Ibu Tak Sanggup Anak Kelaparan Bunuh Bayi Lelakinya Akibat Kemiskinan

Si ibu mengatakan yang dia bertindak sedemikian kerana tidak mampu menyediakan makanan untuk bayinya itu....

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu bapa pasti harapkan yang terbaik apabila disahkan hamil, dan ingin memberi segalanya untuk si manja. Namun akibat kemiskinan, membuatkan sesetengah orang “mati kutu” memikirkan bekalan makanan untuk anak-anak sama ada mencukupi atau tidak.

 

Bagi yang pernah hadapi keadaan ini, pasti anda memahaminya. Inilah yang berlaku seorang wanita di Rusia di mana dia berhadapan dengan tekanan akibat tidak mampu membelikan makanan untuk bayinya dan sanggup melakukan perbuatan kejam!

Ibu Cekik Anak Sampai Mati Akibat Kemiskinan

Yulia Khabitova, 28 tahun merupakan seorang ibu yang rajin bekerja dan sangat menyayangi anak-anaknya.

Dia mempunyai 2 orang cahaya mata, seorang anak perempuan yang berusia 5 tahun dan bayi lelaki yang baru berusia 1 tahun.

Wanita tersebut yang merupakan seorang ibu tunggal pada mulanya mendakwa bayi lelakinya hilang, namun dia akhirnya mengaku akan perbuatan kejamnya itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas dia mengaku bersalah, Yulia menunjukkan kepada pihak polis bagaimana dia membunuh anak lelakinya dengan melakukan demo terhadap anak patung.  Dia kemudiannya mencekik si kecil tersebut dengan tali hingga tidak bernyawa dan menimbus bayi tersebut di bawah timbunan baja!

sumer: dailymail.co.uk

Sadisnya…

Bayi Dikatakan Kerap Lapar

Sambil menangis, Yulia mengatakan dia tiada lagi makanan di rumah dan bayinya, Timur, pula kerap menangis kelaparan. Walaupun dia baru mendapat kerja, namun dia masih tidak mampu menyediakan keperluan yang cukup untuk anak-anaknya membuatkan dirinya berada dalam tekanan.

Malah pengasuh bayi itu juga berkata, 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya beras sangat kasihan kepada bayi lelaki itu..dia lapar. Saya membelikannya makanan, sayur-sayuran dan daging. Malah saya masakkan makanan panas untuknya “

Sebelum melakukan perbuatan tersebut, si ibu berkali-kali memberitahu Timur: 

“Semuanya akan baik-baik saja, kamu tidak akan lapar lagi. Kamu tidak akan menangis lagi.”

Ibu tersebut bertindak sedemikian supaya Timur tidak lagi kelaparan dan menangis lagi kerananya. Polis dikatakan menangis ketika mereka menemui tanah pengebumian si kecil tersebut di desa Ismailovo.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan, bekas suaminya, Denis Tkachev, 34 tahun, meninggalkan Khabitova kerana dia mempunyai kekasih baru. Anaknya yang berusia 5 tahun pula dilaporkan sedang tidur semasa kejadian itu berlaku.

Jika disabitkan bersalah, Khabitova bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun di atas kesalahan pembunuhan yang disengajakan.

Sedihnya…sebaik-baiknya jika ada yang mengalami masalah sebegini, janganlah bertindak melakukan perbuatan kejam kepada anak-anak. Minta bantuan ahli keluarga terdekat atau hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan segera ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga Timur kini lebih tenang dan gembira di taman syurga.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: dailymail.co.uk

Baca juga:

https://my.theasianparent.combunuh-anak-kandung-luahan-hati-ibu

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman