaki mengalami ejakulasi, air mani yang keluar mungkin banyak, tapi kandungan sperma di dalamnya mungkin hanya mencapai sebanyak 3% saja.

Bagaimana seorang isteri boleh bahagia apabila telan air mani suaminya?

Air mani seorang lelaki mengandungi pelbagai unsur nutrien yang boleh diserap masuk ke dalam aliran darah.

Dan kajian telah membuktikan nutrien ini amat berguna untuk badan wanita!

Tapi, jangan anda pergi minum air mani tersebut pula ya… Hehe! Segala nutrien daripada air mani boleh diperoleh apabila ia dilepaskan dalam faraj.

Zat yang terkandung dalam air mani

Menurut theAsianparent Filipina, wanita boleh bahagia kerana kandungan zat yang ada dalam air mani. Antaranya ialah:

  1. Zat endorfin, estrone, prolaktin, estrogen, oksitosin, prostaglandin, tirotropin dan serotonin: kandungan zat ini boleh meningkatkan mood anda.
  2. Melatonin: memudahkan anda untuk tidur
  3. Kortisol: meningkatkan perasaan sayang dan mengurangkan tekanan
  4. Dua hormon wanita – hormon perangsang folikel dan hormon luteinizing: menghilangkan tekanan dan menggalakkan ovulasi
  5. Imunosupresan: zat semulajadi dalam air mani yang menghalang sistem imun badan wanita membunuh sperma
  6. Gula: air mani mengandungi fruktosa untuk memberi makan pada sperma
  7. Air: Kepekatan air mani bergantung pada jumlah air yang ada di dalamnya. Makin pekat air mani, makin banyak nutrisi yang bermanfaat untuk wanita. 

Kebaikan melakukan seks tanpa kondom

Penelitian dan penyelidikan telah membuktikan wanita yang melakukan hubungan seks tanpa kondom dua kali lebih bahagia dan lebih puas. Mengapa? 

Ia kerana air mani mengandungi zat estrogen dan prostagladin yang menurunkan paras kemurungan pada wanita.

Manakala, zat oksitosin pula membantu wanita berasa “lebih intim” dengan pasangan. 

Pakar psikologi dari SUNY-Albany, Gordon Gallup mengulas – wanita yang melakukan hubungan seks tanpa kondom memiliki tahap risiko yang rendah daripada mengalami kemurungan.

Ha… jadi apa tunggu lagi? 

Tapi, kalau anda risau “termengandung” kerana tak pakai kondom, cuba baca pilihan perancang keluarga yang ada di Malaysia. 

Seelok-eloknya, seks tanpa kondom bagus untuk wanita hamil yang sering mengalami masalah perubahan mood dan kemurungan.

Malah, ia juga bagus untuk pasangan yang sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata.

Jom cuba! Hehe.

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Psychology Today dan theAsianparent Indonesia

Baca juga

Ingin Rancang Kehamilan Anda? Banding Pilihan Harga Perancang Keluarga Di Sini!

Penulis

Ayu Idris