Aktiviti-aktiviti pengembangan IQ kanak kanak yang menarik

Di dalam artikel ini, disenaraikan beberapa pusat pengembangan minda kanak-kanak yang menarik untuk disertai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keupayaan otak kanak kanak haruslah dilatih dari awal supaya dapat mengembangkan potensi diri mereka. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita haruslah melatih otak anak dari awal supaya potensi diri mereka dapat dikembangkan dari awal lagi.

Setiap Ibu bapa atau penjaga mesti mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak sendiri. Di dalam artikel ini, disenaraikan beberapa pusat pengembangan minda kanak – kanak yang menarik untuk disertai.

#1 KIDDO Science Center

Diasaskan pada tahun 2010 dan mempunyai 8 cawangan di sekitar Lembah Klang, program ini amat menarik untuk kanak – kanak. Di samping itu, program ini menerapkan ilmu sains, bersesuaian dengan peringkat umur anak berusia 3 hingga 12 tahun.

Program ini bukan sahaja dapat memupuk sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak,tapi juga boleh memupuk kreativiti, kesungguhan dan menggalakkan kanak-kanak berfikir di luar kotak.

#2 CANRIDGE

Zaman kini, banyak pusat pengembangan dan pembangunan IQ kanak-kanak berorientasikan otak kiri, berbanding otak kanan. Menurut sudut pandangan sains, untuk mengembangkan fungsi otak manusia, kedua-dua belah otak manusia haruslah dilatih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pusat CANRIDGE memfokuskan pengembangan otak kanan kanak-kanak untuk memupuk kreativiti dan koordinasi otak yang lebih baik. Sukatan program telah digubal dan bersesuaian, juga selari untuk kanak-kanak berumur 0-6 tahun.

Sukatan program di sini lebih memfokuskan musik dan kesenian. Mentor di CANRIDGE telah dilatih untuk memberikan latihan yang terbaik untuk si kecil. Kini, cawangan Pusat CANRIDGE telah berkembang di sekitar Lembah Klang dan juga Johor Bahru.

#3 ROBOTICIST

Sumber foto: Roboticist Facebook

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pusat Robotik yang berkonsepkan Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan ini dapat membangunkan diri anak-anak untuk mengaplikasikan pengetahuan ini dalam kehiupan seharian.

Mereka akan melajar menggunakan aplikasi kit robotik Vex dari Amerika Syarikat dan mereka akan menggunakan kit tersebut untuk memprogramkan robot mereka. Mereka juga akan berpeluang untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Vex robotic yang dianjur setiap tahun.

Sebagai salah satu matlamat untuk mempersiapkan diri generasi muda untuk abad ke 21, ROBOTICIST menerapkan unsur motivasi untuk menjadikan pembelajaran dan pengajaran menarik. Mereka memfokuskan kanak-kanak sekolah rendah, selari dengan sukatan program yang telah digubal.

Tambahan pula, Mereka juga menerapkan aspek menyelesaikan masalah secara kreatif, pemikiran kritis dan kreatif, komunikasi dan bekerja dalam pasukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4 Forest of Stars/Demi Quaver

Cawangan yang hanya ada di Johor Bahru, Forest of Starts/Demi Quaver (FOSDQ) berkonsepkan pendidikan berasaskan kesenian, di mana kanak-kanak diajar untuk menyerlah di pentas seni.

Seni muzik mahupun lukisan, fokus utama FOSDQ adalah untuk menduidik kanak-kanak dengan cara yang menyeronokkan, sesuai dengan usia.

Antara modul pembelajaran yang terdapat dalam FOSDQ ialah Drama kreatif, Seni Muzik dan, Seni Visual dan juga bermain dengan alat muzik.

#5 The Children’s Art Studio

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terletak di Petaling Jaya, Selangor, pendidikan berkonsepkan seni visual melatih kanak-kanak untuk melukis, mengecat, melakar dan juga skulptur.

Persekitaran kelas yang kondusif dan kelas dijalankan di sebuah mini studio di Petaling Jaya dapat menyediakan persekitaran yang selesa antara tenaga pengajar dan kanak-kanak. menurut tenaga pengajar, ramai anak-anak menemui hobi dan minat yang baru dalam proses merungkai potensi diri.

Apa yang penting, kelas ini amat diharap dapat melatih anak-anak menjadi seorang yang berkeyakinan.

#6 Gymboree

Gymboree Play & Music telah memupuk kreativiti dan keyakinan kanak-kanak berusia 0-5 selama lebih 35 tahun. Kini, terdapat lebih 700 lokasi di 33 negara, menjadikan kita pemimpin global dalam program pembangunan awal kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Direka oleh pakar-pakar, aktiviti yang sesuai dengan umur kami membantu membangunkan kemahiran kognitif , fizikal dan sosial kanak-kanak kerana mereka bermain.

Program kami juga diiktiraf untuk pendekatan unik mereka kepada penglibatan – mana ibu bapa menggalakkan penyertaan dalam dan pemahaman pembangunan setiap kanak-kanak.

#7 Kids Public Speaking By Johan Speaking Academy

Kids Public Speaking by Johan Speaking academy – Di samping mempercayai pencapaian akademik adalah penting, kanak-kanak haruslah mempersiapkan diri dengan kemahiran komunikasi, yang amat penting semasa anak-anak menjejakkan kaki ke menara gading.

Berucap di khalayak ramai bukan sahaja dapat melatih keyakinan diri, malah melatih kanak-kanak untuk menjadi seorang yang berkarisma apabila bereka sudah dewasa nanti.

Antara faedah yang lain adalah dapat melatih kemahiran mendengar di kalangan anak muda dan juga memperbaiki kemahiran berkomunikasi.

Penulis

Michelle Goh