Awas, Bayi Bawah 1 Tahun DILARANG Makan Ais Krim Kerana Ia Punca Kolik & Masalah Pencernaan!

Ada ke ibu ayah di sini yang memberikan aiskrim untuk bayi? Hati-hati ya! Aiskrim tidak sepatutnya diberi pada bayi bawah 1 tahun kerana 4 sebab ini.

Siapa yang tidak suka makan ice cream? Keenakkan gigitan aiskrim ketika waktu makan pasti akan buat selera makin bertambah. Tapi bolehkah bayi makan aiskrim? Adakah anda beri aiskrim untuk bayi anda?

Kasihan pula bila kita makan aiskrim, bayi tengok saja, kan? Tak salah kot kan jika bagi aiskrim untuk bayi?

Hati-hati ibu. Menurut Panduan Makanan Sihat Australia, makanan dan minuman seperti aiskrim dan roti aiskrim tidak dibenarkan pada bayi bawah 1 tahun. 

Malah, aiskrim untuk bayi adalah salah satu sumber nutrisi yang paling buruk!

Kenapa Bayi Bawah 1 Tahun Tidak Boleh Makan Ice Cream?

aiskrim untuk bayi, ais krim untuk bayi, aiskrim pada bayi, ais krim pada bayi, ice cream pada bayi, ice cream buat bayi, bolehkah bayi makan aiskrim, bayi makan aiskrim, bayi makan ice cream, bayi makan icecream

Kredit: Sunshine House

Satu tahun adalah saatnya bayi dapat diberi produk tenusu lain seperti keju, susu, dan mentega. Aiskrim untuk bayi hanya boleh diberikan apabila mereka mencapai usia ini.

Mengapa? Ini 4 sebab-sebab bayi bawah 1 tahun dilarang makan ice-cream:

#1 Bahan pengawet

Hampir setiap aiskrim yang dijual di pasaran mengandungi bahan pengawet, lemak, gula, bahan buatan dan pewarna makanan yang boleh memberi kesan buruk pada bayi. 

Jadi, adalah lebih elok jika anda menunggu sehingga bayi usia 1 tahun baru anda boleh beri mereka makan aiskrim. 

#2 Susu

Aiskrim diperbuat daripada susu. Jika diberikan aiskrim untuk bayi, anda sebenarnya sedang memperkenalkan bayi kepada rasa susu yang lain daripada susu badan. Bayi anda juga mungkin berisiko untuk terkena alahan susu dari aiskrim.

#3 Boleh jadi tempat pengumpulan bakteria

aiskrim untuk bayi, ais krim untuk bayi, aiskrim pada bayi, ais krim pada bayi, ice cream pada bayi, ice cream buat bayi, bolehkah bayi makan aiskrim, bayi makan aiskrim, bayi makan ice cream, bayi makan icecream

Terdapat kemungkinan pengumpulan bakteria jika anda membeli aiskrim untuk bayi di pasaraya atau membuatnya di rumah.

Bakteria yang terkumpul boleh menyebabkan jangkitan kerana kekebalan tubuh bayi anda masih lemah. Dalam kes yang teruk, jangkitan boleh membawa maut!

#4 Masalah pencernaan bayi

Susu dan bahan-bahan lain yang ada dalam aiskrim (sama seperti madu) sukar untuk dicerna oleh bayi anda. Aiskrim dapat menyebabkan pengumpulan gas, dan sakit kronik di kawasan perut.

Malah, jangan terkejut jika bayi anda mengalami kolik kerana anda memberikan aiskrim untuk bayi!

4 Tips Memperkenalkan Aiskrim Pada Bayi

Awas, Bayi Bawah 1 Tahun DILARANG Makan Ais Krim Kerana Ia Punca Kolik & Masalah Pencernaan!

Seeloknya, tanya dulu doktor anda sebelum memperkenalkan aiskrim pada bayi. Berikut antara 4 perkara yang anda perlu ingat:

1# Katakan “TIDAK” pada penjual di kaki lima

 

Kebanyakan aiskrim yang dijual di pasaran telah dipasteurisasi untuk membunuh bakteria. Tapi, hati-hati dari mana anda membeli aiskrim tersebut.

Jangan beli dari penjual di kaki lima kerana anda tidak boleh tahu bagaimana tahap kebersihan dan penyimpanan aiskrim tersebut.

Bakteria boleh merebak jika makanan tidak disimpan dengan betul! 

2# Ambil tahu bahan-bahan dalam aiskrim tersebut

Baca daftar bahan untuk aiskrim itu sebelum anda beri pada anak. Ada sesetengah bahan boleh mendatangkan alahan, seperti kacang, kacang tanah, stawberi dan pewarna. 

Hindari juga aiskrim yang dibuat dari susu mentah!

3# Jangan berlebih-lebihan

Mulakan dengan gigitan kecil. Lepas beri aiskrim untuk bayi, jangan beri makanan berlebihan yang lain. Biar bayi nikmati rasa sejuk aiskrim itu.

Kandungan gula dalam aiskrim juga boleh berbahaya pada bayi hingga menyebabkan kerosakan gigi. Jadi, jangan bagi banyak sangat aiskrim pada anak, ya!

4# Tawarkan alternatif lain untuk aiskrim

Jika bayi anda menyukai aiskrim, anda masih boleh memberinya makan pencuci mulut seperti smoothies buah-buahan buatan sendiri, ataupun yogurt, puding buah, hirisan buah segar, dan jeli. 

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Artikel ini asalnya ditulis oleh theAsianparent Indonesia dan mendapat kebenaran untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Resepi Puri Buah & Sayur Untuk Bayi 6 Bulan, Sangat Berkhasiat & Sedap!

Baca juga: Resepi Kuah Sate Untuk Kanak-Kanak, Guna Sos Buah-Buahan & Sayur-Sayuran! Anak Yang Cerewet Pun Boleh Makan!

Baca juga: Sedapnya Buah Naga! Ia Kaya Dengan Nutrisi & 3 Resipi Mudah Untuk Si Manja 6 Bulan Ke Atas Cuba

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!