Jika anda seperti ibu bapa Asia lain, anda mungkin menganggap ajar anak tentang wang sebagai satu tugasan penting agar anda dapat membantu mereka di masa hadapan. Malah, lebih 95% ibu bapa di seluruh Asia menilai pendidikan kewangan sebagai satu perkara penting untuk keluarga mereka, menurut kajian Asia Money Parenting yang ditauliahkan oleh Eastspring Investments.
Ia adalah satu keutamaan jelas buat ibu bapa Asia, namun kaedah-kaedah pendidikan tentang kewangan pula kurang jelas. Bagaimana untuk melakukannya? Dan apakah pelajaran kewangan yang sesuai untuk usia mereka?
Kunci untuk mendidik anak tentang kewangan adalah dengan memerhati apa yang sesuai dengan mereka. Setiap kanak-kanak berbeza. Ada yang boleh mengisi tabung dengan mudah; manakala ada yang akan sukar memahami bahawa wang bukanlah sumber tanpa had.
Yang penting ialah untuk menjadikan pendidikan kewangan praktikal – mudah dan senang difahami – sebahagian daripada kehidupan keluarga anda.
Setiap kanak-kanak berbeza, dan sesetengah perkara lebih mudah dipelajari dan difahami pada usia tertentu. Berikut adalah panduan bagaimana ibu bapa boleh mengajar anak mereka tentang wang mengikut kumpulan usia:
Bagaimana Untuk Ajar Anak Tentang Wang
3-6 Tahun: Memperkenalkan Konsep Wang
Pada usia ini, mereka belajar memahami dunia. Kanak-kanak dan prasekolah perlu belajar asas: apa itu wang dan apa kegunaannya.
Apa yang anda boleh lakukan?
Biasakan anak anda dengan wang. Beri mereka duit syiling dan wang kertas untuk bermain, dengan menunjuk pada gambar serta jenis mata wang.
Anda juga boleh ajar anak tentang wang dengan bahawa ibu dan ayah bekerja untuk mendapatkan wang yang akan masuk dalam akaun bank. Ajak anak anda menemani anda ke ATM – mungkin mereka boleh menekan beberapa butang!
Yang paling penting, ajar anak anda bahawa kita menukar wang untuk barangan. Bawa mereka membeli belah agar mereka dapat melihat sendiri situasi ini. Apabila anda membayar di pasaraya, atau di restoran, galakkan anak anda bantu membayar dengan mencari nota wang atau duit syiling bersesuaian daripada bag anda, atau berikan mereka wang dan biarkan mereka memberi wang kepada juruwang serta menerima baki sendiri.
7-9 Tahun: Ajar Nilai Barangan
Apabila mereka memasuki sekolah rendah, anak anda mula mempelajari tentang dunia dengan lebih pantas dan meluas. Ini adalah masa yang sesuai untuk ajar mereka tentang nilai barangan[1].
Dan bagaimana untuk lakukannya?
Anda boleh mula dengan meletakkan tanda harga pada semua benda. Pastinya bukan secara literal, tetapi pada usia ini, anak anda kini bersedia untuk memahami bahawa sesetengah barang lebih mahal berbanding barang lain. Bawa mereka ketika membeli belah dan tunjukkan harga-harga ini. Minta mereka pilih bijirin sarapan untuk dibeli bergantung pada bajet: satu kotak bijirin dengan marshmallow yang mahal, atau dua kotak bijrin serpihan jagung?
Pelajaran lain yang berkait dengan wang ialah perbezaaan tentang nilai dan harga. Sebagai contoh, ajar mereka ketika waktu rehat, dengan jumlah wang yang sama, mereka boleh membeli makanan ringan atau sandwic berkhasiat. Harga kedua-dua barang mungkin sama, namun sandwic boleh memberikan mereka lebih nilai kepada wang dan nutrisi tubuh.
Untuk memulakan pendidikan kewangan pada usia ini, ada banyak sumber di dalam talian. Cha-Ching, satu kolaborasi antara Cartoon Network dan Prudential adalah permulaan yang baik. Terdapat pelbagai video tentang pendidikan kewangan dalam talian untuk anak anda.
