Ajar anak buat kerja rumah sejak kecil
Ketika berusia 5 tahun, semua kanak-kanak lain mungkin sedang sibuk bermain di luar. Tapi tidak bagi Hana Chan. Ibunya telah ajar anak buat kerja rumah sejak kecil lagi.
Walaupun baru berusia 5 tahun, kanak-kanak kecil ini sudah bijak mengemas rumah malah memasak untuk keluarganya. Semua tugas kerja rumah itu dibuat dirinya sendiri!
Dan ada sebab kenapa ibu Hana Chan, Chie – ajar anak buat kerja rumah sejak kecil. Kisah yang sungguh menyayat hati ini pasti akan meruntun jiwa keibuaan anda.
Ajar anak buat kerja rumah sejak kecil – Chie ada sebab kukuh!
Ibu Hana, Chie menghidap kanser payudara sebelum ini. Namun, beliau berjaya mengharungi detik-detik terpaksa tunduk pada kanser itu. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Shingo Yasutake.
Perkahwinan mereka juga dilanda cabaran. Segala usaha Chie dan Shingo untuk mendapatkan cahaya mata tidak berhasil. Namun ketika mereka ingin berputus asa, lahirnya seorang bayi perempuan yang sungguh comel.
Chie suka menulis. Beliau akan menulis semua fikiran dan perasaannya dalam sebuah blog miliknya. Menurut beliau, kelahiran Hana umpama satu keajaiban dan anugerah yang diberi Tuhan.
Beliau amat menyayangi Hana, lebih daripada dirinya sendiri.
Chie menyangka kehidupan mereka akan lebih bahagia selepas ada anak. Tapi sangkaannya meleset. Tiba-tiba, kanser payudara itu kembali! Hana baru berusia 9 bulan ketika itu.
Walaupun kembali bertarung dengan maut, Chie masih menulis di dalam blog. Beliau dipetik menulis:
“Tak kira sama ada saya ada kanser atau tidak, saya tahu saya akan mati dulu sebelum anak saya. Tak mengapa. Tapi saya tak mahu mati sia-sia. Saya akan didik Hana sebaik-baiknya.”
Sejak itu, Chie berubah. Beliau tahu masanya semakin singkat. Jadi beliau ingin mengajar Hana sesuatu yang bermakna untuk hidupnya.
“Saya mahu Hana boleh buat semua benda dengan sendiri. Saya mahu dia berdikari dan pandai menjaga diri sendiri. Satu hari nanti, saya akan pergi meninggalkannya. Dia harus bersedia.”
Chie rasa beliau perlu ajar anak buat kerja rumah dan memasak. Beliau tahu kemahiran memasak amat penting untuk Hana. Walaupun berpendidikan, jika Hana tak tahu hendak menjaga diri sendiri, semuanya tak berguna.
Chie mahu Hana boleh hidup di mana-mana saja. Sebaik saja Hana berusia 4 tahun, dia sudah mampu memegang pisau. Chie kemudiannya akan memberi anaknya apron dan belajar untuk memasak.
Chie sempat ajar anak kemas rumah dan memasak sebelum meninggal dunia
Namun, kisah sedih ini tiada penghujung. Chie akhirnya maut pada tahun 2008, meninggalkan Hana dan suaminya. Tapi semangat dan didikan Chie mengalir deras dalam darah Hana.
Ketika Hana berusia 5 tahun, dia sudah bijak melakukan segala-galanya. Dia sudah tahu mengemas rumah dan mengingati semua benda yang diajar si ibu. Dia juga pandai memasak miso sup!
Hana dipetik mengatakan –
“Ada benda saya nak beritahu ibu. Saya sudah pandai memasak bento sekarang. Terkejut tak? Saya tak menangis lagi. Saya tengah cuba sehabis baik, ibu.”
Betapa kuatnya kanak-kanak kecil ini. Rutin harian Hana nyata berbeza daripada kawan-kawannya.
Setiap pagi, dia akan bangun dan menyediakan sarapan pagi. Kemudian, dia akan membawa anjingnya berjalan-jalan sebelum memberinya makan. Dia juga belajar bermain piano sebelum ke prasekolah.
Selepas balik dari prasekolah, Hana akan membasuh baju, mencuci tab mandi, memasak makan malam untuk bapanya dan menyiapkan kerja sekolah. Walaupun masih muda, Hana-Chan sudah jadi seorang anak gadis yang berdikari dan bertanggungjawab untuk menjaga keluarganya.
Kami amat berbangga dengan kejayaan yang dilalui oleh Hana. Beliau dan ibunya, sama-sama satu contoh yang amat baik. Walaupun kisah sedih ini meruntun hati semua orang, tapi kecekalan Hana mengukir sebuah senyuman.
Pasti Chie amat berbangga dengan Hana. Buat Hana, kami mendoakan agar beliau kekal tabah, berdikari dan bijak menjaga diri sendiri.
You go, girl!
Artikel ini diterjemah daripada theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: