Air Selusuh Untuk Ibu Bersalin Guna Rendaman Akar Fatimah, Berisiko Bawa Komplikasi

Air selusuh untuk ibu bersalin menggunakan rendaman akar fatimah berisiko menyebabkan komplikasi kepada ibu dan bayi.

Pernahkah anda dengar air selusuh untuk ibu bersalin yang dikatakan akan mempercepatkan dan mempermudah proses ibu bersalin? Sejauh manakah kebenarannya dalam membantu ibu percepat bukaan rahim?

Air Selusuh Untuk Ibu Bersalin

Berikut kami kongsikan perkongsian seorang doktor perubatan Dr Muhammad Izzat mengenai air selusuh untuk ibu bersalin. Katanya air selusuh yang dipercayai digunakan untuk mempercepatkan proses bersalin dan digunakan sejak dahulu lagi.

Biasanya akan diminum selepas tanda tanda awal bersalin itu berlaku, keluar darah awal bersalin, pecah air mentuban atau sakit kontraksi sudah bermula. Bukan sahaja boleh diminum, ada yang boleh disapu pada perut, bersertakan bacaan-bacaan tertentu.

Jika hanya air kosong dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa, katanya sepatutnya tiada masalah untuk diamalkan.

air selusuh untuk ibu bersalin, Kontraksi bersalin

Kredit: popmama

Bahan Digunakan Mempunyai Hormon Oksitosin

Namun katanya, air rendaman akar fatimah, minyak selusuh bidan kampung, air jampi, air asam jawa yang dibacakan jampi, rendaman akar kayu dan herba yang tidak diketahui cara penghasilan dan bahan aktif di dalamnya ada kajian membuktikan bahan yang digunakan mempunyai aktiviti seperti hormon oksitosin yang menyebabkan kontraksi pada rahim.

Dos bahan ini tidak diketahui dan tak boleh dipantau secara klinikal. Hormon oksitosin yang digunakan dalam dalam perubatan obstetrik moden diketahui dos nya dan diubah mengikut keperluan pesakit.

Memberi Risiko Kepada Ibu

Katanya, melihat kepada pengalamannya berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa bersalin, secara peribadinya, beliau tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Kenapa?

1.Beri Risiko Kepada Ibu

Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin iaitu apabila sudah memasuki fasa aktif bersalin di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean.

Ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka.

2.Pintu Rahim 

Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan yang amat sangat.

Minta Doa Dari Allah

Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. 

Beliau turut berpesan supaya ibu bersalin mengamalkan doa Nabi Yunus iaitu laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri).

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Buat Air Selusuh Untuk Mudah Bersalin, Ibu Boleh Minum Ketika Mula Rasa Kontraksi

Baca juga: Bahaya Minum Air Selusuh, Ibu Berdepan Kesakitan Melampau & Risiko Bayi Lemas

Baca juga: Benarkah air selusuh mudahkan bersalin atau buat kontraksi makin teruk?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!