Sebagai contoh, lihat bagaimana kumpulan Cha-Ching belajar tentang nilai. Ada juga permainan interaktif dalam talian (lihat pilihan Cha-Ching), dan malah panduan dan alat yang boleh dimuat turun untuk ibu bapa agar anda dapat meneroka pendidikan kewangan lebih baik.
10-12 Tahun: Simpan dan Belanja
Walaupun ujian marshmallow tadi memberikan maklumat menarik tentang kebolehan anak-anak kecil untuk menunda kemahuan[2], pada usia ini, tiba masanya untuk menerapkan pelajaran ujian marshamallow. Kanak-kanak berusia 10-12 tahun pastinya mempunyai kebolehan untuk kawal diri sendiri, menjadikan ini masa yang sesuai untuk ajar tentang penyimpanan dan perbelanjaan[3].
Bagaimana untuk ajar mereka?
Elaun anak anda adalah kunci utama dalam pelajaran tentang penyimpanan dan perbelanjaan[4]. Dapatkan maklumat terperinci tentang bagaimana mereka membelanja wang mereka, berapa simpanan mereka (jika ada), dan mengapa ini penting. Semak perkembangan mereka dengan kerap agar mereka lebih peka akan prestasi kewangan mereka.
Anda juga boleh menggalakkan mereka menjadi lebih berdikari, sebagi contoh membenarkan mereka membeli barang runcit sendiri, mengikut senarai beli-belah dan wang yang anda bekalkan. Dengan ini, mereka perlu melakukan keputusan dalam membeli bergantung kepada bajet yang diberikan.
Masih mencari sumber? Lihat sahaja pada aktiviti Cha-Ching yang anda boleh lakukan bersama anak untuk memahami apa itu penundaan kemahuan dan bagaimana untuk membuat keputusan ketika membeli.
13 Tahun dan Ke Atas: Ke Arah Berdikari
Remaja seharusnya berdikari berkenaan dengan kawangan – dan jangan ingat sudah terlambat untuk anda mendidik mereka. Untuk melakukannya, anda perlu memberikan mereka peralatan yang sesuai. Ini termasuk belajar untuk bajet, mengenali perangkap iklan dan belajar tentang faedah kompaun.
Bagaimana anda mengajar remaja tentang wang?
Mulakan dengan mengingatkan mereka tentang cara-cara iklan memberi tumpuan terhadap mereka – terutamanya dalam talian yang mana setiap klik, setiap like dan setiap pencarian dipantau oleh platform teknologi untuk menyampaikan iklan dan banyak lagi. Adakah mereka sedar bahawa iklan-iklan ini akan muncul di semua paparan media sosial mereka, setiap kali mereka mencari sesuatu dalam talian?
Didik mereka tentang pemasaran yang boleh mempengaruhi tabiat perbelanjaan mereka. Sebagai contoh, satu kajian mendapati lebih lama kanak-kanak menonton televisyen dan iklan, lebih cenderung untuk mereka meminta barang tertentu di kedai[5].
Mendidik anak anda tentang wang dan membesarkan mereka supaya menjadi orang dewasa yang peka tentang kewangan bukanlah sesuatu yang mudah, namun ia salah satu hadiah terbaik yang anda boleh tawarkan sebagai ibu bapa. Untuk tip tentang bagaimana anda boleh berbicara mengenai kewangan dengan anak, baca tentang pendidikan kewangan yang mampu bertahan seumur hidup.
Di penghujung hari, ini hanya satu panduan. Ingat, setiap anak berbeza, jadi ajar mereka mengikut keselesaan mereka. Sebagai ibu bapa, anda tahu bahawa perjalanan lebih penting. Selagi anda mengajar anak tentang asas pengurusan kewangan, yang mereka boleh bina menggunakan pengalaman sendiri, anda tahu anda telah melakukan yang terbaik.
[1] https://www.incharge.org/financial-literacy/resources-for-teachers/financial-literacy-for-kids/
[2] https://www.apa.org/monitor/2014/12/marshmallow-test
[4] https://www.incharge.org/financial-literacy/resources-for-teachers/financial-literacy-for-kids/