5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Didik anak untuk mula menabung tetapi ibu bapa juga perlu tahu beberapa perkara penting sebelum membuka akaun simpanan di bank.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pendedahan asas tentang kewangan dan simpanan wang di bank seharusnya dipupuk sejak dari kecil lagi. Manakala pendidikan tentang kewangan dan akaun simpanan pula dapat membantu anak-anak untuk menguruskan kewangan mereka dengan bijak. 

Sebagai ibu bapa, ia menjadi tanggungjawab kita untuk membantu anak-anak memahami dan menguruskan kewangan mereka dengan baik terutamanya dalam pemilihan bank.  

Mungkin ada sesetengah daripada kita berpendapat bahawa anak-anak kecil masih naif tentang kewangan. Namun, kami percaya bahawa mereka memerlukan pendedahan sejak dari kecil lagi. 

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kata-kata yang dituturkan oleh ibu bapa membentuk nilai diri anak-anak. Jadi dengan didikan baik, perspektif mereka tentang kewangan juga pasti berubah.

Mengapa Perlu Menyimpan Sejak Kecil?

Pengurusan kewangan perlu dilakukan oleh semua tanpa mengira usia mahupun tahap pemahaman terhadap kewangan. Kajian menunjukkan bahawa usia yang baik untuk bermula adalah ketika anak anda berusia 3 tahun.

Pada usia 4 atau 5 tahun, anda dapat menerangkan akan pentingnya tabiat berbelanja dengan baik manakala pada usia 7 tahun, anda perlu mula membuka akaun simpanan untuk anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebagai contoh, ketika musim perayaan, anak-anak pastinya tidak sabar untuk menerima duit angpau. Di sini ibu bapa boleh memainkan peranan mereka dengan mengajar dan melatih mereka tentang erti menabung.

Pada permulaan, anak-anak mungkin tidak memahaminya, tetapi anda boleh jelaskan dengan memberitahu mereka bahawa setiap kali mereka menabung, duit mereka juga akan bertambah. Apabila duit simpanan semakin banyak, mereka boleh membeli barangan yang mereka inginkan.

Sebaik sahaja mereka mula berminat untuk menabung, galakkan mereka untuk menyimpan wang tersebut di dalam bank. Namun sebelum anda ke bank berdekatan untuk membuka akaun simpanan, anda perlu terlebih dahulu tahu tentang beberapa perkara penting ini. 

Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Membuka Akaun Simpanan Di Bank?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: iStock

Bank menawarkan pelbagai manfaat bagi ibu bapa yang berminat untuk membuka akaun simpanan untuk anak-anak mereka. Bahkan bank-bank ini juga menampilkan beberapa kelebihan termasuk perlindungan kemalangan peribadi, ganjaran wang tunai untuk keputusan pelajaran cemerlang dan banyak lagi. 

Sebelum anda memilih bank tempatan yang anda inginkan, ada beberapa soalan yang perlu anda tahu.

5 Perkara yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membuat Pemilihan Bank 

1. Berapa jumlah minimum yang diperlukan?

Setiap bank memerlukan jumlah minimum berbeza, ada yang hanya memerlukan deposit RM10, ada pula yang perlukan deposit melebihi RM50. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jumlah simpanan yang kecil sebenarnya boleh dijadikan informasi awal buat mereka bahawa jumlah wang yang kecil sebenarnya masih bernilai. Anak-anak yang kecil terutamanya, kurang memahami tentang kewangan, jadi nilai kecil lebih mudah untuk mereka fahami.

2. Adakah bank menyediakan kemudahan perbankan internet?

Kini dengan kemudahan perbankan internet, ia memudahkan lagi pengurusan tentang kewangan. Ini cara mudah untuk ibu bapa melihat jumlah yang dikumpul dan anda hanya perlu tunjukkan hasil penyimpanan mereka dengan klik pada skrin sahaja.

Selain itu, kemudahan dalam talian yang ditawarkan oleh bank juga memudahkan lagi transaksi terutamanya kepada anak-anak anda yang lebih berusia. Ibu bapa harus pantau pengeluaran wang anak-anak. 

