Ajar anak makan makanan yang sihat
Mengajar anak makan makanan yang sihat memang kadang-kalanya satu cabaran besar, dan terlalu banyak cara yang tidak kena.
Namun, Positive Parenting Solutions dengan bantuan ahli dietetik Maryann Johnson telah menyenaraikan 4 perkara yang menjadi kesalahan biasa ibu bapa dalam hal ini.
Berikut apa yang dikatakannya:
#1 Ganggu anak ketika makan
Lebih kurang 85% ibu bapa bertindak mengawal pemakanan anak ketika waktu makan.
Ini sangat ketara pada anak yang kurang atau lebih berat badan, jadi ibu bapa mereka memberi tekanan untuk memperbanyak atau mengurangkan makanan.
Tapi sebenarnya, ibu bapa tidak harus campur tangan ketika anak sedang makan kerana mereka boleh menentukan jumlah makanan yang mereka perlu.
Apabila ibu bapa campur tangan untuk anak kurangkan atau lebihkan makan, mereka mengajar anak-anak untuk tidak percaya dengan badan mereka sendiri.
Jadi mereka akan menghindari keperluan badan mereka sendiri.
Maryann Johnson mencadangkan ‘Satter Division of Responsibility of Feeding‘, iaitu:
- ibu bapa menentukan apa, bila dan di mana tempat makan
- anak-anak menentukan berapa banyak dan sama ada mereka ingin makan atau tidak
#2 Tiada struktur yang betul
Apabila anak anda meminta makanan sepanjang hari dan anda memberi mereka makanan, anak anda akan belajar untuk tidak makan ketika lapar, tapi sebagai tabiat.
Mereka tidak akan faham maksud lapar tapi mereka tahu yang mereka akan dapat makanan bila-bila mereka mahu.
Makanan dan snek sepatutnya berjadual dan pada waktu yang ditetapkan.
Menurut Maryann Johnson lagi, kanak-kanak perlu makan setiap 2 hingga 3 jam, kanak-kanak tadika pula setiap 3 hingga 4 jam dan kanak-kanak lebih dewasa setiap 4 jam ke atas.
Biarkan anak anda makan sebanyak atau sesedikit yang mereka mahu, tapi ingatkan mereka tentang waktu makan yang seterusnya:
- “Makan cukup-cukup sebab tiada makanan sampai pukul X.”
- “Ibu tahu awak mahukan snek, tapi kita akan makan snek selepas satu jam nanti.”
#3 Waktu masakan yang pendek
Anda sudah masak untuk keluarga, namun anak anda tidak mahu makan. Risau dia akan tidur dalam keadaan lapar, anda masakkan sesuatu yang lain. Biasa dengar bukan?
Menurut Maryann, masak makanan mengikut kehendak anak, memberikan signal kepada mereka yang anda tidak percaya mereka boleh makan pelbagai benda.
Anda boleh galakkan anak anda makan lebih banyak benda dengan:
- bertanyakan apa yang dia hendak makan sebelum anda memasak
- menawarkan satu atau dua makanan yang mungkin anak anda akan suka
- konsisten – jika mereka mengamuk, jangan mengalah. Ingat, anda yang menguruskan.
#4 Memaksa makan sayur
Kebanyakkan kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran kerana lidah mereka lebih sensitif terhadap rasa pahit, tetapi ini akan semakin berkurang apabila mereka semakin dewasa.
Memaksa mereka makan sayur hanya akan membuatkan mereka lebih tidak sukakan sayur.
Sebaliknya, anda harus biarkan mereka belajar menyukai sayur sendiri. Berikan anak anda pelbagai plihan buah-buahan dan makanan lain.
Anda juga boleh menawarkan pelbagai sayur yang nampak sedap untuk kanak-kanak.
Sumber: theAsianParent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Pakar Minta Ibu Bapa Jangan Lagi Paksa Anak Habiskan Makanan Dalam Pinggan!
6 Makanan Yang Boleh Membantutkan Tumbesaran Anak Anda
5 Tip Untuk Kenalkan Makanan Pejal Pada Anak Dengan Cara Montessori