Bukan Semua Kena Kongsi, Sesekali Ajar Anak ‘Kedekut’ Untuk Hak Mereka Tak Salah Pun!

Ajar anak kedekut untuk mempertahankan hak mereka bukanlah tindakan negatif. Sebaliknya, mendidik anak membesar dengan keyakinan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam budaya kita, anak-anak sering kali diajar untuk berkongsi segala-galanya. Namun, ada kalanya penting untuk ajar anak kedekut apabila melibatkan hak milik peribadi dan kepentingan menjaga hak mereka sendiri.

Ajar Anak Kongsi Dan Ajar Anak ‘Kedekut’

Kata Pn. Maryam Jamadi, seorang Terapis Carakerja menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, bukan semua situasi kita perlu wajibkan anak berkongsi berkaitan posting yang tular tentang anak tak mahu berkongsi di media sosial baru-baru ini.

“Pendapat saya, konsep mudah, kalau tak mahu kongsi, jangan harap orang lain berkongsi dengan kita/anak.”

Anak yang tidak mahu berkongsi mainan kegemarannya bukanlah suatu masalah. Namun, ajarkan anak untuk mengelakkan menunjukkan mainannya di depan orang lain jika tidak mahu berkongsi untuk menghindari pergaduhan.

Sebagai ibu bapa, ketika mengajarkan anak tentang berkongsi, jangan sampai menafikan hak anak terhadap barang kepunyaan atau kesayangan mereka.

Ada kalanya kita perlu sama-sama melindungi barang anak, terutama jika kawan yang ingin meminjam dikenal sebagai jenis yang kasar.

Anak kena ada rasa sense of belonging juga, kalau semua benda kita ajar dan paksa anak kongsi. Masuk sekolah rendah, habislah alat tulis semua lesap kerana sering dipinjam kawan tanpa dipulangkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ajarkan anak untuk berkongsi, tetapi pada masa yang sama ajarkan mereka untuk menjaga barang milik sendiri.

Anak berusia 1-3 tahun memang normal susah nak berkongsi lagi-lagi anak jenis “strong-will”. Biasakan membawa mainan sendiri ke mana-mana.

Kalau ke rumah orang lain, ingatkan yang itu mainan tuan rumah. Kalau nak bawa balik atau ambil, anak kena kongsi mainan dia bawa juga. Selesai masalah.

Jika tuan rumah tidak mahu berkongsi mainan, ajarkan anak untuk menerima. Ini juga merupakan proses pembelajaran yang penting untuk mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan harap semua orang akan mengikuti kehendaknya dan berkongsi juga.

Sebagai ibu bapa, pandai-pandailah memujuk anak. Semoga berjaya!

Situasi Di Rumah Antara Adik-Beradik

Kalau kongsi atau gaduh berebut adik beradik, banyak kes si adik selalu nak main atau rampas mainan yang kakak atau abang main.

Jadi, biasanya saya ajar si kakak untuk bermain dengan mainan lain yang nampak seronok. Pasti adik mahukan mainan yang baru dilihat tadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika adik teralih perhatian, kakak boleh mengambil kembali mainan asalnya.

Cara Ajar Anak Pertahan Hak Ketika Bermain

Jika situasi berlaku di taman permainan terbuka atau indoor playground dan terdapat individu lain yang melakukan tindakan berikut:

  1. Menolak anak saya
  2. Merampas mainan yang sedang dimainkan oleh anak saya
  3. Mengeluarkan kata-kata kesat
  4. Tidak beratur dengan betul

Ketika anak berumur 0-3 tahun, saya akan menegur anak orang lain.

Jika kes itu serius hingga menyebabkan anak saya jatuh, saya akan meminta mereka meminta maaf kepada anak saya.

Namun, apabila anak sudah semakin besar, saya mengajar anak untuk melindungi diri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah salah satu cara kita sebagai ibu bapa dapat membuat anak merasa dihargai dan dapat melindungi diri sendiri daripada ditindas.

Prinsip Penting Perlu Ajar Kepada Anak

1. Menghargai Diri Sendiri

Anak perlu tahu bahawa “Tidak mengapa jika orang lain tidak mahu berkongsi”.

Ini membantu mereka memahami bahawa mereka juga mempunyai hak untuk menolak berkongsi jika mereka tidak mahu.

2. Belajar Menerima Penolakan

Jika anak berguling dan menangis kerana tidak mendapat apa yang diinginkan, itu adalah sebahagian daripada pembelajaran untuk menerima penolakan dan membina ketahanan mental mereka.

3. Kekuatan Mental

Ajar anak kedekut penting untuk menguatkan mental anak. Semakin besar mereka, semakin banyak jenis orang yang akan mereka jumpa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Sikap Berdikari

Anak akan belajar bagaimana untuk melindungi diri sendiri dan bertindak balas terhadap situasi yang tidak adil tanpa memerlukan campur tangan ibu bapa secara langsung.

Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan anak-anak merasa berharga dan mampu melindungi diri sendiri. Kita pun tidak mahu jika ada orang lain suka mengambil kesempatan terhadapnya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dengan kawan pandai dia berkongsi, tapi bila dengan adik kedekut pula! Kenapa ya?

Baca juga: Ibu Berjaya Didik Anak Jadi CEO & Doktor, Dan Dedahkan Kesilapan Terbesar Parents Dalam Didik Anak!

Baca juga: Nak Mendidik Ibu Milenium Perlu Buat 7 Perkara Ini. Barulah Anak Jadi Hebat!

Penulis

Noorhidayah