Namun, terapkan tanggungjawab dan disiplin kepada anak-anak untuk mengawal perbelanjaan mereka sendiri.

Juga, adalah amat penting untuk anda terangkan mengenai langkah keselamatan perbankan dalam talian supaya tidak berlaku sebarang transaksi mencurigakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Perlukah ada kadar keuntungan?

Ada sesetengah akaun simpanan menawarkan kadar keuntungan berbeza bergantung kepada baki akaun. 

Kadar keuntungan dibahagi bergantung kepada jumlah yang anda laburkan. Ini sebenarnya cara yang mudah dan terbaik untuk masa hadapan anak kerana pelaburan hari ini, akan berlipat ganda setelah si manja meningkat dewasa.

4. Di manakah lokasi terdekat Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM)?

Penting buat pemegang akaun untuk mendapatkan akses mudah kepada bank mereka dengan memastikan lokasi Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Deposit Tunai (CDM) adalah berdekatan. Ini lebih berguna buat anak-anak apabila mereka sudah dewasa dan ingin mengendali akaun mereka sendiri. 

Bahkan bagi anak-anak kecil yang masih belum memahami konsep kewangan, mengajar mereka menyimpan wang melalui CDM adalah antara cara mudah dan pantas.

Tunjukkan pada mereka di mana anda menyimpan duit poket mereka. Dengan ini, bukan sahaja mereka rasa lebih terlibat dengan kewangan mereka, mereka juga dapat belajar untuk mengenal nombor dengan lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Apakah kelebihan yang ditawarkan untuk penyimpan muda?

Anda perlu menyemak servis yang ditawarkan sebelum membuka akaun simpanan kanak-kanak atau juga dipanggil sebagai akaun simpanan junior. 

Ada sesetengah bank menawarkan ganjaran pendidikan, ada juga yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi. 

Sebagai contoh, BSN Smart Junior menawarkan perlindungan 24 jam untuk ahlinya selain pelbagai aktiviti pendidikan menarik seperti seminar pendidikan dan motivasi.

Meneroka Masa Depan yang Cerah

Kredit: iStock

Pendidikan tentang kewangan bukannya satu isu yang mudah untuk diajar mahupun difahami oleh anak-anak kecil. Namun ia adalah satu ilmu yang penting buat masa depan mereka. 

Anak-anak perlu meneroka pelbagai cabang dalam kehidupan tanpa batasan dan sebagai ibu bapa, kita boleh membantu merealisasikan impian mereka dengan menggalakkan mereka membuat tabungan/ simpanan sejak kecil. 

Mahukan ganjaran sambil menyimpan? Anda boleh sertai Skim Galakan Simpanan Pelajar di BSN yang mana ia merupakan skim simpanan dalam format pertandingan.

Ia menggalakkan anak-anak yang bersekolah rendah mahupun menengah untuk menyimpan dan mengambil bahagian. Bukan sahaja mereka belajar menabung, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan hadiah istimewa yang ditawarkan setiap tahun.

Ibu bapa yang bakal menyambut anak pertama pula digalakkan untuk membuka akaun simpanan sebaik sahaja anak mereka dilahirkan. BSN MyFirst menawarkan akaun simpanan untuk anak-anak berusia seawal 1 hari! Menarik bukan? BSN ada semua produk untuk semua peringkat umur. Ini memang seiring dengan visi BSN iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia yang Ketinggalan’. 

Bagi ibu bapa baru yang masih lagi kabur dengan masa hadapan kewangan anak, cuba formula ini. Anda boleh menyimpan wang mengikut hari dalam akaun anak. Sebagai contoh, hari pertama nilainya RM1, hari kedua RM2, dan seterusnya.

Dengan ini, pada hujung bulan (sekiranya ia 30 hari) baki akaun anak akan terkumpul sebanyak RM465! Ini tidak termasuk dividen yang dijana setiap tahun. Melalui perbankan bersama BSN, anda dan keluarga berpeluang untuk meneroka masa depan cerah dan bermanfaat.

Ingat, masa hadapan cerah anak anda terletak di tangan anda. Oleh itu, kepada ibu bapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSN, layari www.bsn.com.my.

Penulis

Anis Hanini