Cara Tackle Anak Yang Tak Nak Berkongsi, Sangat Berguna Bila Di Tempat Awam

Ajar anak berkongsi bukan suatu proses pendek. Apa yang penting perlu kena caranya dan ia akan tinggalkan kesan baik untuk anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Drama anak tak nak berkongsi ini boleh berlaku di mana-mana saja. Kadang kala disebabkan drama seperti ini ibu ayah jadi serik untuk bawa anak keluar terutama ke taman permainan dan sebagainya yang melibatkan ramai kanak-kanak. Apa maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Belajar berkongsi proses yang panjang, bukan hari ini ajar esok dah pandai
  • Bila sebenarnya anak faham konsep berkongsi?
  • Kenapa perlu buat PREP?
  • Cara kendali situasi rebut, rampas, tolak, gigit untuk merebut mainan
  • Tips ibu ayah kekal tenang dalam situasi berebut mainan

Ini kerana anak mereka tidak mahu berkongsi dan takut perkara lebih buruk terjadi iaitu anak akan bertindak agresif apabila diminta untuk berkongsi.

Akhirnya, penyelesaian terbaik bagi ibu bapa adalah tidak bawa mereka ke taman permainan atau bermain dengan orang lain dan tinggalkan mereka bermain sendiri yang mana hakikatnya tiada perubahan dan tidak bawa kebaikan kepada anak pun.

Ajar anak berkongsi proses yang panjang, bukan hari ini ajar esok dah pandai

Perkongsian adalah suatu yang memang sukar untuk kita buat. Sebagai orang dewasa pun, kadang kala kita tidak mahu berkongsi juga. Apatah lagi jika dipaksa-paksa, lebih sukar untuk kita berkongsi.

Jadi sama juga dengan anak-anak. Penting untuk kita tahu yang mereka juga ada alasan tersendiri kenapa tidak mahu berkongsi dan sebagainya.

Jadi apa yang anda boleh buat dan apa sepatutnya anda buat dalam proses ajar anak untuk berkongsi?

Bila sebenarnya anak faham konsep berkongsi?

Bila sebenarnya anak akan faham konsep berkongsi? Pada usia berapakah mereka akan memahami konsep ini? Adakah mereka hanya tahu menangis saja jika kemahuan mereka tidak dituruti? Menurut Konsultan Tangisan dan Tidur Bayi, Uswatun Hasanah Mohd Habib, anak akan faham konsep berkongsi pada sekitar usia tiga hingga empat tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maka, strategi mengendalikan situasi drama tak nak berkongsi untuk anak lebih kecil iaitu di bawah usia tiga tahun adalah sedikit berbeza dengan anak yang lebih besar. Cara ajar anak berkongsi juga sudah pasti berbeza pendekatan bergantung kepada usia mereka.

Jadi, apa yang perlu dibuat? Buat dulu PREP ini:

#1. Plan ahead (P)

Bila? Mainan apa? Di mana? Dengan siapa?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Reveal plan (R)

Contoh ayat:

“Mummy nak masak sekejap, adik dan abang main sama-sama semasa mummy masak okay?

#3. Explain details (E)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Adik main mainan adik, abang main mainan abang. Abang dan adik boleh take turn bila masing-masing dah puas main. Okay? Bila nak pinjam mainan orang, kena cakap ‘boleh pinjam’? 

#4. Put them incharge of something small (P)

Adik nak main kereta merah dulu atau biru dulu atau abang nak bagi adik main kereta dulu atau boleh dulu?

Kenapa perlu buat PREP?

Pasti ada ibu ayah yang tertanya-tanya kenapa perlu buat PREP? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana toddler hidup dengan konsep in the know: iaitu tidak suka dengan sesuatu yang bersifat secara tiba-tiba dan tidak tahu apa nak dijangka. 

Disebabkan itu mereka suka ulang tanya sesuatu banyak kali untuk puaskan keinginan in the know nya itu.

PREP ini akan membuatkan soalan : bila? bagaimana? siapa? apa? di mana? kenapa? dalam diri mereka terjawab. Disebabkan itu bila internal chaos anak ditenangkan, ia akan mengurangkan external tantrum.

Cara kendali situasi rebut, rampas, tolak, gigit untuk merebut mainan

#1. Anak lebih kecil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contoh skrip:

Ibu: Adik suka kereta tu. Kereta tu memang cantik. Mama tahu adik nak kereta tu tapi tak ok untuk pukul orang. Mama akan alihkan adik sekarang/mama akan pegang adik sekarang. 

  • Skrip sesuai guna ketika tantrum atau meltdonwn belum bermula
  • Letak anak semula untuk bermain setelah seketika

#2. Anak lebih berusia

Ibu: Abang suka kereta tu. Kereta tu memang cantik. Mama tahu abang nak kereta tu tapi tak ok untuk pukul adik. Mama akan alihkan adik sekarang supaya adik tak cedera”

  • Beri peluang untuk anak reflect behavior: “Mama nampak abang masih pukul adik”
  • Explain situation: “Cakap boleh pinjam”? Untuk minta mainan, bukan pukul.
  • Direct : Cuba kita tanya adik sekarang.
  • Own situation: Jika abang masih cuba pukul adik, “Ok, nampaknya abang belum tahu cara minta dengan betul. Kita stop dulu main sekarang dan cuba lagi petang nanti”

Tips ibu ayah kekal tenang dalam situasi berebut mainan

  1. Sentiasa cakap dengan tenang dan eye to eye supaya anak tak rasa terancam. Anak yang rasa terancam lebih mudah hilang kawalan. 
  2. Gunakan props seperti jam loceng atau jam pasir untuk anak take turns. Ia sangat membantu kerana anak tak faham konsep masa.
  3. Tapi jangan tentukan masa mereka bermain pada mana-mana pihak kerana ia ibarat memaksa anak untuk berkongsi. Jadi boleh bagi piliha, “abang nak set alarm 3 minit atau 5 minit? 
  4. Anak perlu belajar berkongsi kerana mahu iaitu motivasi dalaman, bukan kerana takut atau terpaksa. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: google image

Baca juga: Cara Didik Anak Anda Jadi Pemurah Dan Mahu Berkongsi

Baca juga: 9 Tips Berkesan Mengajar Anak Menjadi Seorang Yang Pemurah & Suka Berkongsi Barang

Baca juga: Dengan kawan pandai dia berkongsi, tapi bila dengan adik kedekut pula! Kenapa ya?

Penulis

Lala Annuar